Ads

Mila Jirin Dilabel Sebagai Penyanyi Yang Gagal, Sedia Kembali Buktikan Kemampuan & Beri Bayangan Comeback Dalam Nyanyian!

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tampil memberikan reaksinya susulan kenyataan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi yang gagal bertahan dalam industri muzik tanah air.

Menurut juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, komen sedemikian sebenarnya telah membuka ruang untuk dirinya bermuhasabah dan menyedari masih ada impian yang belum diselesaikan dalam hidupnya sebagai anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

“Saya suka komen awak ini. Terima kasih kerana tinggalkan komen-komen sebegini. Ia membuatkan saya sedar tentang sesuatu yang belum selesai di dalam diri saya.

“Memang betul saya sudah lama tidak aktif. Sudah lama juga saya mengabadikan diri untuk keluarga, perniagaan dan perjalanan hidup saya,” katanya.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya.

Mila Masih Rindu Dunia Nyanyian

Jelas penyanyi lagu Persis Mutiara itu, dia pernah cuba melupakan dunia nyanyian demi memberi fokus terhadap keluarga serta perniagaan yang diusahakan bersama suami.

Namun, jauh di sudut hati, rasa rindu terhadap bidang seni tetap wujud dan sukar dipadamkan.

Ads

Mila Jirin Dilabel Sebagai Penyanyi Yang Gagal, Sedia Kembali Buktikan Kemampuan & Beri Bayangan Comeback Dalam Nyanyian!

“Saya juga hanyalah manusia biasa. Jauh di lubuk hati yang terdalam, perasaan rindu terhadap dunia nyanyian itu memang ada. Namun, saya simpan jauh-jauh agar saya boleh lupakan hal itu.

“Kata-kata anda memang sangat hebat. Saya akan buktikan bukan kepada mereka yang tidak percayakan saya tapi kepada mereka yang sokong kerjaya saya sejak di Akademi Fantasia 5 lagi.

“Mereka masih ada bersama saya sehingga hari ini,” ujarnya.

Ads

Bayangan Kembali Aktif Demi Peminat

Dalam masa sama, Mila turut memberi bayangan dirinya mungkin bakal kembali aktif dalam industri hiburan sebagai menghargai sokongan tidak putus-putus daripada peminat setia.

Tambah Mila lagi, setiap komen dan kata-kata semangat yang diterima memberikan kesan mendalam buat dirinya.

Mila Jirin Dilabel Sebagai Penyanyi Yang Gagal, Sedia Kembali Buktikan Kemampuan & Beri Bayangan Comeback Dalam Nyanyian!

Ads

“Saya baca semua komen-komen anda masyaAllah. Ia memberi kesan yang mendalam kepada saya.

Anda mungkin berminat dengan

“Mungkin sudah tiba masanya untuk saya kembali kerana anda semua. Doakan saya,” akhirinya.

Baru-baru ini, Mila turut memuat naik hantaran istimewa di media sosial bagi mengenang kembali momen indah ketika dinobatkan sebagai juara AF5 kira-kira 19 tahun lalu.

Ketika ini, Mila bersama suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, merupakan antara usahawan berjaya dalam bidang katering dan empayar perkahwinan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dia Pergi Waktu Saya Nazak,” – Jal Arya Pernah Koma Akibat...

Dalam tempoh hanya dua hari selepas dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli terus mencuri perhatian apabila berjaya menembusi carta trending selain tular...
error: Hello. Cannot.