Ads

“Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Sama Lagi,” – Janna Nick Balik Malaysia Demi Azar Azmi, Undang Sebak Netizen

Aktres dan pengacara, Janna Nick membuat kejutan apabila pulang ke tanah air semata-mata untuk bertemu sahabat baiknya yang telah lama terpisah, pelakon Azar Azmi.

Menurut Janna, kepulangannya itu bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya bagi menunaikan janji yang pernah dibuat selain berharap agar Azar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Aku sudah tunaikan janji aku untuk balik jumpa kau. Jadi, kau kena tunaikan janji kau juga okay.

“Aku tak nak kau lalu jalan yang sama lagi. Semoga Allah limpahkan rezeki kau dan bagi peluang yang best untuk kau,” kongsinya

Luahan tersebut diluahkan bekas pengacara Melodi itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam hantaran sama, Janna turut memuat naik video yang memaparkan momen pertemuan mereka yang berlangsung di sebuah restoran.

Ads

“Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Sama Lagi,” – Janna Nick Balik Malaysia Demi Azar Azmi, Undang Sebak Netizen “Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Sama Lagi,” – Janna Nick Balik Malaysia Demi Azar Azmi, Undang Sebak Netizen “Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Sama Lagi,” – Janna Nick Balik Malaysia Demi Azar Azmi, Undang Sebak Netizen

Enggan Ungkit Luka Lama

Jelas Janna lagi, pertemuan tersebut bukan untuk membincangkan ujian atau dugaan yang sedang dilalui Azar ketika ini, sebaliknya dia hanya mahu meluangkan masa bersama sahabatnya itu.

“Saya nak jumpa kawan yang telah lama menghilang. Hari ini kita makan sahaja. Tak perlu cakap apa-apa.

“Saya tahu dia penat dengan segalanya tapi tetap kuatkan semangat demi anak-anak. Semoga Allah permudahkan segala urusan kau,” kongsinya lagi.

Ads

Video berdurasi lebih satu minit itu nyata menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap Janna yang sentiasa ada dalam memberi sokongan kepada sahabat baik.

“Betapa baiknya Azar ini. Semua kawan-kawan merinduinya.”

“Allah SWT maha kaya. Dia bagi hujan dan akhirnya hadirkan pelangi dan mentari yang bersinar. Semoga bahagia sampai ke syurga. Bagusnya Janna sanggup luang masa demi sahabat baik.”

Ads

“Saya sangat tersentuh. Sahabat dunia akhirat. Semoga Allah jaga ukhwah kalian.”

Anda mungkin berminat dengan

“Semua orang cari dia saat dia hilang. Itu tanda dia seorang pelakon yang bagus. Bukan biasa-biasa. Kesilapannya bila dia jatuh ke tangan orang yang tidak tepat. Tolong keluarkan dia dari situ.”

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir sejuta tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

TTMM2: “Bila Banyak Yang Keji, Sebagai Ibu…,” – ‘Jaga Bahasa’ Tegas...

Penyanyi Ani Maiyuni tidak menyangka dia dan anaknya Viviana, sekali lagi meraih markah tertinggi pada saingan minggu ketiga Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).
error: Hello. Cannot.