Ads

“Siapa Yang Tak Mahu Bela Nasib Rakyat? – Ammar Ahyan Gembira Bantu Ramai Orang, Pertimbang Hasrat Jadi Ahli Politik

Pempengaruh yang juga anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mengakui dirinya kini berasa lebih bahagia abila berpeluang membantu dan membahagiakan orang lain.

Menurut Ammar, pada usia muda ini, dia berpeluang melakukan pelbagai perkara menarik namun tiada apa yang lebih menyenangkan hatinya bila berjaya membuat orang lain tersenyum.

“Siapa Yang Tak Mahu Bela Nasib Rakyat? – Ammar Ahyan Gembira Bantu Ramai Orang, Pertimbang Hasrat Jadi Ahli Politik

“Saya seronok bila dapat buat orang lain tersenyum dan bahagia. Pada usia sekarang, saya sudah buat bermacam perkara dalam hidup.

“Hanya satu hal yang buat saya bahagia iaitu bila buat orang lain rasa gembira,” katanya kepada MH.

Ammar berkata sedemikian ketika ditemui di saingan minggu keempat Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), baru-baru ini.

Terdahulu, usaha Ammar dan bapanya untuk membantu seorang remaja asal Kemboja bernama, Hafiz menjana pendapatan demi menyara keluarga telah mendapat pujian ramai pihak.

“Siapa Yang Tak Mahu Bela Nasib Rakyat? – Ammar Ahyan Gembira Bantu Ramai Orang, Pertimbang Hasrat Jadi Ahli Politik

Ads

Sementara itu, Ammar turut mendedahkan, selain menghulurkan bantuan menerusi paltform media sosial, dia juga aktif mengadakan program kebajikan di rumah-rumah anak yatim.

“Siapa Yang Tak Mahu Bela Nasib Rakyat? – Ammar Ahyan Gembira Bantu Ramai Orang, Pertimbang Hasrat Jadi Ahli Politik

“Ketika ini, memang ramai yang DM saya untuk meminta bantuan. Kadang-kadang saya akan baca mesej mereka. Dalam 100 orang yang minta tolong, saya akan bantu sekurang-kurangnya lima orang.

“Yang lain itu kebanyakannya mungkin ‘scammer’. Saya akan menilai daripada video-video yang mereka kongsikan.

“Saya juga sering mengunjungi rumah-rumah anak yatim berama kawan-kawan saya. Namun, saya jarang berkongsi perkara itu di media sosial,” ujarnya lagi.

Ads

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk menubuhkan yayasan kebajikannya sendiri, Ammar memaklumkan dirinya lebih selesa untuk membantu bapanya daripada belakang.

“Siapa Yang Tak Mahu Bela Nasib Rakyat? – Ammar Ahyan Gembira Bantu Ramai Orang, Pertimbang Hasrat Jadi Ahli Politik

“Saya belum sampai ke tahap nak bina yayasan sendiri. Biarlah ayah saya sahaja yang bergerak sebegitu.

“Ketika ini, saya kurang buat derma secara peribadi lagi. Saya nak kumpul duit saya dahulu. Sekarang, saya akan bantu ayah saya untuk tolong orang-orang lain,” katanya lagi.

Ads

Dalam usaha untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, Ammar mendedahkan dia sebenarnya menyimpan hasrat untuk bergelar ahli politik.

Anda mungkin berminat dengan

Namun, Ammar akui dirinya harus berfikir panjang terlebih dahulu kerana menyedari cabaran untuk bergelar ahli politik bukannya mudah.

“Siapa Yang Tak Mahu Bela Nasib Rakyat? – Ammar Ahyan Gembira Bantu Ramai Orang, Pertimbang Hasrat Jadi Ahli Politik

“Saya sebenarnya memang nak menjadi ahli politik. Siapa sahaja yang tak mahu membela nasib rakyat?

“Namun, ketika ini, saya ada perasaan curiga untuk ceburi bidang politik. Sebagai seorang pemimpin, sudah tentu saya tak mahu terlibat dengan kes korupsi.

“Saya tak mahu ambil duit yang bukan sepatutnya untuk saya. Saya takut nak menganiaya rakyat Malaysia. Jadi, saya kena fikir betul-betul dahulu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Sebenarnya Tak Perlu Pun Sampai RM10 Juta, RM5 Juta Juga Saya...

Pengarah terkenal, Pierre Andre bakal mempertimbangkan untuk tidak lagi mengarahkan filem bergenre seram sekiranya karya terbaharunya, Nar’sata: Sekutu Setan gagal mencapai kutipan yang diharapkan.
error: Hello. Cannot.