Ads

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka Baju & ‘Daring’, Komited Buat ‘Research’ Dunia Gelap Demi Watak

Imranul
Imranul

Pelakon meningkat naik, Imranul Effendy mengakui dirinya berasa segan untuk menonton babak yang memaparkan dirinya tidak berbaju serta melakonkan adegan ‘daring’ menerusi filem seram terbaharu, Nar’sata: Sekutu Setan.

Menurut Imranul, dia bersetuju menjayakan babak-babak tersebut demi memenuhi kehendak naskhah dan memastikan impak yang ingin disampaikan kepada penonton benar-benar sampai.

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka Baju & ‘Daring’, Komited Buat ‘Research’ Dunia Gelap Demi Watak

“Saya Sendiri Malu Nak Tengok”

“Ketika adegan tersebut ditayangkan, saya pun tutup mata. Saya sendiri malu nak tengok. Namun, itu semua adalah kehendak naskhah. Saya sehabis baik mengikut apa yang telah ditetapkan.

“Saya mahu babak-babak itu memberikan impak kepada penonton. Saya tak nak buat secara suam-suam kuku sahaja. Kalau nak buat, kena buat betul-betul sampai habis.

“Jika babak-babak itu tidak dimasukkan di dalam filem, rasa itu tidak akan sampai,” katanya kepada MH.

Imranul berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Nar’sata: Sekutu Setan, baru-baru ini.

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka Baju & ‘Daring’, Komited Buat ‘Research’ Dunia Gelap Demi Watak

Dalam pada itu, Imranul turut memuji pendekatan pengarah, Pierre Andre yang disifatkan sangat terbuka menerima pandangan para pelakon, khususnya melibatkan adegan sensitif.

Ads

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka Baju & ‘Daring’, Komited Buat ‘Research’ Dunia Gelap Demi Watak

“Saya sangat memuji cara kerja Pierre Andre. Dia akan minta kebenaran dan bertanya dahulu sama ada kita selesa atau tidak untuk buat adegan buka baju dan babak ‘daring’.

“Kami ada komunikasi bersama pengarah. Jika naskhah menuntut kita untuk menjayakan sesuatu adegan itu, saya akan buat.

“Jika babak itu tidak diperlukan tapi pengarah minta kita buat juga, saya akan persoalkan,” ujarnya.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/kalau-jodoh-tak-ke-mana-semakin-akrab-aisha-retno-ulas-hubungan-dengan-imranul-effendy/

Buat ‘Research’ Demi Hidupkan Watak

Pada masa sama, Imranul mendedahkan dia sanggup meluangkan masa melakukan kajian dan mencari bahan rujukan bagi menghidupkan watak yang dibawakan dengan lebih berkesan.

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka Baju & ‘Daring’, Komited Buat ‘Research’ Dunia Gelap Demi Watak

“Apa yang dipertontonkan itu bukanlah diri saya. Watak Ben itu bukan Imranul. Bila terpaksa melakonkan watak remaja yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini, saya terpaksa buat research dan bergaul dengan ‘mereka’ di dunia nyata.

“Saya kena faham cara kehidupan mereka. Saya tidak akan dapat bawakan watak ini jika rasa itu tiada. Jadi, saya kena buat research sedalam-dalamnya. Itulah hal yang paling saya risau sekali,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bagaimanapun, Imranul turut memohon maaf sekiranya babak-babak yang dilakonkannya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya peminat.

“Saya Pun Tutup Mata…,” – Imranul Effendy Malu Tengok Babak Buka Baju & ‘Daring’, Komited Buat ‘Research’ Dunia Gelap Demi Watak

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf jika ada yang rasa tersinggung. Jujur saya katakan, saya buat babak itu untuk memberikan impak kepada penonton.

“Saya bukan buat secara suka-suka. Niat saya sebagai pelakon adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat,” akhirinya.

Sebelum ini, nama Imranul Effendy mula menjadi perhatian ramai susulan fenomena muzik video lagu Jodoh Lebaran, di mana dia tampil sebagai penari utama.

Nar’sata: Sekutu Setan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Mei depan dan selain Imranul, naskhah ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Fadlan Hazim, Aniq Suhair, Mawar Rashid dan Namron.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ini Takdir, Kena Terima Hakikat…,” – Kaka Azraff & Suami Sah...

Penyanyi Kaka Azraff reda apabila rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff kini sudah berakhir selepas mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.
error: Hello. Cannot.