Ads

Ben Ali Tak Nafi Trend Pembelian Secara ‘Online’, Percaya Ada Yang Cenderung Mahu Pengalaman ‘Shopping’ Secara Fizikal, Terutama Bila Musim Perayaaan

Pelakon dan usahawan, Ben Ali berpandangan pengalaman membeli-belah secara fizikal masih mempunyai keistimewaan tersendiri meskipun pembelian menerusi platform dalam talian semakin menjadi pilihan pengguna seiring perkembangan semasa.

Menurut Ben, tidak semua pembeli selesa membuat pembelian secara dalam talian, khususnya apabila melibatkan pakaian yang memerlukan mereka mencuba sendiri bagi memastikan kesesuaian saiz dan rekaan.

“Pembelian secara dalam talian kita tak boleh nak menafikan kerana ia mengikut perkembangan semasa. Akan tetapi kita pun tidak boleh menafikan juga ada pembeli yang mahukan pengalaman dalam pembelian.

“Macam saya contohnya, kalau nak beli pakaian saya lebih gemar ke butik untuk cuba pakai. Bukan kata tak pernah beli secara ‘online’, ada juga. Cumanya saya lebih cenderung untuk beli baju secara fizikal.

“Sebab mungkin saiz atau rekaan pakaian itu berbeza-beza. Kadang walau kita pakai saiz M, ia mungkin longgar atau ketat dengan kita. Jadi lihat kepada kesesuaian,” katanya.

Ben atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan berkata demikian ketika ditemui sejurus Pelancaran Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Volume KL, The Arch Galaries, baru-baru ini.

Turut Mahu Bertemu Pembeli Secara Fizikal

Ben pada masa sama turut menjelaskan, kebanyakan peniaga yang menyertai festival yang dibawanya juga terdiri daripada usahawan yang sudah berjaya membina perniagaan menerusi platform dalam talian.

Bagaimanapun, mereka tetap memilih untuk menyertai acara fizikal kerana melihatnya sebagai peluang terbaik untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan selain memperkenalkan produk yang ditawarkan.

Ads

“Rata-rata yang mengambil bahagian bersama kami sebenarnya juga ialah peniaga yang sudah pun sukses berniaga dalam talian.

“Namun mereka tetap memilih untuk berniaga di festival. Pihak kami ada tanya mengapa dan kebanyakan mereka mengatakan ketika itulah waktu terbaik untuk bertemu dengan pembeli.

“Mungkin sebelum secara maya, tiada interaksi secara depan-depan selain untuk ‘showcase’ produk yang dijual kepada pembeli secara terus.

“Walaupun kita akui trend pembelian secara dalam talian, namun terutamanya ketika musim perayaan, ada pembeli lebih gemar ke ‘ground event’ atau acara yang dianjurkan secara fizikal,” katanya lagi.

Ben Ali Tak Nafi Trend Pembelian Secara ‘Online’, Percaya Ada Yang Cenderung Mahu Pengalaman ‘Shopping’ Secara Fizikal, Terutama Bila Musim Perayaaan Ben Ali Tak Nafi Trend Pembelian Secara ‘Online’, Percaya Ada Yang Cenderung Mahu Pengalaman ‘Shopping’ Secara Fizikal, Terutama Bila Musim Perayaaan Ben Ali Tak Nafi Trend Pembelian Secara ‘Online’, Percaya Ada Yang Cenderung Mahu Pengalaman ‘Shopping’ Secara Fizikal, Terutama Bila Musim Perayaaan

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/tidur-masjid-kena-samun-hidup-tanpa-arah-ben-ali-bongkar-perjalanan-hijrah-penuh-air-mata-ke-kuala-lumpur-alhamdulullah-tak-menyesal/

Festival Istimewa Kembali, Sasar Lebih 900 Vendor

Sementara itu, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali untuk edisi 2027 dengan skala penganjuran lebih besar serta pelbagai pengisian menarik bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih meriah kepada pengunjung.

Diiktiraf dan dianugerahkan oleh The Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Festival Raya Terbesar di Malaysia pada 2024, acara ini dianjurkan oleh ABGR PLT, hasil inisiatif bersama My Events International dan Absolut Events.

Ads

Bagi edisi 2027, ABFGR bakal berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur dari 19 hingga 22 Februari 2027 selama 66 jam tanpa henti, meneruskan tradisi penganjuran tahun-tahun sebelumnya.

Anda mungkin berminat dengan

Menariknya, buat julung kali, ABFGR turut melebarkan sayap ke Pantai Timur menerusi penganjuran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dari 5 hingga 7 Mac 2027.

Pihak penganjur turut menyasarkan penyertaan lebih 900 vendor di kedua-dua lokasi berkenaan.

Selain itu, Pengasas Bersama ABGR PLT, Nadiyah Shahab menerusi pengenalan model acara baharu dikenali sebagai Tapestry by ABGR: Singgah Raya.

Acara berkenaan dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Februari 2027 dengan The Arch Galeries diumumkan sebagai Lokasi Rasmi.

Ia akan menjadi sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan acara yang berbeza sama sekali berbanding Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya dengan mengetengahkan tiga konsep berbeza iaitu Premium, Pasar Lambak (Flea Market) serta Mini AFF.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Hannah Delisha Akui Gemar Perhiasan Aksesori Emas & Perak, Pelaburan Masa...

Pelakon, Hannah Delisha mengakui mempunyai minat mendalam terhadap barang kemas, malah menyifatkan pembelian aksesori berharga itu bukan sekadar untuk menyerlahkan penampilan, sebaliknya turut menjadi...