Ads

Hannah Delisha Akui Gemar Perhiasan Aksesori Emas & Perak, Pelaburan Masa Depan Juga – “Setiap Wanita Sukakan Benda Yang Cantik, Boleh Menaikkan Seri…”

Pelakon, Hannah Delisha mengakui mempunyai minat mendalam terhadap barang kemas, malah menyifatkan pembelian aksesori berharga itu bukan sekadar untuk menyerlahkan penampilan, sebaliknya turut menjadi satu bentuk pelaburan yang baik untuk masa hadapan.

Menurut Hannah, dia sememangnya gemar membeli barang kemas kerana selain mampu menambah seri penampilan, emas juga mempunyai nilai tersendiri yang boleh dijadikan sebagai simpanan jangka panjang.

“Ya, kenapa tidak? Ada kepentingannya untuk kita menyimpan barang kemas kerana kadangkala kita membeli barangan yang tidak mempunyai nilai untuk masa depan.

“Bagi saya, saya sukakan kedua-duanya (barangan perhiasan emas dan permata). Ada masanya saya membeli barang kemas semata-mata kerana mahu kelihatan cantik.

“Namun, saya juga merasakan pelaburan dalam barang kemas emas adalah sesuatu yang baik kerana kita mendapat kedua-duanya, iaitu pelaburan dan juga kecantikan,” katanya.

Berkongsi lanjut, Hannah turut mengakui mempunyai koleksi emas dan perak sendiri selain berpendapat setiap wanita mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih barang kemas.

Justeru, dia menyukai kepelbagaian rekaan yang ditawarkan oleh Elfi Jewellery.

Hannah Delisha Akui Gemar Perhiasan Aksesori Emas & Perak, Pelaburan Masa Depan Juga - “Setiap Wanita Sukakan Benda Yang Cantik, Boleh Menaikkan Seri…” Hannah Delisha Akui Gemar Perhiasan Aksesori Emas & Perak, Pelaburan Masa Depan Juga - “Setiap Wanita Sukakan Benda Yang Cantik, Boleh Menaikkan Seri…” Hannah Delisha Akui Gemar Perhiasan Aksesori Emas & Perak, Pelaburan Masa Depan Juga - “Setiap Wanita Sukakan Benda Yang Cantik, Boleh Menaikkan Seri…” Hannah Delisha Akui Gemar Perhiasan Aksesori Emas & Perak, Pelaburan Masa Depan Juga - “Setiap Wanita Sukakan Benda Yang Cantik, Boleh Menaikkan Seri…”

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/sudah-sebulan-bayi-itu-tidak-bernyawa-dalam-perut-gembira-jadi-duka-dalam-beberapa-minit-hannah-delisha-kongsi-kisah-keguguran/

Tertarik Rekaan Menarik, Harga Mampu Milik

Dalam perkembangan lain, Hannah yang dilantik sebagai duta Elfi Jewellery sejak Julai 2025 turut berkongsi keterujaannya apabila diberi peluang untuk meneruskan kerjasama dengan jenama perhiasan diri berkenaan.

Menurutnya, dia menyukai pasukan serta pengasas Elfi Jewellery yang disifatkan sebagai individu merendah diri dan baik hati, malah tidak menyangka kontraknya akan disambung.

Hannah turut menjelaskan, antara perkara yang menarik perhatiannya terhadap jenama berkenaan ialah konsep serta koleksi yang ditawarkan, selain rekaan menarik pada harga yang mampu dimiliki.

“Bagi saya, setiap wanita sukakan benda-benda yang cantik, yang boleh menaikkan seri kita seperti barangan kemas. Jadi bila ia hadir, saya sukalan koleksi rekaannya.

Ads

“Semuanya cantik dan terkini selain harganya yang mampu milik. Kalau ada rezeki, sesiapa sahaja mampu memilikinya,” katanya lagi.

Mengulas mengenai koleksi terbaharu yang digayakannya, Hannah memberitahu dia tertarik dengan rekaan Starlight Lemon yang disifatkan agak berbeza berbanding koleksi terdahulu.

Jelasnya, Elfi Jewellery turut menawarkan pelbagai pilihan rekaan, daripada gaya minimalis hinggalah kepada aksesori yang lebih menyerlah dan mewah.

Selain itu, koleksi Eternity by Elfi juga menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menghasilkan rekaan barang kemas mengikut cita rasa serta sentuhan peribadi masing-masing.

Jelasnya lagi, kemudahan menghasilkan rekaan tersendiri itu memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang mahukan sesuatu yang eksklusif dan bersesuaian dengan gaya masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sibuk Di Lokasi Penggambaran Drama

Untuk rekod, Eternity by Elfi, jenama barang kemas tempahan khas terbaharu daripada Elfi Jewellery, membuat penampilan sulung menerusi pertunjukan fesyen Fashionably Modest Asia (FMA) 2026 yang berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Sabtu lalu.

Elfi Jewellery dan Eternity by Elfi turut bertindak sebagai Rakan Barang Kemas Rasmi FMA 2026.

Mengangkat tema Her 4 Facets, koleksi berkenaan menampilkan lapan set barang kemas yang dibahagikan kepada empat tema utama iaitu Perkahwinan dan Pengantin, Ulang Tahun, Makan Malam dan Majlis Malam, Formal dan Eksekutif serta Sambutan dan Perayaan.

Pemilihan Hannah sebagai duta sejak 2025 juga dilihat bersesuaian dengan imej anggun dan elegan yang dibawa jenama tersebut, selain kehadirannya yang berjaya mendekatkan jenama ini dengan kelompok pencinta barang kemas dalam kalangan generasi milenial dan Gen Z.

Dalam perkembangan kerjaya, Hannah kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama terbitan Astro berjudul Dendam Seorang Isteri yang mempunyai 60 episod.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar...

Penyanyi Nabila Razali menyifatkan peluang menghiburkan mahasiswa anak Pahang menerusi Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st, sebagai pengalaman menyeronokkan. Melihat semangat dan keterujaan...