
Pempengaruh dan usahawan, Syida Melvin reda menerima ketentuan takdir apabila rumah tangganya bersama bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, akhirnya berakhir dengan perceraian.
Menerusi satu hantaran di Threads, Syida menyifatkan perpisahan yang dilalui bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada lembaran kehidupan baharu buat dirinya bersama anak-anak.


“Alhamdulillah, hari ini saya belajar bahawa ada perpisahan yang bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada kehidupan yang baru.
“Saya lepaskan apa yang telah berlalu dan kini melangkah dengan hati yang lebih lapang,” tulisnya.
Fokus Besarkan Anak-Anak, Yakin Perancangan Allah
Dalam perkongsian sama, Syida memaklumkan kini dia mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kehidupan bersama tiga cahaya matanya yang sentiasa berada di sisi.
Pada masa sama, dia percaya setiap yang berlaku adalah sebahagian daripada perancangan terbaik Allah SWT.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memohon doa orang ramai agar dia dan anak-anak terus diberikan kekuatan untuk mengharungi fasa kehidupan yang baharu.


“Dengan anak-anak di sisi, saya percaya… Allah sedang sedang menulis cerita yang lebih indah untuk kami selepas ini.
“Bismillah untuk langkah yang baru, doakan saya dan anak-anak,” akhirinya.
Sah Bercerai Rabu Lalu
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syida bersama Mohamad Syafiq Azim Shaheen menjadi perhatian ramai selepas dia dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Disember tahun lalu.
Anda mungkin berminat dengan


Terdahulu, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada 19 Januari 2019 sebelum disahkan bercerai pada Rabu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajeeda dan Sehan Isa.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

sekarang!
