
Penyanyi Ayu Damit berdepan detik mencemaskan apabila tiba-tiba mengalami sesak nafas sekitar jam 3 pagi hari ini sebelum dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya bertambah tidak selesa.
Menurut Ayu, kejadian itu bermula apabila dia mengalami kesukaran bernafas dan suaminya cuba membantu dengan menyapu minyak pada bahagian dada.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian keadaannya menjadi semakin teruk apabila dia mengalami loya dan muntah berulang kali.
“Jam 3.00 pagi saya sesak nafas. Suami saya letak minyak, kemudian tidur balik.
“Lepas itu lebih kurang pukul 6.00 pagi saya terjaga semula sebab rasa loya dan muntah. Pukul 3.00 pagi tadi pun saya muntah, kemudian pukul 6 saya muntah lagi,” katanya.
Bimbang melihat keadaan isterinya, suami Ayu, Syed Fauzi Syed Baharuddin membawa penyanyi Hanya Di Mercu itu ke Pantai Hospital Cheras bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Doktor Sahkan Ada Batu Dalam Hempedu
Hasil pemeriksaan awal mendapati Ayu mempunyai batu dalam hempedu yang dipercayai menjadi antara punca dia mengalami sakit perut.
Dalam masa sama, penyanyi itu turut memaklumkan dia mempunyai sejarah fibroid yang sebelum ini turut memberi kesan terhadap masalah sakit perut yang dialaminya.
Bagaimanapun, punca sesak nafas masih dalam proses pemeriksaan lanjut pihak hospital.
“Doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Saya memang ada fibroid sebelum ini dan ia ada beri kesan kepada sakit di bahagian perut saya.
“Cuma untuk sesak nafas itu, doktor masih dalam pemeriksaan. Mereka akan beritahu kemudian apa sebenarnya yang menyebabkan saya sesak nafas,” katanya.

Baca Artikel Lain;
Ayu Mohon Doa
Menurut Ayu, doktor masih menjalankan beberapa pemeriksaan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah sesak nafas yang dialaminya.
Sehubungan itu, penyanyi yang juga Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua itu berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai keadaan kesihatannya selagi keputusan penuh pemeriksaan belum diperoleh.
Anda mungkin berminat dengan
Ayu mengakui pengalaman tersebut amat mencemaskan, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku secara tiba-tiba pada awal pagi
Buat masa ini, dia masih menerima rawatan dan menjalani pemeriksaan di hospital serta berharap segala urusannya dipermudahkan.
“Doakan saya supaya semuanya okey dan dipermudahkan,” akhirinya.
Terdahulu suami Ayu berkongsi keadaan terkininya menerusi Instagram Story sambil memohon akan kesembuhan isteri tersayang.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

