Ads

Tiada Pengumuman Kehamilan, Neelofa Kekal Pendirian Walau ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian – “Bila Selamat Melahirkan, Baru Kita Kongsi…”

Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa, kekal dengan pendiriannya untuk tidak membuat sebarang pengumuman mengenai kehamilannya meskipun ramai peminat sudah mula membuat spekulasi.

Menurut Neelofa, tanpa sebarang pengumuman sekali pun, orang ramai sudah dapat melihat perubahan terhadap fizikalnya.

Isteri kepada penceramah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkata, dia hanya akan berkongsi berita gembira tersebut selepas kelahiran, atas izinNya.

Neelofa pada masa sama turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan.

“Saya rasa mungkin sudah ramai dah dapat agak, sudah nampak. Saya tak perlu untuk pengumuman tertentu.

“Malah saya juga tak pernah buat pengumuman pun untuk mana-mana kelahiran anak.

“Cuma bila selamat melahirkan, baru kita kongsikan. Itulah yang terbaik. Sebab selagi tak melahirkan, apa-apa saja boleh terjadi kan?

Ads

“Jadi semua orang boleh nampak badan saya berubah, saiz pun berbeza.

“Jadi yang terbaik, doakan sahajalah. Doa supaya proses sepanjang perjalanan ni dipermudahkan, sihat, dan melahirkan… Nanti seterusnya fasa seterusnya pun dipermudahkan, Insya-Allah” katanya.

Neelofa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Susu Nilofa Banana Milk yang berlangsung di The Curve, Petaling Jaya, pada Ahad.

Tiada Pengumuman Kehamilan, Neelofa Kekal Pendirian Walau ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian - “Bila Selamat Melahirkan, Baru Kita Kongsi…”

Tiada Pengumuman Kehamilan, Neelofa Kekal Pendirian Walau ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian - “Bila Selamat Melahirkan, Baru Kita Kongsi…”

Ads

Tiada Pengumuman Kehamilan, Neelofa Kekal Pendirian Walau ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian - “Bila Selamat Melahirkan, Baru Kita Kongsi…”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/macam-on-the-way-sahaja-macam-ada-baby-bump-netizen-mula-teka-neelofa-sedang-hamil-anak-ketiga/

Jantina Bayi Kekal Rahsia

Mengulas mengenai jantina bayi, Neelofa menegaskan perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Malah, majlis  tertutup yang diadakan baru-baru ini juga hanya melibatkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Perkara itu hal yang peribadi. Saya buat bersama-sama dengan famili Haris, adik-beradiknya dan ahli keluarga lain,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Potong Sendiri 200,000 Kertas, Sampai Jari Luka,” – K.O.I Tiada...

Kumpulan K.O.I mengakui mereka langsung tidak meletakkan sebarang harapan untuk muncul juara menerusi lagu Tiwikarma pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), malam tadi.