Pelakon Hannah Delisha reda dengan takdir Illahi meskipun hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran baru-baru ini.
Menurut Hanna, sehingga kini, dia masih belum boleh melupakan momen ketika menerima berita kehilangan bayi yang dikandungannya selama 13 minggu itu.
Katanya lagi, dia baru sahaja mahu mengecapi kegembiraan untuk bergelar ibu, namun keterujaan itu direntap dengan berita duka berkenaan.
“Bayangkan pertama kali nampak bayi kita pada mesin imbasan itu, tentulah rasa sangat teruja.
“Tapi tak sampai beberapa minit, wajah doktor yang menjalankan imbasan berubah.
“Beberapa kali doktor lakukan imbasan, kemudian dia panggil seorang lagi doktor untuk kepastian dan mereka akhirnya sahkan jantung bayi saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu.
“Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu? Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita yang sangat menyedihkan,” katanya yang tidak dapat menahan air mata.
Ads
Pelakon asal Singapura itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Sinar Ramadan anjuran jenama baju Melayu Bulan Bintang dengan kerjasama NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra.
Menurut Hannah, hatinya sebak bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir sebaliknya trauma mengenangkan keadaan bayi yang sudah hampir sebulan tidak bernyawa di dalam kandungannya serta kesakitan menjalani prosedur D&C atau cuci rahim.
Kesan kehilangan itu kata Hannah menyebabkan emosinya tidak menentu pada minggu pertama.
Ads
“Minggu pertama sangat emosi, tiba-tiba saja saya saya boleh nangis ketika di rumah, suami turut sedih melihat keadaan saya, kalau boleh dja tak mahu saya lalui pengalaman itu lagi.
“Rupaya sebulan bayi saya adalam keadaan tak ada nyawa. Tapi saya tak sedar sebab tak alami sakit perut atau turun darah, itu yang buat saya paling ‘down’.
“Ada yang persoalkan ala keguguran tak sakit macam beranak, tapi orang tak tahu kesan emosi yang ditanggung atas kehilangan itu,” ujarnya lagi.
Menurut Hannah lagi, andai dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi, tentunya dia amat gembira kerana mereka tidak pernah merancang.
Ads
Tetapi katanya dia akan lebih berhati-hati selepas ini demi menjaga kandungan.
“Sebelum ini saya terlalu banyak bergerak dan bekerja pada waktu panjang serta tak cukup tidur serta rehat.
“Selepas ini andai ditakdirkan ada rezeki untuk mengandung lagi, saya akan lebih berjaga-jaga,” katanya.
Pada 17 Mac lalu, Hannah berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui ciapan di pelantar X.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah rakaman perlawanan yang memperlihatkan dirinya sedang menggelecek bola sebelum tersungkur, bintang bola sepak, Zaquan Adha berkongsi masalah yang membelenggunya sehingga kini.
Ulasnya, kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) menyebabkan dia tidak mempunyai keseimbangan badan yang baik.
ACL merupakan salah satu daripada 4 bahagian ligamen yang mengikat tulang peha (femur), tempurung lutut (patella) dan tulang-tulang keting (tibia dan fibula) dan kecederaan berlaku apabila ACL putus atau terkoyak.
“Alhamdulillah..bukan riak tetapi sy ingin berkongsi kepada semua dan rakan2..sy bukanlah pemain bola yg hebat tetapi sy tau sy mempunyai semangat yg kuat dan dikelilingi keluarga yg sentiasa berada dikala sy jatuh.
“Sepanjang karea sy bermain bola selama ini sy pernah mengalami 4 kali operations ACl 1kali scop di lutut,1 kali operation di tangan.
“Jika ada yg sentiasa sering mempersoalkan kenapa sy sering jatuh di padang ini lah sebenarnye yg sy terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan sy sering jatuh,” jelas Zaquan.
Tambahnya, kecacatan yang berlaku tidak menghalangnya untuk terus beraksi di padang walau ada pihak yang meminta untuknya bersara.
“Tetapi apa pun alhamdulillah sy bersyukur allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada sy untuk terus bermain sehingga sekarang.
“Jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yg mengalami kecederaan tolong jgn giveup.
“Percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda. Set dalam pemikiran anda yg anda kuat dan yg paling penting jaga kedua ibu bapa kt.
“Sy dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi sy yakin rezeki itu datang dari allah dan sy percaya apa yg diberi adalah amanah dari allah.
“Apa yg paling penting sy tidak akan berputus asa,sebab org yg berputus asa adalah org yg gagal. Ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembakar semangat untuk kt bangkit.
“Ikhlas jujur dengan kerja kt insyaallah benda yg baik akan datang kepada kt..kita manusia biasa dan bukan sentiasa akan berada di atas,” katanya panjang lebar.
Pelakon jelita Ruhainies menitipkan ucapan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, tahun ini.
Berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Insta Stories, Ruhainies turut khususkan ucapan berkenaan kepada para pengikutnya di Instagram.
“Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my followers and seluruh umat Islam,” tulisnya ringkas sambil disusuli emoji berbentuk ‘love’.
Sejak beberapa hari lalu, nama adik kepada pelakon Risteena itu menjadi bulan di kalangan warganet susulan isu hangat yang membabitkan dirinya baru-baru ini.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dukacita dimaklumkan apabila pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad,maut dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.
Malah, perkara itu dikongsikan anak Allahyarham, Iqbar Hakim yang juga merupakan Pengurus Pemasaran produk kecantikan tersebut.
“Assalamualaikum semua. Saya ada berita sedih..Saya baru sahaja selepas kehilangan bonda tercinta disebabkan kemalangan jalan raya.Saya dalam perjalanan pulang ke kampung..
“So kpd semua tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bonda saya,” katanya sebak.
Nama Vitalia Sesha suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan penampilan berani di samping terkait dengan pelbagai skandal. Namun siapa sangka, selebriti berusia 39 tahun...