Ads

Tarian Etnik Borneo 2026 Melabuhkan Tirai, Serlah Keunikan Seni Budaya Sabah & Sarawak… Jadi Wadah Pelihara Warisan Budaya Generasi Muda

Penganjuran program Tarian Etnik Borneo 2026 selama tiga hari di Koisaan Cultural Village dan Dewan Hongkod Koisan, KDCA, Penampang, Sabah, bukan sahaja mengetengahkan kreativiti seni tari etnik Borneo, malah menjadi platform memperkasa bakat generasi muda serta memperkukuh usaha memelihara khazanah warisan budaya negara.

Program yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2026 itu telah melabuhkan tirainya dengan menghimpunkan penggiat seni tari, bakat muda dan komuniti kebudayaan dalam usaha memartabatkan keunikan seni tari etnik kreatif Sabah dan Sarawak.

Dianjurkan oleh Pertubuhan Peragaan Seni Native Borneo Sabah (PPSNBS) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), penganjuran ini bukan sekadar menampilkan pertandingan seni tari.

Sebaliknya, ia menjadi wadah penting dalam mengangkat warisan budaya Borneo menerusi gabungan elemen tradisional dan olahan kreatif yang berteraskan kajian, rujukan serta pemahaman terhadap adat dan identiti masyarakat etnik tempatan.

Warisan Tradisi Terus Hidup

Sepanjang tiga hari penganjuran, program ini mengetengahkan pertandingan tarian etnik Borneo yang memberi ruang kepada peserta mempersembahkan kreativiti koreografi masing-masing, sambil mengekalkan nilai, keaslian dan keunikan seni tari tradisional.

Bermula dengan pertandingan separuh akhir pada 30 Oktober, program diteruskan dengan majlis perasmian rasmi pada 31 Oktober sebelum mencapai kemuncaknya menerusi pertandingan peringkat akhir pada 1 November 2026, diikuti persembahan khas sempena penutupan program.

Penganjuran ini turut memperlihatkan kepentingan penglibatan generasi muda dalam memastikan seni tari tradisional tidak semakin dilupakan, sebaliknya terus berkembang sebagai sebahagian daripada identiti dan kebanggaan masyarakat Borneo.

Ads

Selain menjadi platform pengembangan bakat seni tempatan, program ini turut menekankan kepentingan perpaduan masyarakat majmuk menerusi penghayatan terhadap kepelbagaian seni dan budaya Sabah serta Sarawak.

Keunikan warisan setiap etnik yang diterjemahkan melalui persembahan tarian membawa mesej bahawa kepelbagaian budaya merupakan kekuatan yang membentuk identiti kebangsaan Malaysia.

Tarian Etnik Borneo 2026 Melabuhkan Tirai, Serlah Keunikan Seni Budaya Sabah & Sarawak… Jadi Wadah Pelihara Warisan Budaya Generasi Muda Tarian Etnik Borneo 2026 Melabuhkan Tirai, Serlah Keunikan Seni Budaya Sabah & Sarawak… Jadi Wadah Pelihara Warisan Budaya Generasi Muda

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/jika-rasa-saya-layak-undilah-saya-tidak-akan-memaksa-azhan-rani/

Usaha Angkat Seni Budaya Borneo Ke Persada Antarabangsa

Dalam pada itu, PPSNBS turut melihat penganjuran ini sebagai langkah berterusan dalam memperluas potensi seni tari etnik Borneo ke peringkat lebih tinggi, termasuk melalui pembangunan bakat tempatan, jaringan kebudayaan dan peluang kerjasama antarabangsa.

Dengan kekayaan seni dan tradisi yang dimiliki Sabah serta Sarawak, warisan budaya Borneo mempunyai potensi besar untuk terus diketengahkan sebagai antara tarikan utama pelancongan budaya Malaysia.

Pengerusi PPSNBS, Mohd Fazil bin Ajak, menekankan bahawa usaha memelihara seni tari etnik memerlukan komitmen berterusan daripada penggiat seni, masyarakat dan generasi muda.

Ads

“Setiap tarian etnik membawa kisah, sejarah dan identiti masyarakat yang mewarisinya. Melalui penganjuran TARIAN ETNIK BORNEO 2026, kami ingin memastikan warisan ini bukan sekadar dipersembahkan untuk tontonan, tetapi terus difahami, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

“Kami percaya bahawa kreativiti dan tradisi boleh berkembang seiring. Apa yang penting, nilai dan keaslian budaya terus dipelihara supaya seni tari etnik Borneo kekal menjadi kebanggaan masyarakat Sabah, Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Pihaknya juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) atas sokongan terhadap penganjuran program ini serta komitmen dalam memperkukuh pembangunan seni, budaya dan warisan negara.

Penghargaan turut ditujukan kepada semua peserta, penggiat seni, pihak yang bekerjasama, petugas serta masyarakat yang terlibat dalam menjayakan penganjuran tersebut.

Warisan budaya bukan sekadar peninggalan masa lalu, tetapi merupakan identiti dan khazanah negara yang perlu terus dipelihara demi generasi akan datang.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nabila Razali & Floor 88 Bakal Meriahkan Putrajaya! 1,500 Mahasiswa Babitkan...

Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dari seluruh negara bakal berhimpun dalam Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang akan berlangsung di Putrajaya...