Ads

Nabila Razali & Floor 88 Bakal Meriahkan Putrajaya! 1,500 Mahasiswa Babitkan 27 IPT Seluruh Negara Berhimpun Dalam Konvensyen Apresiasi Pahang 1st

Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dari seluruh negara bakal berhimpun dalam Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 14 November ini.

Berlangsung dari pukul 7 pagi hingga 7.30 malam, program berskala besar itu turut menampilkan persembahan khas daripada penyanyi popular, Nabila Razali dan kumpulan Floor 88.

Konvensyen berkenaan bukan sekadar menjadi medan pertemuan mahasiswa, malah turut berperanan sebagai platform menghimpunkan suara anak muda untuk membincangkan masa depan serta pembangunan Negeri Pahang.

Mahasiswa Sebagai Aset, Bakal Pemimpin

Presiden Majlis Anak Pahang Nasional (MAMPAN) Kebangsaan, Wan Izzul Hakim bin Wan Jamal Abdul Nasir berkata, penganjuran konvensyen itu bertujuan melahirkan pemimpin mahasiswa yang mempunyai jati diri, integriti serta semangat kenegerian yang tinggi.

“Mahasiswa anak Pahang bukan sekadar golongan yang menuntut ilmu di menara gading, sebaliknya merupakan aset penting dan bakal pemimpin yang akan menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Kita mahu melahirkan barisan mahasiswa yang berfikiran matang, berani menyuarakan pandangan dan mempunyai keupayaan kepimpinan untuk membawa aspirasi anak Pahang ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Menurut beliau, konvensyen itu memberi penekanan kepada tiga teras utama, iaitu kepimpinan, intelektual dan kenegerian.

Ads

Teras kepimpinan memberi fokus kepada pembentukan pemimpin mahasiswa yang kompeten dan berintegriti, manakala teras intelektual pula menggalakkan pemikiran kritis menerusi perbahasan serta wacana ilmiah.

Sementara itu, teras kenegerian bertujuan menyatukan mahasiswa daripada pelbagai institusi di bawah satu aspirasi dan agenda pembangunan Pahang.

Nabila Razali & Floor 88 Bakal Meriahkan Putrajaya! 1,500 Mahasiswa Babitkan 27 IPT Seluruh Negara Berhimpun Dalam Konvensyen Apresiasi Pahang 1st

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/penyanyi-nombor-satu-pun-ada-haters-apatah-lagi-saya-nabila-razali-kalis-kecaman-tapi-takkan-berdiam-jika-keluarga-disentuh/

27 IPT Seluruh Negara Bakal Sertai Konvensyen

Antara pengisian utama konvensyen ialah Persidangan Mahasiswa Anak Pahang yang menjadi ruang perbincangan serta pembentukan resolusi berkaitan kepentingan mahasiswa dan pembangunan negeri.

Program itu turut menampilkan sesi Townhall bersama Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Sesi berkenaan membuka peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan kerajaan negeri, selain menyampaikan pandangan, persoalan dan aspirasi mereka.

Ads

Selain itu, majlis berkenaan turut menyaksikan pelantikan Duta Perpaduan Kerajaan Negeri Pahang dalam kalangan mahasiswa Pahang bagi memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan anak negeri.

Anda mungkin berminat dengan

Penganjuran konvensyen itu melibatkan penyertaan mahasiswa daripada 27 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Antara IPT yang mengambil bahagian ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dengan penyertaan mahasiswa dari seluruh negara, Apresiasi Pahang 1st diharap dapat menjadi platform penyatuan suara generasi muda serta memperkukuh hubungan strategik antara mahasiswa dengan kerajaan negeri.

Usaha itu sekali gus meletakkan mahasiswa sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri, bukan sekadar pemerhati, sebaliknya turut memainkan peranan menyumbang idea, kepakaran dan tenaga.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Jualan Cecah RM1.3 Juta Dalam 11 Jam, ANAS Cosmetics Raih Dua...

Usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin sekali lagi mencipta kejayaan menerusi jenama miliknya, ANAS Cosmetics apabila berjaya meraih dua anugerah selain mencatatkan jualan mencecah RM1.3...