
Usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin sekali lagi mencipta kejayaan menerusi jenama miliknya, ANAS Cosmetics apabila berjaya meraih dua anugerah selain mencatatkan jualan mencecah RM1.3 juta menerusi TikTok Shop Creator ICON ALLSTAR 11.11 Showdown, semalam (10 November).
Dua anugerah yang berjaya dibawa pulang ialah Creator Icon All Star 11.11 – Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 – RM 1 Million Milestones.
Kejayaan tersebut sekali gus menjadi pelengkap kepada pencapaian ANAS Cosmetics, selain mengukuhkan lagi kedudukan jenama milik Anas yang sudah dibina sejak hampir sedekad lalu.
Menurut Anas, kejayaan meraih kutipan melebihi RM1 juta berkenaan dicapai menerusi satu sesi siaran langsung atau ‘live’ yang berlangsung tanpa henti selama 11 jam.
Turut menyertai acara sama ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida, Neelofa, Fattah Amin, Amira Othman, Wawa Zainal, Nur Fazura, Diana Danielle, Datuk Seri Alha Alfa dan ramai lagi.
Jualan Lebih 13 Juta Unit, Harga Serendah RM1.11
“Sesi jualan itu membabitkan lebih 13 juta unit membabitkan barangan saya seperti lipmatte, pembayang mata, pelembab bibir dan minyak wangi. Ia sekali gus menjadikan jenama milik saya kekal di tangga teratas.
“Sesi jualan itu membabitkan harga tak masuk akal dari serendah RM RM1.11 hingga harga kombo mega RM18.90 untuk lapan jenis barangan.
“Saya juga beruntung kerana sesi jualan langsung sepanjang 11 jam itu turut dibantu hos ‘live’ seperti Ashhry Atan, Fara Dina, Ann Zaira dan Yulia. Tak lupa pasukan kerja belakang tabir, ANAS Cosmetics .Terima kasih kerana turut serta memeriahkan acara ini,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan jenama berkenaan masih kebal di kedudukan nombor satu TikTok Shop Malaysia, sekali gus menewaskan jenama tempatan lain dengan jualan hampir 12 juta unit.
Kejayaan tersebut turut dilaporkan menerusi platform dalam talian, Echotix Blog bertarikh 18 Julai lalu yang sering berkongsi data, berita, tips dan strategi berkaitan platform TikTok serta penjanaan kewangan.


Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
Harap Kejayaan Tidak Ubah Diri
“Saya hanya mampu memanjat Syukur dengan setiap kejayaan diraih saban waktu. Moga kejayaan ini semua tidak pernah mengubah diri saya ke arah tidak baik.
“Malah harapan saya semoga kejayaan sebegini akan kekal mengingatkan saya untuk sentiasa berpijak di bumi nyata.
“Besar harapan saya untuk melihat jenama bumiputera milik sendiri dan lain untuk terus bersaing secara positif dan mampu menandingi jenama antarabangsa,” Katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


