Ads

Datuk Seri Eizlan Yusof Hampir 11 Tahun Berjuang, Akhirnya Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 55 Tahun – “Pelbagai Dugaan, Cabaran Yang Mengajar Aku Erti Kesabaran.”

Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Sarjana Sains (Pengurusan) di Universiti Utara Malaysia (UUM), selepas hampir 11 tahun berjuang.

Menurut Eizlan, perjalanan yang bermula sejak 2015 itu bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya dipenuhi pelbagai dugaan dan cabaran yang mengajarnya erti kesabaran serta ketabahan.

Datuk Seri Eizlan Yusof Hampir 11 Tahun Berjuang, Akhirnya Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 55 Tahun - “Pelbagai Dugaan, Cabaran Yang Mengajar Aku Erti Kesabaran.” Datuk Seri Eizlan Yusof Hampir 11 Tahun Berjuang, Akhirnya Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 55 Tahun - “Pelbagai Dugaan, Cabaran Yang Mengajar Aku Erti Kesabaran.”

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon filem Kudrat 1968: High Council itu berkongsi detik bermakna berkenaan sebagai kenangan selepas berjaya menamatkan perjalanan panjang dalam menuntut ilmu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof)

“Simpan sini buat kenangan. Satu perjalanan yang sangat panjang bermula pada 2015 dan berakhir 2026. Pelbagai dugaan dan cabaran yang mengajar aku erti kesabaran.

“Syukur ya Allah atas keizinan-Mu buat segala usaha hambamu yang lemah ini,” tulisnya.

Ads

Malah momen indah itu turut dikongsikan isteri tercinta, Datin Seri Natasha Rosa Boudville menerusi hantaran terkininya di Instagram.

Datuk Seri Eizlan Yusof Hampir 11 Tahun Berjuang, Akhirnya Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 55 Tahun - “Pelbagai Dugaan, Cabaran Yang Mengajar Aku Erti Kesabaran.”

Hargai Jasa Pensyarah, Keluarga Dan Sahabat

Dalam hantaran sama, Eizlan turut berkongsi momen bermakna sepanjang berlangsungnya majlis konvokesyen yang diadakan baru-baru ini.

Ads

Bukan itu sahaja, Eizlan juga tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu serta memberikan sokongan sepanjang tempoh pengajiannya.

Datuk Seri Eizlan Yusof Hampir 11 Tahun Berjuang, Akhirnya Genggam Ijazah Sarjana Pada Usia 55 Tahun - “Pelbagai Dugaan, Cabaran Yang Mengajar Aku Erti Kesabaran.”

“Kepada First Supervisor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed MustafaIshak, Second Supervisor Idzwan Yacob dan seluruh tenaga pengajar Universiti Utara Malaysia, terima kasih atas segala bimbingan dan dorongan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Buat ahli keluarga, anak-anak dan isteri yang tercinta, terima kasih atas kasih sayang dan dorongan yang telah menjadikan diri yang kerdil ini, melangkah kuat demi segengam ijazah.

“Buat para sahabat yang sentiasa bersama, sayang anda semua,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan artis dan netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa bangga serta tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih Eizlan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Pija, Sahri & Fatin Is Back! Kembali Warnai Industri Muzik Menerusi...

Bakat seni tidak pernah padam, namun tanpa peluang dan sokongan berterusan, penyanyi berkualiti berisiko dilupakan meskipun pernah mencipta nama serta memiliki kemampuan vokal yang...