Ads

“Mereka Ingat Harta, Pendidikan Sahaja…,” – Puteri Sarah Beri Pendapat & Definisi Sekufu Berubah Seiring Waktu, Seru Cari Pasangan Sama Pemikiran & ‘Sefrekuensi’

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana tampil menjelaskan mengenai kenyataannya berkaitan pasangan sekufu yang disalah erti oleh segelintir pihak di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Puteri Sarah, semakin meningkat usia, perspektifnya mengenai makna sekufu juga semakin berubah dan ia adalah pendapat masing-masing.

Jika sebelum ini ada yang melihat sekufu dari sudut harta dan tahap pendidikan, kini Puteri Sarah lebih mementingkan keserasian dari segi pemikiran, persefahaman serta komunikasi dalam sesebuah hubungan.

“Mereka Ingat Harta, Pendidikan Sahaja…,” – Puteri Sarah Beri Pendapat & Definisi Sekufu Berubah Seiring Waktu, Seru Cari Pasangan Sama Pemikiran & ‘Sefrekuensi’

“Mungkin orang selalu salah faham. Mereka ingat sekufu itu adalah mengenai harta dan tahap pendidikan semata-mata. Ia bukan begitu. Satu ketika dahulu, saya juga berfikir begitu.

“Saya sudah pernah berada di dalam perkahwinan. Pada pendapat saya, sekufu itu apabila kita sama pemikiran, sefahaman dan mudah untuk berkomunikasi.

“Soal harta dan status bukan lagi definasi sekufu bagi saya. InshaAllah, dalam perkahwinan saya yang seterusnya, inilah yang saya cari,” katanya kepada MH.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis bacaan Yassin dan tahlil buat Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang berlangsung di Musollah Aisya, Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ads

Jelasnya lagi, walaupun jodoh adalah ketentuan Illahi, namun sebagai manusia, kita diberikan akal dan peluang untuk mencari pasangan yang terbaik serta saling melengkapi.

“Mereka Ingat Harta, Pendidikan Sahaja…,” – Puteri Sarah Beri Pendapat & Definisi Sekufu Berubah Seiring Waktu, Seru Cari Pasangan Sama Pemikiran & ‘Sefrekuensi’ “Mereka Ingat Harta, Pendidikan Sahaja…,” – Puteri Sarah Beri Pendapat & Definisi Sekufu Berubah Seiring Waktu, Seru Cari Pasangan Sama Pemikiran & ‘Sefrekuensi’

“Sebelum itu, kita kenalah mengenali individu itu dahulu. Adakah mereka juga punyai hobi atau keinginan yang sama dengan kita. Kita memang tak tahu bakal suami kita macam mana orangnya kerana segalanya sudah ditentukan.

“Namun, sebagai manusia, kita kena mencari pasangan yang sesuai dengan kita. Bila kita duduk sekali dan mengenali antara satu sama lain, dari situ kita boleh nampak dia okay atau tidak,” ujarnya lagi.

Ads

“Mentaliti & Frequency’ Yang Sama”

Katanya lagi, dia juga melihat keharmonian rumah tangga Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali adalah gambaran tepat mengenai maksud sekufu yang diperkatakannya.

“Mereka Ingat Harta, Pendidikan Sahaja…,” – Puteri Sarah Beri Pendapat & Definisi Sekufu Berubah Seiring Waktu, Seru Cari Pasangan Sama Pemikiran & ‘Sefrekuensi’

“Mentaliti. Itu yang kita mahukan. Insya-Allah perkahwinan saya yang seterusnya, itulah yang saya mahukan. Itulah yang saya maksudkan sekufu.

“Saya tengok contoh seperti Tun M (Dr Mahathir) dengan arwah Tun (Dr Siti) Hasmah, itu yang saya maksudkan sekufu. Saya penat nak guna perkataan sekufu, nanti orang salah faham lagi, maksud saya ialah mentaliti dan ‘frequency’ yang sama,” katanya.

Ads

Ditanya mengenai kepentingan aspek kewangan bagi bakal pasangannya, Puteri Sarah tidak menafikan kestabilan ekonomi memainkan peranan.

Anda mungkin berminat dengan

Namun, aspek itu bukanlah keutamaan mutlak berbanding keserasian fikiran.

“Mereka Ingat Harta, Pendidikan Sahaja…,” – Puteri Sarah Beri Pendapat & Definisi Sekufu Berubah Seiring Waktu, Seru Cari Pasangan Sama Pemikiran & ‘Sefrekuensi’

“Saya takut pula nak menjawab. Nak kata harta tidak penting, itu tidaklah. Harta itu perlu untuk keperluan hidup. Namun, yang paling penting bagi saya adalah mentaliti dan fikiran yang sefrekuensi.

“Kewangan juga perlu stabil. Namun, saya juga bekerja jadi saya tidak kisah untuk menjalani hidup bersama-sama,” akhirinya.

Terdahulu, Puteri Sarah antara rakan selebriti yang hadir ke majlis bacaan Yassin dan tahlil buat tokoh negarawan itu yang dianjurkan oleh penerbit, Erma Fatima dan adiknya, Datin Seri Umie Aida.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Dalam Keadaan Sekarang, Saya Rasa Kita Perlu Tahu Batas,” – Ziela...

Penerbit dan pelakon, Ziela Jalil memohon semua pihak agar menghormati serta menjaga sensitiviti ahli keluarga selepas pemergian tokoh negarawan, Almarhumah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, 28 September lalu.