Ads

“Dalam Keadaan Sekarang, Saya Rasa Kita Perlu Tahu Batas,” – Ziela Jalil Tegur Sikap Tak Sensitif, Minta Hormat Privasi Keluarga Almarhumah Tun Dr Hasmah

Penerbit dan pelakon, Ziela Jalil memohon semua pihak agar menghormati serta menjaga sensitiviti ahli keluarga selepas pemergian tokoh negarawan, Almarhumah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, 28 September lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ziela meminta agar orang ramai tidak berkongsi gambar atau sebarang rakaman peribadi melibatkan keadaan keluarga, khususnya ketika majlis tahlil yang diadakan secara tertutup di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ziela Jalil (@zielajalil)

“Dalam keadaan sekarang, saya rasa kita perlu tahu batas.

“Sekiranya kita diberi ruang untuk hadir ke majlis tahlil yang diadakan secara ‘private’ di kediaman Tun M, hormatilah ruang dan privasi keluarga.

“Tidak perlulah kita berkongsi gambar atau keadaan Tun, lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga sendiri telah meminta perkara itu tidak dilakukan,” tulisnya.

Perkembangan Mengenai Tun Wajar Datang Daripada Keluarga

Dalam hantaran sama, pelakon filem Harry Boy itu menegaskan sebarang perkembangan mengenai Tun seharusnya disampaikan oleh pihak keluarga sendiri.

“Dalam Keadaan Sekarang, Saya Rasa Kita Perlu Tahu Batas,” - Ziela Jalil Tegur Sikap Tak Sensitif, Minta Hormat Privasi Keluarga Almarhumah Tun Dr Hasmah

Ads

“Dalam Keadaan Sekarang, Saya Rasa Kita Perlu Tahu Batas,” - Ziela Jalil Tegur Sikap Tak Sensitif, Minta Hormat Privasi Keluarga Almarhumah Tun Dr Hasmah

“Apa sahaja perkembangan mengenai Tun, biarlah datang daripada pihak keluarga.

“Ya, Tun seorang Negarawan yang sangat dekat di hati rakyat. Tetapi pada saat ini, Tun juga seorang ayah, datuk dan insan yang sedang berada di sisi anak-anak serta cucu-cucunya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ziela berpendapat semua pihak perlu memberi ruang kepada keluarga untuk melalui detik sukar ini dengan tenang.

Ads

Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu meluahkan rasa kecewa apabila masih ada pihak yang ingkar dan tetap memuat naik kandungan berkaitan meskipun sudah dilarang.

“Dalam Keadaan Sekarang, Saya Rasa Kita Perlu Tahu Batas,” - Ziela Jalil Tegur Sikap Tak Sensitif, Minta Hormat Privasi Keluarga Almarhumah Tun Dr Hasmah

“Dalam Keadaan Sekarang, Saya Rasa Kita Perlu Tahu Batas,” - Ziela Jalil Tegur Sikap Tak Sensitif, Minta Hormat Privasi Keluarga Almarhumah Tun Dr Hasmah

“Berilah mereka ruang untuk bersama, menguatkan satu sama lain dan melalui waktu ini dengan tenang.

Ads

“Walaupun kita ada gambar atau video, keep it to yourself.

Anda mungkin berminat dengan

“Itu amanah paling kecil yang kita boleh jaga apabila keluarga sudah meminta privasi.

“Jadi apabila perkara yang telah diminta untuk tidak dikongsikan masih juga dipost, ia memang agak mengecewakan,” luahnya.

Pemergian Allahyarhamah Tinggalkan Kesan Mendalam

Berita pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah nyata memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia yang amat menyanjunginya.

Terdahulu, Tun Dr Hasmah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah telah selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

PU Riz Kagum Usaha KESUMA – “Kita Doakan Semua Tak Kira...

Pengalaman menghadiri sebuah program yang menghimpunkan masyarakat India di Madrasah India Kampung Pandan, baru-baru ini memberi perspektif berbeza buat pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris...