Ads

“Bila Masuk Usia 40-an, Perspektif Tentang Cinta, Hidup Itu Berbeza,” – Aqasha Kembali ‘Jadi’ Hang Tuah Selepas 20 Tahun, Sibuk Jalani Persiapan

Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.

Menurut Aqasha, peluang kembali menjayakan watak berkenaan selepas dua dekad memberi makna tersendiri, apatah lagi PGLM kini sudah dianggap sebagai antara karya teater yang cukup berpengaruh dan kekal relevan sehingga hari ini.

“Bila Masuk Usia 40-an, Perspektif Tentang Cinta, Hidup Itu Berbeza,” - Aqasha Kembali ‘Jadi’ Hang Tuah Selepas 20 Tahun, Sibuk Jalani Persiapan

“Persiapannya mungkin sama sahaja seperti mana bila saya terlibat di dalam projek-projek lain. Mungkin watak Hang Tuah ini sangat dikenali ramai kerana beliau merupakan legenda.

“Jadi, saya kena beri perhatian dan fokus yang lebih. Pada saya, Puteri Gunung Ledang The Musical yang baharu ini sangat bermakna buat saya.

“20 tahun lepas, saya sudah diberi peluang untuk membawakan watak ini. Selepas dua dekad, saya masih lagi diberikan peluang untuk bawakan watak ikonik ini.

“Ia sudah menjadi seperti broadway pula kalau di luar negara. Untuk PGLM bertahan dan masih disebut-sebut selama 20 tahun, itu adalah satu kejayaan buat pasukan produksi,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Embun itu berkata sedemikian ketika ditemui di program MeleTop baru-baru ini.

Rezeki Bawa Watak Ikonik

Dalam masa sama, Aqasha menyifatkan jodohnya bersama watak Hang Tuah sangat kuat meskipun terpaksa bersaing dengan nama-nama besar yang lain.

Ads

“Bila Masuk Usia 40-an, Perspektif Tentang Cinta, Hidup Itu Berbeza,” - Aqasha Kembali ‘Jadi’ Hang Tuah Selepas 20 Tahun, Sibuk Jalani Persiapan

“Saya juga tidak menafikan, dari segi naskhah, persediaan, produksi, barisan pelakon dan penulisan, ia memiliki nilai estetika dan kesenian yang sangat tinggi.

“Jadi, setelah 20 tahun dan ramai pelakon yang mencuba nasib di sesi uji bakat dan saya masih lagi terpilih untuk menjadi Hang Tuah, saya rasa itu satu rezeki.

“Kuat rezeki Hang Tuah itu untuk saya. Saya tidaklah rasa terlalu yakin yang saya akan terpilih. Ketika sesi uji bakat, saya nampak ada beberapa lagi pelakon-pelakon ternama yang punyai bakat yang besar.

“Bila diberitahu saya terpilih, saya rasa sangat bertuah kerana terpilih daripada lambakan pelakon-pelakon handal yang mencuba nasib. Secara tidak langsung itu menunjukkan saya ini ada kualiti seorang pelakon pentas,” ujarnya.

Ads

Mengulas mengenai perbezaan watak Hang Tuah yang dibawakannya kini berbanding 20 tahun lalu, Aqasha berkata pengalaman hidup dan kematangan usia memberi perspektif berbeza terhadap karakter tersebut.

“Bila Masuk Usia 40-an, Perspektif Tentang Cinta, Hidup Itu Berbeza,” - Aqasha Kembali ‘Jadi’ Hang Tuah Selepas 20 Tahun, Sibuk Jalani Persiapan

“Saya rasa perbezaannya dari segi perspektif dan penafsiran saya sebagai seorang pelakon. Ketika saya membawakan watak Hang Tuah pada usia 23 tahun, definasi saya terhadap watak itu mungkin berbeza.

“Penafsiran saya terhadap perjalanan cerita Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang itu juga mungkin berbeza. Bila masuk ke usia pertengahan 40-an ini, perspektif tentang hidup dan cinta itu mungkin lain.

“Saya harap kali ini saya dapat menunjukkan kematangan seorang Hang Tuah. Kali ini, kita ada dua orang pelakon yang bawakan watak Puteri Gusti.

Ads

“Saya percaya peminat teater pasti mahu menonton lakonan kedua-dua versi Gusti Puteri ini. Itu juga salah satu daya tarikan untuk pementasan kali ini,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Jelas Aqasha lagi, dia kini harus memberikan sepenuh tumpuan dan membuat persediaan mental serta fizikal menjelang pementasan PGLM yang akan bermula pada 31 Oktober hingga 15 November depan.

“Bila Masuk Usia 40-an, Perspektif Tentang Cinta, Hidup Itu Berbeza,” - Aqasha Kembali ‘Jadi’ Hang Tuah Selepas 20 Tahun, Sibuk Jalani Persiapan

“Bila masuk sahaja bulan Ogos, saya perlu persiapkan diri untuk berikan sepenuh tumpuan terhadap watak Hang Tuah ini. Memang tiada ruang untuk saya terima tawaran lain.

“Selain daripada jadual harian untuk barisan pelakon buat persiapan, saya juga perlu ikuti latihan kecergasan untuk tingkatkan stamina. Saya juga ada kelas angkat beban untuk menaikkan otot.

“Dalam masa sama, saya perlu jalani kelas vokal dan kawalan pernafasan untuk pastikan kualiti kami sentiasa konsisten. Hang Tuah ini memang tuntut komitmen yang sangat tinggi,” akhirinya.

Terdahulu, tiket PGLM 2026 bakal dijual bermula 18 Ogos ini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Kata Kalau Nak Berguru, Datang Jumpa,” – Raja Azura Bakal...

Pelakon dan pengacara, Raja Azura teruja apabila diberi peluang bergandingan dengan hos baharu, Keanu Azman bagi mengendalikan program realiti, Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).