Ads

“Untuk Konsert Ini, Kak Ani Harus Ada Bersama Saya,” – Siti Nurhaliza Pilih Noraniza Idris, Dedah Sebab Undang Lesti Kejora & King Nassar

Bagai menepati ramalan peminat, Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris menjadi antara artis jemputan yang akan memeriahkan Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijadual berlangsung 17 Oktober depan.

Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani akan bergandingan bersama Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Menurut Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia bersyukur apabila Noraniza sudi menerima pelawaannya untuk menjayakan konsert berkenaan.

“Bagi saya untuk konsert ini, Kak Ani harus ada bersama-sama dengan saya, maka saya mengundang Kak Ani untuk bersama saya pada konsert ini.

“Saya juga bersyukur apabila beliau menerima pelawaan saya,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman artis jemputan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.

Gabungkan Anak Didik Pak Ngah Suhaimi

Ads

Dalam pada itu, Siti turut menjelaskan pemilihan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar adalah sebagai usaha menghimpunkan anak didik maestro muzik terkenal, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

“Mereka merupakan anak didik kepada Pak Ngah Suhaimi. Bagi saya muzik tradisional ini bukan hanya dikenali di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

Muzik nusantara ini tidak mengenal bangsa dan negara. Sebab itu saya mahukan mereka berdua,” ujarnya.

Noraniza Bersyukur Terima Pelawaan

Ads

Sebelum ini, media sosial hangat apabila ramai peminat meluahkan harapan untuk melihat Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris kembali bergandingan menyampaikan lagu hit mereka, Hati Kama.

Terharu dengan pelawaan tersebut, Noraniza mengakui dia tidak mampu berkata-kata selain memanjatkan rasa syukur atas peluang yang diberikan.

“Sejujurnya, pertama kali pihak Siti hubungi saya, saya sudah sangat bersyukur hingga hari ini.

Ads

“Terima kasih Tokti dan warga kerja sangat yang sangat komited untuk konsert Gema Bumantara,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut Noraniza, sebelum ini dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk diundang, namun tetap bertekad memberikan sokongan terhadap usaha Siti memperjuangkan lagu-lagu irama Malaysia.

Untuk rekod, Siti dan Kak Ani pernah berkolaborasi menerusi album Seri Balas yang diterbitkan pada tahun 1999 di bawah Suria Records.

Album terbitan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah itu turut melahirkan lagu malar segar, Hati Kama.

Konsert Tradisional Gema Bumantara dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Al-Fatihah… Cik Man Meninggal Dunia Pada Usia 67 Tahun

Pelakon dan pelawak veteran, Kamarool Cik Man atau nama sebenarnya Kamarool Haji Yusoff, dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira jam 5 petang...