
Penyanyi dan hos, Azeva Natassha semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan apabila berjaya membuktikan kemampuannya di luar bayangan status sebagai anak kepada penerbit, Dato’ A. Aida dan penyanyi legenda, Ameng Spring.
Bermula sebagai pelakon tele-filem, kini Azeva semakin mengorak langkah sebagai penyanyi, pengacara dan bakal muncul di menerusi filem debut layar perak.
Debut lakonan menerusi drama terbitan ibu sendiri
Sebelum dikenali sebagai penyanyi, Azeva terlebih dahulu memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi beberapa drama terbitan syarikat produksi milik ibunya, A. Aida Productions.
Bagaimanapun, dia memilih untuk menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan di Victoria University, Melbourne terlebih dulu sebelum bekerja di produksi ibunya sebelum memberi fokus sepenuhnya kepada dunia seni.

TTMM2 jadi titik perubahan kerjaya
Penyertaan Azeva dalam Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) bersama ibunya membuka lembaran baharu dalam kerjaya.
Malah namanya mula menjadi perhatian selepas persembahan minggu pengenalan bersama bapanya, Ameng Spring, tular di media sosial sekali gus memperkenalkan bakat nyanyiannya kepada khalayak.
Tidak bergelar juara, tetapi terima rezeki lain
Walaupun menamatkan saingan TTMM2 di tempat keempat, Azeva menganggap pengalaman yang diraih jauh lebih bermakna daripada gelaran juara.
Selepas program itu berakhir, namanya semakin mendapat perhatian dan menerima pelbagai peluang baharu dalam industri hiburan.
Baca Artikel Lain;

Dipilih kendalikan Big Stage X Rocketfuel
Susulan kejayaan mencuri perhatian menerusi TTMM2, Azeva diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai hos Big Stage X Rocketfuel bergandingan dengan Nabil Ahmad.
Anda mungkin berminat dengan
Lebih menarik, tawaran tersebut diterima ketika dia masih lagi bertanding dalam program realiti itu, sekali gus membuktikan potensinya bukan sahaja sebagai penyanyi, malah pengacara.
Bakal muncul dengan filem sulung
Selain terus mengembangkan kerjaya sebagai penyanyi dan pengacara, Azeva juga bakal membuat penampilan sulung di layar perak menerusi filem Bisikan Nafsu bergandingan dengan Aniq Suhair.
Filem yang dijangka menemui penonton pada awal Oktober depan itu turut dibintangi Aleza Shadan, Raja Azmi serta barisan pelakon lain.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

