Ads

Pinkan Mambo Nekad Bercerai, Dakwa Hilang Kepercayaan Terhadap Suami

Pinkan Mambo
Pinkan Mambo
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo dilaporkan nekad untuk menamatkan rumah tangganya bersama suami, Arya Khan selepas mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap lelaki tersebut.

Pinkan Mambo dikatakan berada pada tahap keletihan emosi selepas berdepan pelbagai isu sepanjang perkahwinan mereka yang didakwa banyak menguji tahap kesabarannya.

Seperti yang dilaporkan Detik Hot, antara perkara yang menjadi punca keretakan hubungan termasuk dakwaan suami Pinkan Mambo menyembunyikan sejumlah wang selain melakukan beberapa urusan tanpa pengetahuannya, termasuk membina rumah secara senyap.

Selain isu kewangan, Pinkan turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa Arya cuba menjalinkan komunikasi dengan pekerjanya meskipun dia sebelum ini sudah menetapkan batas tertentu dalam hubungan bersama kakitangan syarikat miliknya.

Dalam masa sama, Pinkan turut menepis tanggapan segelintir netizen yang melabel dirinya sebagai seorang yang terlalu mementingkan gaya hidup mewah dan tidak bersyukur.

Pinkan Mambo Nekad Bercerai, Dakwa Hilang Kepercayaan Terhadap Suami

Ads

Menurutnya, segala kemewahan yang dikecapinya hari ini adalah hasil usaha keras sendiri sebagai seorang usahawan dan ketua pegawai eksekutif syarikat.

Malah, sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, Pinkan mendakwa dia lebih banyak menanggung keperluan suaminya termasuk pelbagai perbelanjaan harian.

Baca Artikel Lain;

Ads

Penyanyi Pinkan Mambo Kembali Peluk Islam, Pilih Berkahwin Dengan TikToker Popular

Kini, penyanyi itu memilih untuk memberi fokus kepada anak-anak serta perniagaan yang diusahakannya selain mahu memulakan semula kehidupan dengan lebih tenang.

Ads

Difahamkan, anak-anaknya turut menerima baik keputusan perpisahan tersebut selepas keluarga mereka sebelum ini terpaksa berdepan pelbagai persepsi masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

Sehingga kini, proses perpisahan pasangan itu masih berjalan dan Pinkan dilaporkan tidak lagi membuka ruang untuk kembali rujuk kerana merasakan sudah terlalu lama memendam tekanan sepanjang perkahwinan mereka.

Imbas kembali, Pinkan merupakan sebagai sebahagian daripada duo kumpulan Ratu bersama Maia Estianty ketika diawal penubuhan kumpulan tersebut sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri pada 2004.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jangan Menghakimi, Setiap Orang Ada Perjalanannya,” – Vanidah Imran Mohon Doa,...

Pelakon Vanidah Imran mengakui dirinya kini semakin selesa mengenakan hijab dan sedang berusaha untuk berhijab sepenuhnya.
error: Hello. Cannot.