Ads

Britney Spears Mengaku Bersalah Kes Pemanduan Melulu, Diperintah Jalani Rawatan Psikiatri

Penyanyi pop terkenal, Britney Spears, mengaku bersalah atas pertuduhan pemanduan melulu susulan insiden memandu di bawah pengaruh (DUI) yang berlaku pada Mac lalu di California.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi wakil guamannya dalam prosiding di Mahkamah Ventura County, sekali gus menyaksikan pertuduhan asal DUI diringankan kepada kesalahan lebih ringan dikenali sebagai “wet reckless”.

Berdasarkan perjanjian pengakuan bersalah yang dicapai, Britney tidak dikenakan hukuman penjara. Sebaliknya, beliau dijatuhi hukuman percubaan selama 12 bulan, didenda kira-kira AS$571 (RM2,700) serta diwajibkan mengikuti program pendidikan berkaitan alkohol selama tiga bulan.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 44 tahun itu turut diperintahkan menjalani sesi kaunseling psikologi setiap minggu serta berjumpa pakar psikiatri dua kali sebulan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

Ads

Menurut laporan, Spears ditahan pada 4 Mac lalu selepas didapati memandu secara tidak stabil sebelum gagal dalam ujian ketenangan (field sobriety test).

BACA JUGA: “Saya Tidak Akan Kembali Lagi Ke Industri Muzik,” – Britney Spears

Ads

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa keputusan menawarkan perjanjian tersebut dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor, termasuk ketiadaan rekod kesalahan DUI sebelum ini, tahap alkohol dalam darah yang rendah serta tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Ads

Sementara itu, wakil penyanyi berkenaan menyatakan bahawa Britney menerima sepenuhnya tanggungjawab atas perbuatannya dan komited untuk menjalani rawatan serta memperbaiki diri.

Anda mungkin berminat dengan

Sekadar info, Britney Spreas merupakan penyanyi remaja paling berjaya era 2000-an sehingga album-album yang dihasilkan berjaya terjual lebih 150 juta keping. Selain itu beliau juga memiliki bisnes rangkaian minyak wangi yang terkenal sehingga kini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Aku Tak Nak Kau Lalu Jalan Sama Lagi,” – Janna Nick...

Aktres dan pengacara, Janna Nick membuat kejutan apabila pulang ke tanah air semata-mata untuk bertemu sahabat baiknya yang telah lama terpisah, pelakon Azar Azmi. Menurut...
error: Hello. Cannot.