Buat pertama kali, penyanyi Shiha Zikir tampil berduet dengan kakaknya, Ieda Zikir, menerusi sebuah lagu raya berjudul Tum Tum Raya.

Demi memastikan hasil berkualiti, Shiha tidak menafikan pihaknya sanggup melabur hingga ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik serta kempen promosi lagu tersebut.

Berhabis Demi Kualiti

Tidak mendedahkan kos sebenar penerbitan, Shiha bagaimanapun bersyukur kerana ia mendapat sokongan daripada beberapa penaja terhadap karya ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan, dan dirinya sendiri itu.

“Ini antara muzik video termahal yang pernah dihasilkan. Saya tidak mahu kongsikan kosnya berapa, tapi ia antara paling tinggi.

“Apa pun, saya berpuas hati dengan hasilnya, lebih-lebih lagi apabila mendapat kerjasama yang baik daripada rakan penaja,” katanya.

Ads

Juara Famili Duo 4 ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tum Tum Raya di RedBox The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas soal cabaran yang dihadapi sepanjang proses penggambaran muzik video (MV), Shiha menyifatkan koreografi tarian pelbagai, termasuk pergerakan yang memerlukan tempo perlahan sambil menyanyi antara paling sukar untuk dilakukan.

“Sekitar 50 peratus gerakan yang sangat perlahan bukan satu benda yang senang sebab menari kena perlahan sambil mulut menyanyi.

“Proses penggambaran bermula dari jam 8.00 pagi dan hanya berakhir pada 6.00 pagi keesokan harinya, namun Shiha dan kakak berpuas hati dengan hasil akhir yang diperoleh.

Ads

“Terima kasih juga buat pasukan Shiha Zikir Empire dan semua pihak yang terlibat dari awal hinggalah semuanya siap seperti yang diharap-harapkan,” katanya lagi.

Shiha Zikir Berhabis Ratus Ribu Hasilkan Muzik Video Raya, Pelaburan Besar Demi Kualiti – “Tak Mahu Kongsi Kos Berapa, Tapi Ini Antara Paling Tinggi.” Shiha Zikir Berhabis Ratus Ribu Hasilkan Muzik Video Raya, Pelaburan Besar Demi Kualiti – “Tak Mahu Kongsi Kos Berapa, Tapi Ini Antara Paling Tinggi.” Shiha Zikir Berhabis Ratus Ribu Hasilkan Muzik Video Raya, Pelaburan Besar Demi Kualiti – “Tak Mahu Kongsi Kos Berapa, Tapi Ini Antara Paling Tinggi.” Shiha Zikir Berhabis Ratus Ribu Hasilkan Muzik Video Raya, Pelaburan Besar Demi Kualiti – “Tak Mahu Kongsi Kos Berapa, Tapi Ini Antara Paling Tinggi.”Shiha Zikir Berhabis Ratus Ribu Hasilkan Muzik Video Raya, Pelaburan Besar Demi Kualiti – “Tak Mahu Kongsi Kos Berapa, Tapi Ini Antara Paling Tinggi.”

Gabung Konsep Catchy & Elemen Unik

Dalam pada itu, Shiha menjelaskan lagu ini memiliki keunikan tersendiri selain MV juga melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi memastikan ia sesuai dengan tema yang dikehendakinya.

Ads

Malah, inspirasi menghasilkan lagu ini datang daripada pemerhatiannya terhadap trend pengguna TikTok yang cenderung memilih lagu berirama rancak sebagai latar belakang video mereka.

“Bila buka TikTok, kebanyakan lagu latar jadi pilihan lagu-lagu catchy. Jadi saya fikir, kenapa tidak saya cuba untuk tampil dengan lagu raya berirama yang menepati selera ramai pendengar,” katanya.

Shiha juga berharap agar lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan pendengar lagu Melayu tetapi turut menarik minat pelbagai bangsa untuk menikmati irama raya yang lebih segar dan moden sempena lebaran kali ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI