Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee berpendapat pelancaran lagu raya di awal Ramadan sebagai satu perkara biasa dalam industri muzik.
Menurutnya, strategi ini diperlukan untuk memberi ruang promosi yang mencukupi sebelum tiba Hari Raya.
“Bagi pihak kami pula, ini adalah sebahagian daripada perjalanan bisnes. Bila kita lancarkan lagu lebih awal, sebelum raya nanti, pendengar boleh tahu lagu mana yang mereka suka.
“Persaingan lagu raya juga sangat kuat. Untuk tahun ini sahaja, mungkin ada dalam lingkungan 40 hingga 50 buah lagu. Dari sudut bisnes, memang sudah budayanya sebegini.
“Orang yang faham sahaja akan mengerti. Buat mereka yang tidak faham, saya minta maaf,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Donde itu berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia, baru-baru ini.
Hormati Teguran
Andi juga memberikan respon terhadap teguran sesetengah pihak yang beranggapan pelancaran lagu raya sejak awal Ramadan seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan tersebut.
Andi bagaimanapun menghormati pandangan tersebut dan memahami keresahan yang dirasakan.
“Bagi saya, pandangan itu ada betulnya juga. Bila di bulan Ramadan ini, kita kena hormat bulan mulia ini. Janganlah terlalu awal kita promosikan lagu raya.
Ads
“Bulan Ramadan ini hanya datang setahun sekali. Jadi, keresahan yang dirasakan oleh individu berkenaan tidak salah,” ujarnya lagi.
Lagu Raya Moden
Dalam pada itu, Andi turut mengulas pandangan penyanyi dan komposer legenda, Datuk M. Nasir, yang berpendapat lagu-lagu raya moden tidak mempunyai jiwa dan rasa seperti lagu-lagu klasik.
Namun, bagi Andi, lagu raya moden tetap perlu diberikan peluang demi kepelbagaian genre dalam industri muzik.
Ads
“Memang betul apa yang diperkatakan oleh Datuk M. Nasir. Beliau seorang komposer lagenda.
“Pendapatnya memang ‘valid’. Beliau orang lama dan sudah gubah pelbagai jenis melodi.
“Lagu-lagu raya M. Nasir pun memang semua orang tahu. Budak-budak generasi baru pun kenal lagu beliau. Lagu-lagunya malar segar.
“Namun, pada pandangan saya pula, lagu-lagu raya berentak baharu ini juga sangat bagus. Kita kena terima peredaran zaman. Evolusi setiap muzik itu akan berkembang.
“Mana yang elok, kita ambil. Yang tak elok kita jadikan iktibar. Zaman sekarang, semua orang mudah untuk berkarya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang kedua bersama suami, Hafez Halimi, pelakon Nelydia Senrose ada menitipkan ucapan teristimewa buat si dia.
Bersama kapsyen ringkas dalam Bahasa Inggeris, bintang drama Lelakimu Yang Dulu itu turut berkongsi foto saat mereka bergelar raja sehari.
“May my heart be the softest place you fall, may this love be the wildest place we run. Back to our wedding night. Happy anniversary my love, @mhafezhalimi #myotherhafeznel,” ucapnya.
Mengenakan gaun pengantin putih, peminat di ruangan komen rata-rata memuji kecantikan adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini selain mendoakan kebahagiaan pasangan sampai bila-bila.
“Happy anniversary. Semoga terus kekal bahagia sampai syurga,” ucap seorang warganet.
“Happy anniversary lovebirds,” tulis seorang lagi wargnet.
“My idol, so pretty,” puji warganet pula.
Happy anniversary Nely & Hafez. Love till jannah @nelydiasenrose,” ucapan positif daripada seorang peminat.
Imbas kembali, Nelydia, 26, sah bergelar isteri kepada suaminya yang juga ahli perniagaan,37, pada 6 Aprik 2019.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Man Raja Lawak berkongsi rasa apabila kediamannya di Taman Sri Murni Fasa 1 Selayang antara kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak dua hari lalu.
Luah Man, dia tidak menyangka akan menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang cukup sukar dan getir, malah jelasnya, penghuni di situ masih menanti bantuan.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Youtube miliknya, Man menunjukkan persekitaran kawasannya yang dipagari kawat berduri dan keadaan penghuni yang menunggu bantuan di tingkat bawah.
“Bismillahirahmannirrahim, 23 April sehari sebelum Ramadan, inilah situasi yang berlaku di Taman Sri Murni Fasa 1 Selayang. Kami hanya menanti dan terus menanti, adakah bantuan akan tiba.
“Sahabat sebelum ini tidak terlintas di dalam kepala kita Malaysia akan menjadi sebegini. Sebelum ini kita bebas melangkah di muka bumi Allah, kita bebas untuk mencari rezeki. Kita bebas untuk ke mana jua.
“Tetapi masih ramai yang mengeluh. Masih ramai yang tidak mensyukuri kenikmati yang telah dikurniakan Allah.
“Kemanakah kami akan pergi? Ke manakah kami akan lari? Jika kawat berduri telah melingkari kediaman kami. Sekarang baru benar-benar terasa kebebasan itu amat bermakna.
“Bagaimanakah dengan mereka yang tiada bekalan makanan di rumah? Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai anak kecil? Bagaimana dengan mereka yang masih menjaga kedua ibu bapa yang sedang uzur? Adakah peluang kedua untuk kami?
“Ya Allah Kau dengarkanlah rintihan kami ini. Rintihan daripada mereka-mereka yang berdosa. Berikanlah kami peluang kedua Ya Allah. Kita hidup di muka bumi ini perlu berjalan dan bukan berlari kerana hidup kita adalah sebuah perjalanan dan bukan pelarian,” luahnya sebak.
Kerajaan mengumumkan Pusat Bandar Utara termasuk Taman Sri Murni dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula 23 April hingga 3 Mei ini.
Foto : Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...