
Pelakon dan pelawak, Ropie tampil memberikan respons susulan penyataan seorang individu di media sosial yang mempersoalkan bayaran diterimanya, dipercayai ketika terlibat dalam sebuah program lawak sebelum ini.
Menurut Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin, rezeki bukan semata-mata diukur berdasarkan jumlah bayaran atau wang yang diterima, sebaliknya turut dinilai melalui keberkatan, rasa cukup dan ketenangan hati dalam menjalani kehidupan.
View this post on Instagram
“Rezeki tidak diukur pada jumlah bayaran atau wang semata-mata, sebaliknya dinilai melalui keberkatan, rasa cukup dan ketenangan hati.
“Setiap rezeki dan ujian yang Allah berikan itu
berbeza. Daripada mempersoalkan apa yang kita tiada, lebih baik kita mensyukuri apa yang Allah telah berikan pada kita kerana itulah yang tertulis dan terbaik buat kita,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh anggota kumpulan Cecupak berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram.
Belajar Bersyukur, Hargai Setiap Nikmat
Dalam masa sama, Ropie turut menyeru agar sentiasa memupuk rasa cukup dan bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan, tanpa perlu membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.

“Berlajarlah bersyukur untuk menerima, menghargai, dan memanfaatkan setiap nikmat yang ada walaupun ia sekecil apa pun.
“Kehidupan ini bukan perlumbaan untuk jadi yang paling cepat atau paling hebat, tetapi satu perjalanan untuk kita belajar, memperbaiki diri, dan memberi makna pada setiap langkah,” kongsinya lagi.
Setiap Ujian Ada Hikmah
Dalam pada itu, Ropie turut mengingatkan kehidupan tidak selalunya berjalan seperti yang diharapkan.
Namun, setiap ujian dan kesukaran pasti hadir bersama ruang untuk seseorang terus bangkit serta memperbaiki diri.

Anda mungkin berminat dengan
“Ada masa kita jatuh dan ada masa kita hilang arah, tetapi selama hati masih berharap dan berusaha, hidup ini tetap punya harapan yang indah. Amin Insyallah,” jelasnya lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ropie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

