
Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq memaklumkan dirinya dan bakal isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah menangguhkan dahulu perancangan berbulan madu.
Keputusan tersebut sepakat dibuat, bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap tanggungjawab di Mesyuarat Ketiga Persidangan Parlimen yang bermula semalam.
Menurut Syed Saddiq, dia sebenarnya sangat bersyukur kerana dikurniakan bakal isteri yang sangat memahami tugasnya sebagai pemimpin rakyat.

“Jika pasangan lain, selepas sahaja berkahwin, mereka akan pergi berbulan madu. Namun, itu tidak terjadi kepada kami. Saya sudah pun maklumkan kepada bakal isteri dan dia sangat memahami.
“Saya rasa sangat beruntung kerana mimiliki dia sebagai bakal isteri. Dia faham dan tahu selok belok kerja saya. Saya tak nak culas atau ponteng parlimen disebabkan berbulan madu.
“Malah, setakat ini, kehadiran dan penglibatan saya di parlimen masih 100 peratus. Saya tak nak tinggalkan sesi parlimen. Jadi, kita tangguhkan dahulu perancangan berbulan madu sehingga selesai semua kerja,” katanya kepada MH.
Bekas Menteri Belia & Sukan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq, baru-baru ini.
Bella Turut Sibuk Dengan Komitmen Kerjaya
Dalam masa sama, Syed Saddiq turut memaklumkan Bella juga mempunyai jadual yang agak padat dan dalam masa sama perlu membahagikan waktu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Walaupun saya bekerja sebagai ahli parlimen, jadual kerja Bella lagilah sibuk. Dia bakal ada banyak jadual persembahan termasuklah di luar negara. Dia juga sibuk dengan penggambaran sebagai duta bagi beberapa jenama.
“Dalam kami seimbangkan pekerjaan profesional kami, jangan lupa yang kita juga ada anak-anak kecil iaitu Ayden dan Ara. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan masa.
“Kita tak boleh membiarkan mereka sahaja. Sebagai sebuah keluarga baharu, banyak yang kami perlu belajar,” ujarnya.
Dalam masa sama, Syed Saddiq mengakui dirinya kini berdepan cabaran untuk membahagikan masa antara persidangan parlimen dan persiapan majlis.
Malah, Syed Saddiq juga perlu memberikan fokus terhadap sesi pembentangan Belanjawan Negara yang bakal berlangsung sehari sebelum majlis akad nikahnya.

Sehari Sebelum Majlis Raja Sehari Ada Pembentangan Belanjawan
“Antara kekangannya adalah mengimbangkan pekerjaan dan persiapan majlis perkahwinan. Saya pernah bercakap dengan Bella, bila saya melihat kawan-kawan nak berkahwin, mereka akan betul-betul fokus pada majlis.
“Pada hari majlis nanti, Bella akan ada jemputan persembahan pada waktu pagi. Saya pula akan ada program pada waktu malam.
Anda mungkin berminat dengan
“Minggu hadapan parlimen pula sudah bermula. Saya perlu siapkan ucapan, kaji selidik dan perlu berjumpa pimpinan politik. Sehari sebelum nikah, kita ada pembentangan belanjawan.
“Walaupun Perdana Menteri yang akan bentangkan, saya perlu jalankan tugas sebagai ahli parlimen pembangkang. Saya tak nak culas tanggungjawab saya disebabkan majlis.
“Namun, saya juga tidak boleh di parlimen sahaja. Nak mendanai majlis rakyat ini bukan kecil nilainya. Saya tak pernah multitask sebanyak ini dalam waktu yang singkat,” akhirinya.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella dijadualkan bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 10 Oktober ini di Menara 118, Kuala Lumpur.
Pasangan ini juga bakal melangsungkan tiga buah majlis resepsi di Kuala Lumpur, Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

