Ads

FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon legenda, Senimawi Fauziah Ahmad Daud menyifatkan pengiktirafan Anugerah Sepanjang Zaman yang diterima pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) sebagai satu penghargaan yang cukup bermakna sepanjang perjalanan karier seninya.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, penglibatan dalam dunia seni pada awalnya bukanlah didorong oleh minat yang mendalam seratus peratus.

Sebaliknya, perjalanan tersebut akhirnya membuatkan dirinya jatuh cinta terhadap bidang lakonan yang banyak mengajarnya untuk memahami kehidupan serta pelbagai sifat manusia.

FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” - Fauziah Ahmad Daud FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” - Fauziah Ahmad Daud

“Saya merasakan ini penghargaan yang sangat bermakna. Saya mula berkecimpung di dalam industri ini tanpa sekelumit minat sehingga saya jatuh cinta kepada dunia seni ini.

“Ia banyak mendidik saya sebagai seorang pelakon. Kita bukan nak menghakimi watak-watak yang diberikan tapi kita nak memahami tindakan mereka.

“Ia banyak membuka mata saya untuk terokai tentang sifat manusia,” katanya kepada MH.

Bintang filem Ali Setan itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media FFM35 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ads

Tergamam 20 Minit Terima Pengiktirafan

Dalam pada itu, Ogy mengakui berbesar hati apabila menerima pengiktirafan berkenaan ketika dirinya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.

FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” - Fauziah Ahmad Daud FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” - Fauziah Ahmad Daud

“Paling bermakna bila pengiktirafan ini diberikan ketika kita masih bernafas dan bernyawa. Bila dimaklumkan mengenai penganugerah ini, saya tergamam selama 20 minit.

“Saya menjangkakan akan ada orang lain yang lebih layak daripada saya. Rupanya mereka ada cara penilaian sendiri. Saya anggap ini rezeki. Ini adalah rahsia Tuhan. Hanya Dia yang tahu apa sebabnya,” katanyq lagi.

Tambah Ogy, beliau sentiasa berpegang teguh pada prinsip yang diterapkan oleh kedua-dua ibu bapanya, seniman Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Daud dan Seniwati Allahyarhamah Datin Saadiah, agar sentiasa menghargai bakat seni yang dikurniakan dengan penuh tanggungjawab.

Ads

FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” - Fauziah Ahmad Daud

“Sampai sekarang saya pegang kata-kata mereka, jika saya tidak menjaga bakat ini dengan betul, Allah akan ambil semula kerana bakat ini bukan hak saya. Ini hanya pinjamanNya.

“Disebabkan itu saya terlalu berjaga-jaga dengan bakat ini. Mungkin sebab ini juga saya terpanggil untuk menegur dan mengkritik mereka yang tidak sedar betapa bertuahnya mereka telah terpilih untuk menjadi penggiat seni.

Populariti Hanya Sementara, Utamakan Disiplin & Kejujuran

Dalam perkembangan sama, Ogy turut menitipkan nasihat kepada penggiat seni generasi baharu agar tidak terlalu mengejar populariti dan kegemilangan kerana kedua-duanya bersifat sementara.

Ads

FFM35: “Paling Bermakna Bila Pengiktirafan Ini Diberikan Ketika Kita Masih Bernafas,” - Fauziah Ahmad Daud

Anda mungkin berminat dengan

Sebaliknya, mereka perlu mengutamakan disiplin serta kejujuran dalam setiap hasil kerja yang dihasilkan.

“Gemilang dan populariti itu hanya sementara. Saya pernah lalui fasa itu. Saya bercakap melalui pengalaman. Saya pernah meletup ketika zaman Azura, Ali Setan dan Suara Kekasih.

“Ketika itu, zaman kita muda remaja. Sekarang orang melihat pelakon itu cantik dan kacak. Namun, kita harus menerima hakikat bahawa kita akan menua dan rupa akan dimamah usia.

“Namun, jika anda punyai disiplin dan jiwa yang jujur dalam hasil kerja, hal itulah yang akan terus membawa nama anda dibibir semua yang menonton karya kita. Kita perlu pelapis. Saya nak lihat mereka berjaya,” akhirinya.

Terdahulu, Ogy menerima Anugerah Sepanjang Zaman FFM35 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan, jasa dan dedikasinya dalam industri perfileman tanah air sepanjang perjalanan karier seninya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak...

Pernah merakamkan empat single bersama komposer selain menyertai beberapa program realiti televisyen, penyanyi Fatin Faishal mengakui perjalanannya untuk membina nama dalam industri muzik bukanlah...