Ads

Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak Serik Kejar Impian – “Saya Belajar, Lagu Bagus Saja Belum Tentu Cukup Untuk…”

Pernah merakamkan empat single bersama komposer selain menyertai beberapa program realiti televisyen, penyanyi Fatin Faishal mengakui perjalanannya untuk membina nama dalam industri muzik bukanlah semudah yang disangka.

Ini kerana, karya yang dihasilkan masih belum berjaya melonjakkan populariti seperti yang diharapkan, sekali gus membuatkan perjalanan seninya berdepan pelbagai cabaran.

Malah, pemilik nama sebenar Nurfatin Najwa Mohd Faishal itu juga pernah melalui detik mengecewakan apabila gagal meneruskan saingan sehingga episod ketiga program realiti Lagu Cinta Kita musim kedua terbitan TV3.

Pada masa sama, dia turut berdepan kesukaran mendapatkan ruang promosi lebih meluas untuk memperkenalkan lagu-lagu yang dihasilkan.

Bagaimanapun, pengalaman tersebut tidak pernah mematahkan semangat penyanyi yang pernah menerima pengiktirafan sebagai Artis Baru Baek ERA pada Mei 2021 itu untuk terus mengejar impiannya dalam bidang nyanyian.

“Saya pernah merasakan seolah-olah perjalanan seni saya terhenti sebelum sempat berkembang. Kita sudah ada lagu, sudah bekerja dengan komposer hebat, tetapi apabila peluang promosi terhad, orang tidak tahu apa yang kita hasilkan.

“Itu antara perkara paling mengecewakan sebagai penyanyi,” katanya ketika ditemui pada Projek Perintis BANGKIT: Bakat Yang Tak Pernah Padam – Kempen CSR Apresiasi Bakat Seni pada 16 di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), baru-baru ini.

Fatin berpendapat, menyifatkan penyertaannya dalam kempen berkenaan sebagai peluang kedua untuk memperkenalkan semula bakat serta identiti muziknya kepada masyarakat.

Mengimbas perjalanan seni, Fatin pernah bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman selain menyertai program All Together Now Malaysia terbitan Astro dan beberapa pertandingan nyanyian lain yang banyak membentuk keyakinan dirinya sebagai seorang penghibur.

Meskipun belum mencapai tahap populariti yang diimpikan, Fatin sudah berjaya menghasilkan empat single iaitu Sekaliku Bicara ciptaan Zul Mahat dengan lirik Aucu, Kita Sama (Amylea), Rasa Dan Waktu (Aiman Zaidi) dan Barr Hadif serta Doktor Cinta (Shazee Ishak dan Audi Mok).

Antara karya berkenaan, Sekaliku Bicara, Kita Sama dan Rasa dan Waktu pernah mendapat perhatian menerusi siaran radio, selain digunakan sebagai lagu sisipan dalam drama televisyen di TV3 dan Astro.

Ads

Fatin juga ada terbabit dalam rakaman lagu khas Hari Malaysia berjudul Satukan Harapan bersama Qody Rany, Megat Rahim dan Ezwan Ariff, sebelum ini.

“Apabila dapat bekerja dengan komposer dan penerbit muzik yang berpengalaman, saya rasa sangat bertuah.

“Tetapi dalam masa sama, saya belajar bahawa menghasilkan lagu yang bagus sahaja belum tentu cukup untuk memastikan seseorang penyanyi dikenali.

“Bakat perlu diberikan ruang, karya memerlukan promosi dan penyanyi juga perlukan sokongan berterusan. Kalau tidak, banyak lagu yang sebenarnya berpotensi akhirnya hanya didengari oleh kelompok kecil pendengar,” katanya.

Bangunkan Kerjaya Lain, Menyanyi Masih Diteruskan

Jelas Fatin, kegagalannya meneruskan saingan dalam Lagu Cinta Kita musim kedua menjadi antara pengalaman yang cukup memberikan kesan kepadanya.

Namun, dia memilih untuk menerima keputusan tersebut sebagai satu pengajaran bagi memperbaiki kemampuan diri.

Ads

Ketika perjalanan seninya tidak berkembang seperti yang dirancang, Fatin mula memberikan tumpuan kepada bidang perniagaan selain mengembangkan kemahiran sebagai pengacara dan hos siaran langsung untuk pelbagai produk menerusi kerjasama bersama artis serta pempengaruh media sosial.

Pengalaman berkenaan bukan sahaja membuka peluang kepadanya untuk memperoleh sumber pendapatan lain.

Sebaliknya ia turut memberikan kelebihan dari segi komunikasi, pengacaraan, keyakinan berhadapan kamera serta kebolehan mengendalikan sesi promosi secara langsung.

“Saya belajar untuk tidak bergantung kepada satu bidang sahaja. Bila peluang menyanyi tidak banyak, saya cuba membina kerjaya lain.

“Tetapi walaupun sibuk dengan perniagaan dan pengacaraan, hati saya tetap pada muzik. Saya masih mahu menyanyi,” jelasnya lagi.

Berkongsi lanjut, Fatin akui pernah mendedahkan bayaran persembahan paling rendah pernah sekitar RM500, manakala bayaran tertinggi mencecah RM4,000.

Ads

Bagaimanapun, jumlah bayaran tersebut bergantung kepada jenis acara, tempoh persembahan, lokasi dan skop tugasan yang diberikan.

Anda mungkin berminat dengan

Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak Serik Kejar Impian - “Saya Belajar, Lagu Bagus Saja Belum Tentu Cukup Untuk…” Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak Serik Kejar Impian - “Saya Belajar, Lagu Bagus Saja Belum Tentu Cukup Untuk…” Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak Serik Kejar Impian - “Saya Belajar, Lagu Bagus Saja Belum Tentu Cukup Untuk…” Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak Serik Kejar Impian - “Saya Belajar, Lagu Bagus Saja Belum Tentu Cukup Untuk…” Empat Single Fatin Faishal Bersama Komposer Terkenal Masih Belum Meledak, Tak Serik Kejar Impian - “Saya Belajar, Lagu Bagus Saja Belum Tentu Cukup Untuk…”

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/pija-sahri-fatin-is-back-kembali-warnai-industri-muzik-menerusi-bangkit-usaha-angkat-semula-buka-peluang-bakat-seni-berbakat-besar/

Harap Kempen BANGKIT Buka Lebih Banyak Peluang

Mengulas penyertaannya dalam kempen BANGKIT bersama Sahri dan Pija Yasin, Fatin berharap inisiatif berkenaan dapat membuka mata masyarakat serta penggiat industri terhadap bakat penyanyi yang masih mempunyai kemampuan, namun belum memperoleh peluang sewajarnya untuk menyerlah.

Tambah Fatin, dia bukanlah individu baharu dalam industri muzik kerana pernah menghasilkan karya dan merasai peluang untuk dikenali, namun perjalanan seninya terhenti sebelum sempat pergi lebih jauh.

“Saya bukan bermula dari kosong. Saya pernah berada dalam industri, pernah menghasilkan karya dan pernah merasai peluang untuk dikenali. Tetapi perjalanan saya terhenti sebelum saya sempat pergi lebih jauh.

“Kini, saya hadir dengan pengalaman, kematangan dan semangat baharu untuk kembali ‘BANGKIT’, insya-Allah,,” katanya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Aghniny Haque Tak Sangka Terima Trofi Di FFM35, Pengiktirafan Pertama Di...

Pelakon Indonesia, Aghniny Haque mengakui tidak menyangka namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), sekali gus menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.