Ads

Khadam Menang Besar Di FFM35… Bolot 10 Trofi Termasuk Filem Terbaik! Ahmad Yatim & Fauziah Ahmad Daud Turut Terima Pengiktirafan

Filem Khadam membuktikan kehebatannya apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 yang berlangsung penuh gemilang di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

Filem arahan Shamyl Othman itu bukan sahaja membawa pulang trofi utama, malah turut menerima hadiah berupa Dana Kandungan Kreatif bernilai RM1 juta.

Lebih membanggakan, Khadam turut mencipta kejutan apabila berjaya membolot 10 trofi daripada 12 pencalonan yang dipertandingkan di FFM35.

Antara kemenangan yang diraih termasuk Pengarah Terbaik menerusi Shamyl Othman, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Zarra Zhaff serta Lakon Layar Terbaik.

Selain itu, Khadam turut mengungguli beberapa kategori lain termasuk Tatarias/Solekan Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal dan Sinematografi Terbaik, sekali gus membuktikan kekuatan filem berkenaan dari sudut teknikal dan kreativiti.

Aghniny Haque Terima Anugerah Khas Juri, Ahmad Yatim & Fauziah Ahmad Daud Juga Diiktiraf

Dalam pada itu, pelakon Indonesia, Aghniny Haque sukses menerima Anugerah Khas Juri menerusi keberkesanan lakonannya membawakan watak bisu dalam filem Khadam.

Pengiktirafan tersebut sekali gus memperlihatkan keupayaannya menghidupkan karakter berkenaan dengan penuh berkesan meskipun tanpa sebarang dialog.

Sementara itu, Anugerah Sepanjang Zaman diberikan kepada seniman veteran, Ahmad Yatim sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan jasa besar beliau dalam industri perfileman tanah air.

Sepanjang penglibatannya, beliau berjaya mencetuskan impak luar biasa menerusi karya serta lakonan yang mewarnai perjalanan industri seni tempatan.

Tidak ketinggalan, primadona seni tanah air, Fauziah Ahmad Daud turut menerima Anugerah Sepanjang Zaman FFM35 sebagai penghargaan terhadap bakat luar biasa serta sumbangan besarnya sepanjang lima dekad bergiat dalam industri seni.

Senarai Penuh Pemenang FFM35

Berikut adalah senarai penuh pemenang FFM35:

Filem Box Office

* Papazola The Movie (Monsta Studio)

Tatarias / Solekan Terbaik

* Jessie Yeow (Khadam)

Anugerah Poster Terbaik

* Blues (Skyzen Studios)

Kesan Khas Visual Terbaik

* Malam Terlarang

Dokumentari Terbaik

* Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin (Kayu Malam Productions Sdn Bhd)

Filem Pendek Terbaik

Ads

* Salted Fish (Ikan Masin) (Kapsul Studio Sdn Bhd)

Rekaan Kostum / Busana Terbaik

* Aida Fitri Buyong (Gayong 2)

Lagu Tema Terbaik

* Tak Berlagu (Khadam) – Komposer: NJWA & Rendra Zawawi / Lirik: NJWA / Penyanyi: Ernie Zakri

Penataan Bunyi Terbaik

* Soo Yuen Yiet (Khadam)

Skor Muzik Asal

* Rendra Zawawi (Khadam)

Penataan Seni Terbaik

* Soon Yong Chow (Mother Bhumi)

Sinematografi Terbaik

* Haris Hue (Khadam)

Penyunting Terbaik

* Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)

Ads

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

* Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)

Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik

* Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)

Anugerah Khas Karyawan

* Panchacharam Nalliah

Anugerah Khas Juri

* Filem Badak

Pelakon Wanita Harapan

* Aila Azizul (Malam Terlarang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

* Zarra Zhaff (Khadam)

Pelakon Wanita Terbaik

* Aida Amron (Badak)

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Pelakon Lelaki Harapan

* Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

* Kuben Mahadevan (Macai)

Pelakon Lelaki Terbaik

* Shaheizy Sam (Badak)

Lakon Layar Terbaik

* Khadam

Cerita Asal

* Sun-J Perumal & Sivanantham Perianan (Macai)

Pengarah Harapan

* Ezrie Gazali (Abah Saya Uncle Mike)

Pengarah Terbaik

* Shamyl Othman (Khadam)

Filem Terbaik

* Khadam (Red Communications Sdn Bhd & Komet Productions Sdn Bhd)

Bertemakan Spektrum Sinema, FFM35 yang disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam menerusi TV2 RTM serta laman YouTube rasmi FINAS itu dihoskan oleh Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson.

Bagi edisi kali ini, sebanyak 73 karya menyertai FFM35 yang merangkumi 39 filem cereka, 17 dokumentari dan 17 filem pendek.

Pemenang bagi 28 kategori menerima wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi, manakala penerima Anugerah Khas Karyawan dan Anugerah Khas Sepanjang Zaman masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Bella Astillah Titip Pesan Wanita Jangan Hilang Yakin Sebab Masalah Kulit...

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menitipkan pesanan buat orang ramai, khususnya golongan wanita agar tidak berasa rendah diri atau hilang keyakinan apabila berdepan masalah...