
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menitipkan pesanan buat orang ramai, khususnya golongan wanita agar tidak berasa rendah diri atau hilang keyakinan apabila berdepan masalah kulit wajah.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata masalah seperti jerawat atau ‘breakout’ pada kulit wajah misalnya, merupakan perkara normal yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja.
Jelasnya, setiap individu sebaliknya perlu belajar menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum memulakan rutin penjagaan kulit bagi memastikan kesihatan wajah sentiasa terpelihara.
“Saya pun sama seperti orang di luar sana, pernah ‘breakout’. Macam saya jenis bersukan, sudah pasti akan nampak sedikit cacat cela dekat kulit sebab tak gunakan solekan.
“Kita manusia biasa, itu perkara normal. Namun nasihat saya adalah perempuan perlu berasa yakin dengan diri sendiri. Kita cantik untuk diri sendiri.
“Perlu sayang diri sendiri, apabila sudah mula sayang dengan diri sendiri, akan ada keinginan untuk mulakan penjagaan kulit rutin,” katanya.
Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta jenama Skin 1004 yang berlangsung di Since Then, Bangsar pada Jumaat.
Tiada Istilah Terlambat Mulakan Rutin Penjagaan Kulit
Dalam pada itu, Bella turut berpendapat tiada istilah terlambat untuk seseorang mula mengambil berat mengenai kesihatan serta penjagaan kulit wajah.
Menurutnya, ada individu yang hanya mula mencari produk penjagaan kulit apabila keadaan wajah semakin merosot, sedangkan rutin tersebut sepatutnya dimulakan lebih awal.
“Kawan-kawan saya pernah cakap kita akan mula mencari produk skincare apabila kulit sudah tidak berada dalam keadaan baik.
“Macam saya dahulu, pernah rasa yakin kulit tidak akan naik jerawat, tetapi apabila semakin berusia, macam-macam boleh muncul pada wajah.
“Jadi, tiada istilah terlambat untuk memulakan penjagaan kulit. Mulakan dari sekarang. Bukan kerana saya duta produk penjagaan kulit, tetapi perkara itu memang sangat penting, termasuk penggunaan sunscreen,” ujarnya.

Baca Artikel Lain;
Syukur & Teruja Dilantik Sebagai Duta
Berkongsi lanjut mengenai pelantikannya sebagai duta Skin 1004, ibu kepada dua cahaya matq ini tidak menyembunyikan rasa teruja apabila diberikan kepercayaan untuk mewakili jenama penjagaan kulit berkenaan.
Malah, Bella mengakui Skin 1004 bukanlah jenama asing buat dirinya kerana sudah lama menggunakan produk keluaran tersebut.
Anda mungkin berminat dengan
“Syukur alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan pelantikan sebagai duta Skin 1004.
“Jenama ini sebenarnya sudah lama saya gunakan, jadi apabila dilamar oleh pasukan dari Korea sendiri, saya anggap ini sebagai rezeki selepas berumah tangga dan mempunyai anak-anak.
“Pada awalnya, pasukan dari Korea mahu membawa saya ke sana untuk menjalani penggambaran produk berkenaan.
“Namun, disebabkan kekangan masa, pihak Skin 1004 dari Korea mengambil keputusan untuk datang ke Malaysia,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
View this post on Instagram

sekarang!

