Ads

FFM35: Khadam, Malam Terlarang atau Mother Bhumi? Persaingan Sengit, Lima Filem Berebut Gelaran Filem Terbaik!

Industri perfileman tanah air bakal menyaksikan satu lagi detik berprestij menerusi penganjuran Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung pada 21 November ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bertemakan Spektrum Sinema, edisi kali ini bukan sekadar meraikan pencapaian penggiat seni di hadapan dan belakang tabir, malah memperlihatkan kepelbagaian genre, pendekatan penceritaan serta mutu pembikinan filem tempatan.

Antara kategori paling dinantikan pastinya Filem Terbaik yang menyaksikan lima karya, iaitu Khadam, Malam Terlarang, Mother Bhumi, Macai dan Abah Saya Uncle Mike, bersaing merebut pengiktirafan tertinggi tersebut.

Persaingan pastinya menarik apabila Khadam dan Malam Terlarang mendahului senarai dengan masing-masing meraih 12 pencalonan, diikuti Mother Bhumi dan Abah Saya Uncle Mike (lapan pencalonan), manakala Macai memperoleh enam pencalonan.

Lima  Filem, Lima Kekuatan Tersendiri

Diarahkan Shamyl Othman, Khadam menggabungkan elemen seram supernatural dengan konflik psikologi dan kekeluargaan. Dibintangi Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim, filem ini mengisahkan Melor yang mewarisi saka keluarga selepas kematian ibunya.

Kehidupannya berubah apabila entiti ghaib menyerupai dirinya mula mengambil alih kedudukannya sebagai isteri dan ibu. Selain elemen seram, karya ini turut meneroka persoalan identiti, pengorbanan serta tekanan wanita dalam mempertahankan keluarga.

Dengan 12 pencalonan termasuk Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik, Khadam dilihat sebagai antara calon paling kukuh.

Turut mencatat 12 pencalonan ialah Malam Terlarang, arahan Allahyarham Norhanisham Muhammad atau Labu. Dibintangi Shasha Abedul, Datin Sofia Jane dan Zul Ariffin, filem berlatar penghujung 1980-an ini menggabungkan unsur mistik, konflik keluarga dan pergolakan politik.

Kisahnya berpusat kepada Mawar, gadis berusia 18 tahun yang bercita-cita menjadi wartawan sebelum kehidupannya berubah selepas kematian misteri ahli keluarganya.

Selain mencatat kutipan sekitar RM12.2 juta di pawagam berdasarkan statistik FINAS, filem ini turut meraih empat pengiktirafan Pemenang Kebangsaan Malaysia pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026, termasuk Filem Cereka Terbaik dan Pengarahan Terbaik.

Ads

Pencapaian tersebut pastinya memberikan kelebihan tersendiri kepada karya Allahyarham Labu, lebih-lebih lagi selepas pemergian pengarah berkenaan pada Mei lalu.

Sementara itu, Mother Bhumi arahan Chong Keat Aun mempertaruhkan pendekatan sinema artistik dengan mengetengahkan isu sosial, sejarah dan budaya tempatan.

Dibintangi pelakon terkenal China, Fan Bingbing, filem ini mengisahkan Hong Im, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai petani dan pengamal rawatan tradisional di Kedah pada penghujung 1990-an.

Karya ini turut membuktikan keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa apabila meraih tiga kemenangan pada Golden Horse Awards ke-62, iaitu Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Lagu Filem Asal Terbaik.

Berbeza pula dengan Macai arahan Sun-J Perumal yang menggabungkan genre jenayah, thriller dan drama sosial. Dibintangi menerusi kisah Siam, seorang pengedar dadah yang berdepan masalah selepas kehilangan bekalan milik ketua sindiket, filem ini turut menampilkan pemerhatian terhadap kehidupan masyarakat dan struktur kuasa.

Pengarahnya sebelum ini pernah mencipta kejayaan menerusi Jagat yang memenangi Filem Terbaik FFM28 pada 2016. Malah, Macai turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur ke-11, Jun lalu.

Melengkapkan senarai ialah Abah Saya Uncle Mike arahan Ezrie Gazali yang diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong atau Uncle Mike.

Ads

Dibintangi Andy Teh, Idan Aedan, Merah Muhaimin dan Umar Shakur, filem ini mengangkat kisah seorang lelaki berbangsa Cina yang membesarkan tiga anak angkat berbangsa Melayu.

Selain mengetengahkan kasih sayang dan pengorbanan, karya ini turut membawa mesej perpaduan serta nilai kemanusiaan merentasi perbezaan kaum, budaya dan agama. Dengan lapan pencalonan, filem ini turut mendapat perhatian menerusi pencalonan Idan Aedan bagi Pelakon Lelaki Terbaik dan Andy Teh bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

FFM35: Khadam, Malam Terlarang atau Mother Bhumi? Persaingan Sengit, Lima Filem Berebut Gelaran Filem Terbaik! FFM35: Khadam, Malam Terlarang atau Mother Bhumi? Persaingan Sengit, Lima Filem Berebut Gelaran Filem Terbaik! FFM35: Khadam, Malam Terlarang atau Mother Bhumi? Persaingan Sengit, Lima Filem Berebut Gelaran Filem Terbaik! FFM35: Khadam, Malam Terlarang atau Mother Bhumi? Persaingan Sengit, Lima Filem Berebut Gelaran Filem Terbaik! FFM35: Khadam, Malam Terlarang atau Mother Bhumi? Persaingan Sengit, Lima Filem Berebut Gelaran Filem Terbaik!

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/lebih-10-filem-raih-kutipan-lebih-rm10-juta-ffm35-jadi-bukti-kebangkitan-karya-tempatan-finas-perkukuh-ketelusan-penjurian/

Sistem Penjurian Baharu, Keputusan Sukar Diramal

Melihat kepada keseluruhan persaingan, setiap calon mempunyai kelebihan tersendiri. Khadam dan Malam Terlarang menonjol melalui jumlah pencalonan, Mother Bhumi dengan pengiktirafan antarabangsa, Macai menerusi penerimaan pengkritik, manakala Abah Saya Uncle Mike mempertaruhkan kekuatan emosi dan kisah kemanusiaan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Lebih menarik, FFM35 turut memperkenalkan sistem penjurian baharu yang menggabungkan penilaian panel juri profesional dan bekas pemenang festival berkenaan.

Menerusi pendekatan tersebut, kira-kira 100 hingga 150 bekas pemenang FFM terlibat dalam penilaian lima calon terbaik, dengan 70 peratus markah akhir daripada mereka, manakala baki 30 peratus daripada panel juri profesional.

Justeru, jumlah pencalonan tidak semestinya menjadi penentu kemenangan kerana aspek pengarahan, lakon layar, kekuatan persembahan serta keutuhan penceritaan turut memainkan peranan penting.

Segala persoalan mengenai karya yang bakal dinobatkan sebagai Filem Terbaik akan terjawab pada malam kemuncak FFM35, 21 November 2026, di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pemenang kategori berprestij itu turut bakal menerima sokongan penerbitan bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif bagi membantu penghasilan karya seterusnya.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut merupakan bantuan pembangunan dan penerbitan, bukannya hadiah wang tunai RM1 juta yang diberikan secara langsung kepada pemenang.

Jangan lupa saksikan malam kemuncak FFM35 pada Sabtu, 21 November 2026, jam 8.30 malam, yang bakal dihoskan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson.

Acara berprestij itu akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM dan saluran YouTube rasmi FINAS bagi meraikan kecemerlangan karya serta penggiat industri perfileman tanah air!

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Lebih 10 Filem Raih Kutipan Lebih RM10 Juta & FFM35 Jadi...

Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) bukan sekadar menjadi platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan penggiat seni, malah berperanan sebagai pemangkin kepada perkembangan industri perfileman negara...