Ads

Aghniny Haque Tak Sangka Terima Trofi Di FFM35, Pengiktirafan Pertama Di Luar Negara – “Saya Hampir Pengsan.”

Pelakon Indonesia, Aghniny Haque mengakui tidak menyangka namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), sekali gus menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Aghniny berkata, dia juga gembira dan bersyukur dengan penerimaan serta sokongan yang diberikan rakan-rakan industri seni di Malaysia, khususnya menerusi lakonannya dalam filem Khadam.

Aghniny Haque Tak Sangka Terima Trofi Di FFM35, Pengiktirafan Pertama Di Luar Negara - “Saya Hampir Pengsan.”

“Saya tidak percaya akan menerima pengiktirafan istimewa ini. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan bersyukur bila melihat bagaimana teman-teman di Malaysia yang sentiasa menyokong dan menerima kehadiran saya.

“Saya seronok untuk berada di sini dan merayakan industri perfileman dengan rakan-rakan di Malaysia. Saya sebenarnya nak hampir pengsan.

“Ini adalah pengiktirafan pertama saya di luar negara. Ia perkara yang sukar untuk dipercayai,” katanya kepada MH.

Aghniny berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak FFM35 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Ads

Tidak Tahu Bakal Terima Pengiktirafan

Mengulas lanjut, Aghniny mendedahkan dia pada awalnya tidak mengetahui mengenai pengiktirafan tersebut memandangkan kehadirannya ke FFM35 hanyalah untuk memberikan sokongan kepada seluruh pasukan produksi filem Khadam yang turut tercalon dalam 12 kategori.

Aghniny Haque Tak Sangka Terima Trofi Di FFM35, Pengiktirafan Pertama Di Luar Negara - “Saya Hampir Pengsan.”

“Bila mendapat jemputan ini, saya sangat gembira. Bila lihat pada jadual, saya ada waktu terluang. Saya mahu berada di sini untuk memberikan sokongan buat filem Khadam.

“Filem ini tersenarai dalam 12 pencalonan. Saya pun ikut bangga dan gembira. Pihak penerbit pun tidak ada maklumkan apa-apa tentang anugerah ini.

“Mereka mahu saya hadir. Kalau saya tahu lebih awal, mungkin saya akan siapkan ucapan lebih awal,” kongsinya lagi.

Ads

Dedikasi Kemenangan Buat Semua Ibu

Meskipun membawakan watak Melur yang bisu dalam filem Khadam, Aghniny membuktikan bahawa lakonan tanpa dialog juga mampu meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

Malah, pelakon itu turut mendedikasikan kemenangan berkenaan kepada semua ibu yang bertungkus-lumus menjaga keluarga meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Aghniny Haque Tak Sangka Terima Trofi Di FFM35, Pengiktirafan Pertama Di Luar Negara - “Saya Hampir Pengsan.”

“Ada kalanya, perkara yang berlaku tanpa kata-kata itu sebenarnya boleh disampaikan dengan lebih jujur.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya mahu berterima kasih kepada penerbit dan pengarah kerana telah memilih saya untuk membawakan watak Melur.

“Pada saya, Melur adalah insan istimewa. Beliau seorang ibu yang kuat, hidup sendiri dan penat nak menguruskan anak-anak. Melur juga perlu berlawan dengan saka keluarga.

“Namun, dengan segala cabaran itu, dia masih mampu berdiri untuk menjaga anak-anaknya. Pada saya, itu semangat yang luar biasa. Anugerah ini saya dedikasikan kepada semua ibu-ibu di luar sana,” akhirinya.

Terdahulu, filem Khadam turut mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik, manakala pengarahnya pula diangkat sebagai Pengarah Terbaik pada FFM35.

Selain itu, filem berkenaan turut cemerlang apabila berjaya membawa pulang tujuh lagi trofi, sekali gus menjadikan keseluruhan 10 kemenangan daripada 12 kategori yang dipertandingkan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Hal Itu Diketahui Ibu Saya Dahulu…,”- Mierul Aiman Anggap Isu Ancaman...

Susulan menerima ancaman serangan menggunakan parang menerusi media sosial, pelakon Mierul Aiman mendedahkan individu yang mengeluarkan kenyataan berkenaan telah menghubunginya secara peribadi bagi memohon maaf atas tindakan tersebut.