Ads

“Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan

Pelakon dan penyanyi, Aqasha mengakui watak Hang Tuah yang dibawa menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 (PGLM2026) memberikan impak positif terhadap kehidupannya sebagai seorang individu.

Menurut Aqasha, pengalaman menghidupkan watak berkenaan bukan sekadar memenuhi tuntutan lakonan, malah membuka ruang buat dirinya meneladani nilai-nilai positif yang dimiliki Hang Tuah dalam kehidupan seharian.

Justeru, dia tidak pernah terfikir untuk membuang jauh personaliti Hang Tuah daripada dirinya, meskipun selepas pementasan tersebut berakhir nanti.

“Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan “Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan

“Dalam tempoh masa dua bulan ini, saya lebih banyak waktu di studio latihan berbanding di rumah. Apabila saya pulang ke rumah, isteri dan anak-anak pula sudah tidur.

“Sejujurnya sebagai seorang pelakon, saya tidak pernah cuba keluar daripada watak. Saya percaya proses itu akan beransur hilang secara semula jadi.

“Namun, untuk watak Hang Tuah ini, sejak daripada dahulu lagi, saya tak pernah terfikir agar watak ini boleh hilang atau pergi daripada diri saya.

“Saya suka dengan watak Hang Tuah ini. Pada saya, beliau seorang yang berani, cekal dan tabah. Jadi, saya boleh pinjam sifat-sifat ini agar saya boleh jadi personaliti yang lebih baik,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Embun itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan PGLM bersama media, baru-baru ini.

“Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan

Hang Tuah Dorong Aqasha Dalami Sejarah & Budaya Melayu

Tambah Aqasha, watak pahlawan ulung Melayu itu secara tidak langsung mendorong dirinya untuk lebih mendalami sejarah, selain mengenali kesenian, budaya dan adat warisan masyarakat Melayu.

“Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan “Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan

“Kalau watak ini boleh melekat di dalam diri saya, apa salahnya. Beliau seorang yang handal dan pandai bersilat. Jadi, tiadalah orang yang senang-senang nak permainkan saya.

Ads

“Watak Hang Tuah banyak memberikan impak positif kepada diri saya sebagai individu. Ia juga membuatkan saya untuk lebih mendalami tentang sejarah.

“Saya juga dapat mengenali kesenian, budaya dan adat kita sendiri,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Aqasha bersyukur apabila watak Hang Tuah membuka matanya untuk lebih menghargai seni warisan silat Melayu yang disifatkan bukan sekadar seni bela diri, malah sarat dengan nilai kerohanian dan keimanan.

Kesal Jika Seni Warisan Melayu Terus Dilupakan

“Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan “Kalau Boleh Melekat, Apa Salahnya…,”- Aqasha Tak Mahu ‘Keluar’ Daripada Watak Hang Tuah… Sifat Berani, Cekal & Tabah Jadi Teladan

“Perkara ini saya tidak pernah sentuh sebelum ini. Melalui watak Hang Tuah, saya juga dapat lebih memahami maksud dan seni di sebalik pergerakkan silat.

Ads

“Saya tahu mengenai seni bela diri tapi silat bukan salah satu daripadanya. Bila saya sudah semakin berusia dan diberikan pengetahuan mengenai ilmu pergerakan silat Melayu ini, saya merasakan ia satu seni yang sangat besar.

Anda mungkin berminat dengan

“Ia juga bersangkut paut dengan keyakinan dan keimanan kita. Dua hal ini tidak terpisah. Budaya kita ini tersusun dari segi rohani dan jasmani. Kita ini kaya dan mewah sebenarnya.

“Cuma sayang sekali jika pada zaman ini, kita ketepikan dan melupakan budaya itu. Saya sebenarnya bercakap untuk diri sendiri. Itulah yang saya pelajari bila membawakan watak Hang Tuah,” akhirinya.

Sekadar informasi, PGLM bakal dipentaskan bermula 31 Oktober ini sehingga 15 November ini.

Selain Aqasha, teater arahan Puan Seri Tiara Jaquelina itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aisha Retno, Mila Mohsin, Luqman Hafidz, Yusof Hashim, Mimi Fly dan Nadia Aqilah.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Enfiniti Productions

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Fazley Yaakob & DSV Awalnya Rancang Kahwin Sejak Dua Tiga Minggu...

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia dan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV, pada awalnya merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar dua hingga tiga minggu lalu.