
Pelawak yang juga bekas penyampai radio, Jep Sepahtu menerima penghargaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan atas komitmennya menunaikan zakat berjumlah kira-kira RM1.9 juta bagi tempoh 2016 hingga 2025.
Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Zulkifli menyifatkan tindakan Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, sebagai contoh positif yang mampu memberikan inspirasi kepada masyarakat, khususnya dalam membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.
Jep Sepahtu Jadi Inspirasi
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan.
“Kita ambil dari sudut positif, dan doakan yang baik-baik untuk semua.
“Langkah beliau berkongsi rekod pembayaran zakat dari tahun 2016 hingga 2025 yang mencecah kira-kira RM1.935 juta merupakan satu tindakan berani demi menegakkan ketelusan, mempertahankan integriti, dan menangkis fitnah.
“Sekali gus membuktikan pelaksanaannya secara telus berlandaskan kewajipan agama,” tulisnya.
Dalam masa sama, Dr Zulkifli turut memuji keberanian Jep berkongsi rekod pembayaran zakatnya secara terbuka, mencerminkan komitmennya dalam menunaikan kewajipan agama bagi menyucikan harta serta membantu golongan yang memerlukan.

“Pengorbanan dan ketelusan figura awam seperti beliau wajar dijadikan ibrah dan ikhtibar terbaik buat seluruh masyarakat.
“Zakat bukan sahaja menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hayat buat golongan yang memerlukan,” kongsinya lagi.
Seru Masyarakat Tunaikan Kewajipan Zakat
Sehubungan itu, Dr Zulkifli turut menyeru orang ramai agar mencontohi sikap tersebut dengan menunaikan kewajipan berzakat demi memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terus terbela.

Anda mungkin berminat dengan
“la mengukuhkan persaudaraan dan keadilan sosioekonomi ummah dengan membela nasib golongan asnaf.
“Ayuh kita contohi teladan mulia ini dan tunaikan kewajipan harta. Jom bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, Jep berkongsi rekod pembayaran zakatnya bagi tempoh 2015 hingga 2025 yang menjadi sorotan warganet.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

