Ads

Fattah Amin Gembira Lihat Kemesraan Fatima & Jarir, Mula Faham Peranan Sebagai Kakak – “Nampak Makin Erat, Alhamdulillah.”

Pelakon Fattah Amin menzahirkan rasa syukur dan bahagia melihat kemesraan yang terjalin antara anak sulungnya, Nur Fatima Aisya, dengan adiknya, Muhammad Jarir Umar.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, Fatima dilihat begitu teruja setiap kali berpeluang meluangkan masa bersama adiknya, selain melayan si kecil itu dengan penuh kasih sayang.

Katanya, hubungan kedua-dua beradik itu kini semakin akrab, apatah lagi Fatima semakin memahami peranannya sebagai seorang kakak yang sentiasa menyayangi dan mengambil berat tentang adiknya.

“Setiap kali Fatima datang, nampak hubungan (bonding) mereka makin erat, alhamdulillah.

“Malah sewaktu sesi siaran langsung baru-baru ini, dia begitu teruja sehingga bertanya kepada saya sama ada boleh membawa adiknya masuk ketika bersiaran lansgung dalam TikTok.

“Tetapi saya jelaskan belum masanya lagi kerana adik masih kecil. Insya-Allah suatu hari nanti bila adik sudah besar sedikit, kami akan kongsikan (wajahnya).

“Saya faham ramai yang teruja dan teringin hendak melihat, cuma belum tiba masanya lagi. Fatima juga sekarang mula faham dia sudah bergelar kakak,” katanya.

Pelakon filem KL Special Force itu berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), baru-baru ini.

Ads

Fattah Amin Gembira Lihat Kemesraan Fatima & Jarir, Mula Faham Peranan Sebagai Kakak - “Nampak Makin Erat, Alhamdulillah.”

Fattah Amin Gembira Lihat Kemesraan Fatima & Jarir, Mula Faham Peranan Sebagai Kakak - “Nampak Makin Erat, Alhamdulillah.”

Fattah Amin Gembira Lihat Kemesraan Fatima & Jarir, Mula Faham Peranan Sebagai Kakak - “Nampak Makin Erat, Alhamdulillah.”Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/thank-you-baby-amira-othman-penyelamat-jadi-mua-untuk-suami-fattah-amin-tampil-kacak-menang-anugerah-di-amt2026/

Ads

Fatima Semakin Memahami Peranan Sebagai Kakak

Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan penyanyi, Amira Othman, ini turut teruja berkongsi perkembangan Jarir yang bakal menginjak usia empat bulan.

“Alhamdulillah, perkembangan Jarir sekarang dia sudah pandai meniarap sedikit demi sedikit. Sebelum ini dia hanya terlentang sahaja, tetapi sekarang tangannya semakin kuat.

“Dia sudah pandai menolak badan untuk cuba meniarap, itulah perkembangannya buat masa ini.

“Selain menguruskan Jarir, kami berdua sememangnya sentiasa sibuk melayani Fatima,” ujarnya lagi.

Ads

Mengulas rutin kembali mengasuh bayi kecil di sebalik jadual kerjaya seni yang padat, Fattah mengakui tanggungjawab berkenaan menuntut pengorbanan waktu tidur serta persefahaman bersama isteri tercinta.

Anda mungkin berminat dengan

Pengorbanan Waktu Tidur Demi Uruskan Anak

“Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, pasti faham situasi rutin bangun tengah-tengah malam untuk memberikan susu dan sebagainya, memang sudah menjadi lumrah biasa.

“Walaupun saya perlu bekerja pada waktu pagi, namun apabila mendengar anak menangis tengah malam, memamg tak boleh teruskan tidur begitu sahaja.

“Secara automatik saya akan terjaga untuk membantu isteri. Kami berdua sama-sama menggalas rutin menjaga Jarir yang kerap terjaga malam,” ujarnya.

Sekadar informasi, Fattah dan Amira selamat melangsungkan pernikahan pada 14 September 2025 dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Jarir, pada 23 Jun lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Dari Afrika Selatan Ke Petaling Jaya, Out Of Africa Kekal Dengan...

Tak perlu terbang beribu kilometer ke Afrika Selatan untuk menikmati hidangan seperti Oxtail Potjie, Zebu Steak Pie atau Braai Boerewors. Di Petaling Jaya, ada sebuah restoran yang sudah sekian lama membawa cita rasa negara tersebut kepada pengunjung tempatan menerusi hidangan autentik dan suasana yang cukup santai.