Ads

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin

Cik B
Cik B

Penampilan yang sering menjadi perhatian ramai membuatkan personaliti media sosial, Cik B tampil menjelaskan mengenai pemilihan fesyennya sepanjang bersaing di program Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2).

Menurut Cik B, gaya yang digayakan olehnya lebih bersifat ‘uniseks’ dan ia dipilih demi memberikan keselesaan ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin “Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin

“Baju yang saya pakai itu adalah stail ‘unisex’. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Mungkin disebabkan gaya rambut saya yang pendek, mereka nampak gaya pemakaian saya seperti lelaki.

“Saya hanya ikut keselesaan sahaja. Lagipun, saya ini berbadan besar. Awak nak ke tengok saya pakai crop top? Malam ini, saya pakai skirt. Jadi, perlahan-lahanlah kita ubah,” katanya kepada MH.

Vida Syukur Cik B Tampil Lebih Feminin

Sementara itu ibu kepada Cik B, usahawan Datuk Seri Vida pula meluahkan rasa syukur apabila anaknya bersetuju mengenakan penampilan lebih feminin ketika membawakan lagu Situasi pada minggu keempat TTMM2.

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin

“Sebenarnya memang saya yang menyediakan baju malam ini buat Cik B. Saya sudah persiapkan skirt. Saya berdoa semoga Cik B bersetuju dan pakai baju ini.

“Saya nak penampilan Cik B nampak berbeza. Saya tak nak Cik B mengenakan style yang sama seperti tiga minggu sudah. Biarlah kali ini nampak faktor wownya walaupun gaya yang minimalis,” kongsinya.

Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya saingan minggu keempat TTMM2, baru-baru ini.

Ads

Cabaran Kesihatan Sebelum Persembahan

Dalam masa sama, Vida turut mengakui terharu apabila persembahan anaknya berjaya memukau juri serta penonton walaupun berdepan masalah kesihatan sepanjang minggu lalu.

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin

“Saya tak sangka dia boleh tampilkan persembahan sebaik itu. Ia memang sesuatu diluar jangkaan. Saya sangat terbaru kerana sepanjang minggu ini, kita lalui cabaran yang sangat besar.

“Kita terpaksa hantarkannya dari satu klinik ke klinik lain bagi pastikan dia sembuh. Saya juga beli banyak barangan masakan untuk masak makanan sihat buat Cik B,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, pempengaruh muda itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu dan pengurus yang sentiasa memberi semangat serta menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/dia-sentiasa-bersangka-baik-vida-anggap-azar-azmi-lurus-bendul-puji-kesungguhan-mahu-bangkit-dalam-hidup/

https://www.mediahiburan.my/ada-10-lagi-hal-yang-dia-buat-sanggup-berkorban-beku-telur-luka-datuk-seri-vida-belum-sembuh-belum-boleh-maafkan-iqbal/

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin

“Alhamdulillah, itu adalah berkat doa ibu, cikgu, adik dan kawan-kawan saya. Saya berjaya berikan persembahan yang terbaik. Pada minggu ini, semua peserta hebat-hebat belaka.

“Saya memang sudah bersedia dan reda untuk menghadapi sebarang kemungkinan walaupun harus tersingkir. Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan untuk melangkah ke minggu hadapan.

“Saya ingin berterima kasih kepada mama. Dia jaga saya dengan baik. Setiap malam, bila saya tidur, mama akan mengaji sebelah saya. Itu yang buatkan saya rasa lebih bertenang.

Ads

“Kalau tiada mama, saya tak boleh tidur. Begitu juga dengan mama,” akhirinya.

Anda mungkin berminat dengan

Terdahulu, persembahan bertenaganya berjaya menghidupkan suasana di Auditorium MBSA apabila seluruh dewan turut menyanyikan lagu Situasi nyanyian asal kumpulan Bunkface bersama-sama.

Persembahan tersebut sekali gus melayakkan penyanyi dan ‘manager; ini berada di kedudukan kelima dengan markah sebanyak 73.00%.

“Nak Tengok Saya Pakai Crop Top Ke?,” – Cik B Ulas Pilih Stail ‘Uniseks’ Demi Keselesaan, Vida Pula Syukur Anak Mula Tampil Feminin

Dalam pada itu, TTMM2 dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama barisan juri, selebriti terkenal Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis di bawah seliaan masing-masing.

Saksikan konsert TTMM2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam, selain turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka secara On Demand.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Penampilan sering menjadi perhatian ramai membuatkan personaliti media sosial, Cik B tampil menjelaskan mengenai pemilihan fesyennya sepanjang bersaing di program Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2). Menurut Cik B, gaya yang digayakan olehnya lebih bersifat ‘uniseks’ dan ia dipilih demi memberikan keselesaan ketika membuat persembahan di atas pentas 👍🏻😍. #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ini Takdir, Kena Terima Hakikat…,” – Kaka Azraff & Suami Sah...

Penyanyi Kaka Azraff reda apabila rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff kini sudah berakhir selepas mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.
error: Hello. Cannot.