Ads

“Menang Kalah, Belakang Cerita…,” – Bakal Berdepan Petinju Indonesia, Trisha Ooi Berlatih Hampir Setahun… Menangis Kena Jaga Makan!

Pelakon Trisha Ooi, mendedahkan antara sebab dia bersetuju untuk menyertai perlawanan tinju All Star Championship Series adalah untuk membuka mata pengarah dan penerbit bagi memberikannya kepercayaan untuk membawakan watak lasak.

Bakal berdepan lawan dari Indonesia iaitu Dinda Anuar, perlawanan tinju melibatkan personaliti media sosial ini bakal menjadi pengalaman pertama Trisha dalam gelanggang tinju.

“Menang Kalah, Belakang Cerita…,” – Bakal Berdepan Petinju Indonesia, Trisha Ooi Berlatih Hampir Setahun… Menangis Kena Jaga Makan!

“Sejak awal pembabitan di dalam dunia seni, mungkin ramai yang mengenali saya sebagai pelakon lagak ngeri. Selepas hampir tujuh tahun, barulah saya masuk ke dunia lakonan.

“Pada mulanya, saya banyak bawakan watak aksi. Selepas tu, saya kerap diberikan watak heavy drama dan seram. Pada tahun 2026, saya mahu kembali dan lebih dikenali sebagai pelakon aksi.

“Saya nak tunjuk kepada semua kemampuan saya sebagai pelakon bukan sahaja di hadapan kamera tetapi juga di dalam gelanggang. Saya tak pernah lagi bertinju secara profesional.

“Ini bakal menjadi perlawanan pertama. Menang atau kalah, itu belakang cerita. Setidaknya saya dapat timba pengalaman dan buat apa yang saya suka,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Janna Endoro ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka All Star Influencer Award (ASIA), baru-baru ini.

Ads

Timbul Kerisauan, Ulas Soal Pemakanan

Ditanya sama ada timbul kerisauan dirinya bakal cedera ketika perlawanan nanti, Trisha memaklumkan pihak penganjur cukup menitik beratkan soal keselamatan terutamanya melibatkan petinju wanita.

“Menang Kalah, Belakang Cerita…,” – Bakal Berdepan Petinju Indonesia, Trisha Ooi Berlatih Hampir Setahun… Menangis Kena Jaga Makan!

“Saya memang sangat risau. Pada awalnya, saya kerap tanya diri sendiri. Betul ke keputusan yang saya buat ini? Mula-mula memanglah kita teruja.

“Bila sudah mula latihan, saya tertanya-tanya, boleh ke saya buat semua ini? Pada saya menang atau kalah, itu perkara kedua. Kita juga akan pakai pelindung kepala dan sarung tinju ketika berlawan.

“Kami akan bertarung secara selamat. Saya nak tunjuk kepada mereka di luar sana kemampuan saya,” kongsinya lagi.

Ads

Dalam masa sama, Trisha memaklum cabaran terbesar buat dirinya sepanjang menjalani latihan adalah untuk menjaga aspek pemakanan.

“Menang Kalah, Belakang Cerita…,” – Bakal Berdepan Petinju Indonesia, Trisha Ooi Berlatih Hampir Setahun… Menangis Kena Jaga Makan!

“Saya mula berlatih lebih kurang setahun yang lalu. Nak kata saya sudah yakin dan betul-betul bersedia, tak boleh juga. Setidaknya saya sudah bekerja keras. Bila sampai waktunya, kita lihatlah nanti.

“Saya perlu menjaga aspek pemakanan. Ketika musim perayaan ini, saya tak boleh nak makan lemang, rendang, ketupat dan sebagainya. Ini bahagian paling sudah kerana saya suka makan.

“Sejak beberapa bulan ini, saya banyak kali menangis sebab tak boleh makan. Pagi raya itu, saya makanlah sikit juadah raya. Itu pun sekadar rasa sahaja. Saya rindu nak makan burger dan pizza,” ujarnya lagi.

Ads

All Star Championship Series bakal berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 3 May ini.

Anda mungkin berminat dengan

Mengulas mengenai konflik yang berlaku di Timur Tengah, Trisha bagaimanapun memaklumkan dirinya bakal mengambil langkah berjaga-jaga selain percaya pihak penganjur juga amat mementingkan aspek keselamatan.

“Menang Kalah, Belakang Cerita…,” – Bakal Berdepan Petinju Indonesia, Trisha Ooi Berlatih Hampir Setahun… Menangis Kena Jaga Makan!

“Kami sepatutnya berangkat ke Dubai, pada awal April. Namun, disebabkan situasi semasa, kita terpaksa tunda sehingga awal Mei nanti. Sudah tentu saya sangat risau dengan keselamatan saya.

“Namun, setelah berbincang dengan pihak penganjur, mereka juga sudah berbincang dengan orang-orang di Dubai. Jadi, mereka bersetuju untuk anjak tarikh asal.

“InshaAllah, jika tiada aral melintang, kita akan teruskan. Namun, jika ada sesuatu yang berlaku, kita akan ambil langkah berjaga-jaga. Segalanya saya serahkan kepada pihak pengurusan dan penganjur,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ibu Julia Perez Menangis Mohon Raffi Ahmad Beli Apartmen Peninggalan Anaknya

Ibu Julia Perez, Sri Wulansih tidak dapat menahan air mata ketika mengenang pesanan terakhir arwah anaknya yang popular dikenali sebagai Jupe, dalam satu wawancara...
error: Hello. Cannot.