
Usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli menegaskan kenyataannya mengenai hasrat untuk mengubah imej usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida telah disalah erti oleh segelintir pihak.
Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories, Iqbal tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
“Tentang saya cakap ingin Dato Seri Vida pakai minimalist bulu mata dan penampilan sudah disalah erti.
“Sedih sebenarnya sebab saya bukan orang yang jenis lantang dan marah-marah. Tapi disebabkan saya sabar, menjawab dengan nada sopan dikata berpura.
“Kalau saya jenis maki hamun orang dan mahu beberbalas, sejak dulu lagi saya buat. Tapi didikan keluarga saya bukan kasar begitu.
“Tentang bulu mata, bibir dan penampilan DSV pula bukanlah memaksa. Mahu pakai 10 inci bulu mata pun, itu kebebasan beliau. Bualan ini pun sudah kalis oleh orang ramai dan DSV pun hanya santai saja.
“Apapun, niat saya hanya mahu lihat beliau lebih anggun, imej sopan, mewah dan elegant. Sebab usia kita semakin bertambah juga.
“Kalau tidak mahu, pun tak mengapa, bukanlah serius pun, saya tiada hak dan tegasnya ini bukanlah bermakna saya mahu bercinta kembali,” luahnya, pada Isnin.

Tegas Soal Adab
Dalam pada itu, Iqbal turut menegaskan pendiriannya untuk sentiasa menjaga adab dalam setiap tindakannya meskipun berdepan kritikan.
“Saya bukan tidak boleh lantang tetapi saya tidak suka bawa sikap biadab. Ziyad yang kecil umur empat tahun pun saya rotan jika tidak hormat orang sekeliling. Memang ibu ayah saya ajar untuk menjaga adab.
“Tidak kaya sangat pun tak apa asalkan ada adab. Lebih-lebih lagi datuk nenek saya berketurunan bangsawan, berada di istana, saya harus hormati dan menjaga tertib walau semarah apa pun hati, dan walau bagaimana pun orang buat, adab itu tetap utama.
“Biarlah ada yang cakap saya berpura-pura pun, lebih baik berpura-pura sopan berbanding biadab dari kecil sampai besar, itu bukan cara saya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi ciapan di Threads, penyanyi lagu Hujan itu memaklumkan dia mahu mengubah penampilan serta imej DSV supaya menjadi lebih minimalis.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimanapun, anak DSV iaitu Cik B tampil memberikan komen balas berhubung ciapan tersebut.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berpendapat, penampilan diri adalah pilihan individu dan kalau mahu perbaiki hubungan sekali pun, lebih baik untuk terima apa adanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

