Ads

Fenomena Hiburan Global… Teh Tarik & Onde-Onde Malaysia Tembusi Dunia CookieRun, Tawan Dunia Permainan Mudah Alih!

Dua jenis hidangan kegemaran tempatan iaitu Teh Tarik dan kuih Nyonya Onde-Onde, kini menjadi tumpuan dalam dunia permainan antarabangsa apabila dipilih sebagai item kosmetik dalam permainan yang dilokalkan secara eksklusif untuk harta intelek permainan Korea popular peringkat global, CookieRun: OvenSmash.

Dibangunkan oleh studio permainan Korea terkemuka Devsisters, francais CookieRun telah memikat pemain di seluruh dunia sejak penampilan sulungnya pada tahun 2009 melalui watak-watak biskut (cookies) yang comel dan menawan.

Francais ini kini telah mengumpul lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia, selain bekerjasama dengan nama-nama antarabangsa besar termasuk kumpulan K-pop terkenal BTS, filem muzikal popular Wicked, dan fenomena global tahun lalu K-pop Demon Hunters.

Ia sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai harta intelek berpengaruh di peringkat dunia!

Edisi terkini dalam siri ini, CookieRun: OvenSmash, merupakan permainan aksi pantas berbilang pemain dalam masa nyata.

Ia mencetuskan fenomena global sejurus pelancarannya pada Mac 2026 apabila melepasi satu juta muat turun dalam tempoh tiga hari sahaja, selain pantas mendaki carta muat turun di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Ads

Pelancaran Serantau & Elemen Lokal Unik

Meneruskan kejayaan antarabangsa, permainan ini secara rasmi melebarkan sayap ke Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau pada 23 April, dengan muat turun percuma kini tersedia.

Sempena pelancaran serantau ini, pihak pembangun memperkenalkan item kosmetik yang dilokalkan secara eksklusif untuk setiap pasaran.

Teh Tarik dan Onde-onde menjadi antara tarikan utama, sekali gus mengujakan pemain tempatan.

Pasukan pembangun turut memperincikan elemen tempatan dalam rekaan tersebut.

Ads

Fitur kosmetik Teh Tarik menampilkan gaya pembungkusan ikat tepi yang sinonim dengan rakyat Malaysia, lengkap dengan tali pengikat berwarna yang menggambarkan minuman jalanan kegemaran ini secara autentik.

Sementara itu, kosmetik Onde-onde pula diinspirasikan daripada salutan daun pandan serta inti gula melaka, yang diolah secara kreatif sebagai aksesori comel dalam permainan, membawa pesona Asia Tenggara ke medan pertempuran.

Sejak pra-pendaftaran serantau dibuka pada Mac lalu, CookieRun: OvenSmash telah melepasi satu juta pendaftaran di seluruh Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Ads

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pemain, pihak pembangun mengumumkan item kosmetik bertemakan Teh Tarik akan diberikan secara percuma dalam permainan, membolehkan semua pemain menikmati elemen citarasa tempatan ini tanpa sebarang kos.

Anda mungkin berminat dengan

Dengan gabungan elemen tempatan dalam salah satu francais permainan paling popular di dunia, CookieRun: OvenSmash menawarkan pengalaman unik kepada pemain tempatan.

Kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di Malaysia dan Singapura, para pemain dijemput menyertai pertempuran bersama komuniti serantau dalam aksi berbilang pemain yang mendebarkan.

Untuk cara muat turun permainan ini, boleh ikuti langkah yang tersedia menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ammar Zoni Dijatuhi Hukuman Penjara 7 Tahun Gara-Gara Jual Dadah Ketika...

Pelakon Indonesia, Ammar Zoni dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun selepas didapati bersalah dalam kes penjualan dadah ketika berada di dalam Rumah Tahanan (Rutan)...
error: Hello. Cannot.