Ads

“Saya Ditinggalkan Dalam Kubur Digali 7 Meter…,” – Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu Pulihkan Emosi

Trisha
Trisha

Pelakon Trisha Ooi mengakui terpaksa mengambil masa hampir dua minggu untuk keluar sepenuhnya daripada watak Balqis selepas selesai menjalani penggambaran filem seram terbaharu, Nar’sata: Sekutu Setan.

Menurut Trisha, watak tersebut memberi kesan yang sangat mendalam terhadap emosinya, terutama apabila dia perlu menghidupkan trauma dan penderitaan yang dialami oleh karakter Balqis sepanjang filem berkenan.

Trisha Sukar Keluar Daripada Watak

“Saya Ditinggalkan Dalam Kubur Digali 7 Meter…,” – Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu Pulihkan Emosi

“Saya tidak mengalami sebarang kecederaan tapi saya terpaksa mengambil masa selama dua minggu untuk menghilangkan watak Balqis di dalam diri. Seleps tempoh tersebut, barulah saya kembali kepada diri saya.

“Proses itu memang susah. Tak banyak watak yang saya bawakan mampu meninggalkan kesan sebegitu. Watak Balqis ini memberikan kesan yang amat mendalam di terhadap diri saya.

“Ada ketika, saya menangis sendiri. Sebelum masuk set pun saya menangis dahulu. Watak ini sangat berat walaupun saya tidak melalui apa yang Balqis harungi.

“Saya dapat merasakan kesakitan Balqis apabila dia dirogol bapa sendiri dan orang-orang di sekeliling. Dia juga turut dikhianati oleh rakan baik sendiri. Kegelapan hidup itu yang buat saya sedih,” katanya kepada MH.

Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Nar’sata: Sekutu Setan yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid pada Selasa.

Trisha turut berkongsi, sepanjang tempoh tersebut dia lebih banyak menyendiri dan kurang bercakap sehingga perubahan itu disedari oleh orang terdekat termasuk pengurusnya sendiri.

Ads

“Saya Ditinggalkan Dalam Kubur Digali 7 Meter…,” – Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu Pulihkan Emosi

“Dalam tempoh tersebut, saya tak dapat nak berborak dengan orang lain seperti biasa. Perkara ini saya tak sedar pun. Yang perasan hanyalah pengurus saya dahulu. Selera makan pun agak tertanggu.

“Waktu tidur saya juga sudah terbalik. Pengurus saya tegur mengapa saya banyak diam, menyendiri dan tak keluar rumah. Selepas itu, barulah saya banyakkan masa bersosial di luar,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/terasa-seperti-mimpi-trisha-ooi-tewaskan-influencer-indonesia-rangkul-tali-pinggang-juara-tinju-di-dubai/

Ads

https://www.mediahiburan.my/menang-kalah-belakang-cerita-bakal-berdepan-petinju-indonesia-trisha-ooi-berlatih-hampir-setahun-menangis-kena-jaga-makan/

Lemah Semangat Dalam Kubur Pada Jam 3 Pagi

Dalam pada itu, Trisha turut berkongsi pengalaman paling mencabar sepanjang penggambaran apabila dia perlu menjayakan babak menggali kubur pada waktu awal pagi.

“Saya Ditinggalkan Dalam Kubur Digali 7 Meter…,” – Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu Pulihkan Emosi

Katanya, walaupun tidak mengalami gangguan mistik, dia mengakui ada ketika dirinya menjadi lemah semangat ketika berada di dalam kubur untuk menjayakan babak berkenaan.

“Saya Ditinggalkan Dalam Kubur Digali 7 Meter…,” – Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu Pulihkan Emosi

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang gangguan. Cuma ada satu babak yang membuatkan saya lemah semangat tapi saya tidak maklumkan kepada sesiapa termasuklah pihak produksi.

“Babak itu berlangsung pada jam 3 pagi di tanah perkuburan. Ketika itu, saya perlu menggali kubur. Jarak saya dengan orang lain adalah lima meter kerana ketika itu pengarah mahu ambil angle ‘wide shot’.

“Saya ditinggalkan di dalam kubur yang digali tujuh meter dalam. Bila saya perlu membuka papan dan mengangkat mayat keluar, saya jadi lemah semangat. Badan saya menggigil.

“Saya hanya diam dan berselawat. Bila habis babak dan pengurus tanya keadaan saya, saya kata okay sahaja,” kongsinya lagi.

Filem Nar’sata: Sekutu Setan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Mei ini.

Selain Trisha, karya arahan Pierre Andre ini turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Fadlan Hazim, Aniq Suhair, Mawar Rashid dan Namron.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

fadlan

“Saya Tak Tahu, Mereka Pun Tak Ajak,” – Fadlan Hazim Ulas...

Pelakon Fadlan Hazim tampil menjelaskan mengenai ketiadaan dirinya ketika kumpulan boy band, VIP membuat kemunculan semula menerusi Konsert Tukang Gempak Adam, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.