Ads

Zahid Cipta Kejutan Di GV Fantasia! Raih Markah Tertinggi 62.20%, Diikuti Stacy & Akim… Faizul Paling Corot 46.06%

Persaingan di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia) semakin sengit apabila barisan 13 peserta mempamerkan semangat persembahan masing-masing menerusi konsert minggu ketiga yang berlangsung malam tadi.

Mengangkat tema ‘AF Redo’, para peserta ditugaskan menyampaikan semula lagu-lagu yang pernah dipersembahkan ketika menyertai Akademi Fantasia (AF) sebelum ini.

Menerusi tema tersebut, penonton turut dibawa mengimbau kembali lagu-lagu yang pernah mencipta kenangan sepanjang perjalanan program realiti popular berkenaan.

Membawakan lagu Biarlah Bulan Bicara yang dipopularkan oleh Broery Marantika, Zahid berjaya menduduki tangga pertama minggu ini apabila memperoleh markah sebanyak 62.20 peratus.

Tempat kedua pula menjadi milik Stacy dengan 61.77 peratus, manakala Akim Ahmad berada di kedudukan ketiga menerusi kutipan markah 59.97 peratus.

Mila turut memberikan saingan apabila memperoleh 59.55 peratus untuk berada di tangga keempat, diikuti Ara Johari di kedudukan kelima dengan 59.44 peratus.

Mawi pula menduduki tempat keenam dengan 58.54 peratus, manakala Vince, yang menyampaikan lagu Bunyi Gitar, di tangga ketujuh menerusi 56.90 peratus.

Ads

Faizal melengkapkan kelompok lapan peserta teratas dengan 55.40 peratus sementara Shahir pula dengan 50.30 peratus dan Felix 48.68 peratus.

Berikut ialah markah dan kedudukan minggu ketiga bagi kesemua bintang GV Fantasia;

Zahid Cipta Kejutan Di GV Fantasia! Raih Markah Tertinggi 62.20%, Diikuti Stacy & Akim… Faizul Paling Corot 46.06% Zahid Cipta Kejutan Di GV Fantasia! Raih Markah Tertinggi 62.20%, Diikuti Stacy & Akim… Faizul Paling Corot 46.06% Zahid Cipta Kejutan Di GV Fantasia! Raih Markah Tertinggi 62.20%, Diikuti Stacy & Akim… Faizul Paling Corot 46.06%

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/gvf-stacy-sekali-lagi-tertinggi-raih-67-66-diikuti-mawi-60-93-vince-faizal-shahir-bottom-3-tiada-penyingkiran-diumumkan/

Farah, Firman & Faizul Di Kedudukan Tiga Terbawah

Dalam pada itu, salah seorang peserta ‘hot seats’, Farah mencatatkan 48.67 peratus selepas membawakan lagu sendiri, Tangisan Dalam Kerinduan.

Dua bintang lain yang turut menduduki tempat tiga paling bawah minggu ini ialah Firman dengan 47.24 peratus dan Faizul dengan 46.06 peratus.

Ads

Bagaimanapun, tiada penyingkiran diumumkan.

Anda mungkin berminat dengan

Kesemua bintang diadili juri tetap yang terdiri daripada maestro muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Berlangsung selama 11 minggu, GV Fantasia bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry AlHadad, program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nandagopall Mohan Cipta Sejarah Di Golden Horse Awards Ke-63, Raih Pelakon...

Tahniah diucapkan kepada pelakon tempatan, Nandagopall Mohan, yang sukses mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul Anugerah Pelakon Baharu Terbaik menerusi filem Sayang Sayang di...