
Pelakon Aprena Manrose menyifatkan penjagaan kebersihan diri dan pemakaian wangian sebagai dua perkara paling utama dalam kehidupannya, baik sebagai seorang selebriti mahupun wanita.
Menurut Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, bau badan antara perkara yang boleh menyerlahkan personaliti tersendiri seseorang individu.
Malah, dia sendiri mempunyai tabiat menyembur minyak wangi meskipun sebelum tidur kerana mahu sentiasa berada dalam keadaan segar dan harum.
Bagi Aprena, haruman juga mampu meningkatkan daya tarikan seseorang individu.
“Bagi saya, kebersihan menjadi hal nombor satu dan kedua adalah bau diri kita. Saya sendiri memang sukakan wangian.
“Sejujurnya, walaupun hendak tidur pun saya pakai minyak wangi bukan sebab busuk, tetapi suka tidur dalam keadaan harum.
“Saya sendiri sukakan minyak wangi dan koleksi wangian memang banyak di rumah. Saya pernah berhabis beli minyak wangi terkecil berharga RM1,500 sebotol.
“Ia dipakai untuk hadiri acara penting, tetapi pakai sedikit-sedikit sahajalah.
“Cuma sekarang, kita ada pilihan wangian daripada produk tempatan yang lebih wangi, murah dan baunya tahan lama.
“Jadi sudah tentu saya sokong produk lokal,” katanya kepada ketika ditemui di pelancaran minyak wangi Aurena di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baca Artikel Lain;
Impian Miliki Wangian Sendiri Jadi Kenyataan
Dalam perkembangan lain, Aprena turut meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk memiliki rangkaian minyak wangi sendiri akhirnya menjadi kenyataan menerusi kolaborasi bersama jenama tempatan, Beauboss.
Anda mungkin berminat dengan
Mengulas mengenai keistimewaan koleksi wangian yang diberi nama Aurena, ia mengetengahkan aroma flora berasaskan bunga mawar yang digabungkan dengan sentuhan musky serta haruman lembut bedak bayi.
Gabungan aroma tersebut menghasilkan wangian yang segar dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
View this post on Instagram

sekarang!

