Ads

Ramli MS Ulas Persembahan ‘Intifada’ Mawi – “Ketika Rehearsal, Bahagian Selawat Tiada. Kalau Saya Tahu…”

Juri Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang juga maestro muzik, Datuk Ramli MS menepis dakwaan kononnya pihak juri tidak berani memberikan kritikan terhadap penyanyi, Mawi yang didakwa melakukan kesilapan ketika menyampaikan lagu Intifada pada konsert saingan minggu ketiga, malam tadi.

Menurut Ramli, markah Mawi sebenarnya dipotong susulan beberapa kekurangan yang dikenal pasti di dalam persembahannya sekali gus menduduki tangga keenam.

Ramli pada masa sama, turut menyuarakan pandangan kurang bersetuju terhadap tindakan Mawi yang menyelitkan elemen selawat dalam persembahan tersebut kerana berpendapat ia kurang sesuai digabungkan dengan susunan muzik yang terlalu ‘keras’.

Ramli MS Ulas Persembahan ‘Intifada’ Mawi - “Ketika Rehearsal, Bahagian Selawat Tiada. Kalau Saya Tahu…” Ramli MS Ulas Persembahan ‘Intifada’ Mawi - “Ketika Rehearsal, Bahagian Selawat Tiada. Kalau Saya Tahu…”

“Siapa kata saya tak berani? Siapa sahaja yang buat silap, saya akan komen. Netizen boleh bercakap apa sahaja. Kita lihat persembahannya malam tadi, Mawi berada di kedudukan keenam.

“Kami banyak potong markah di bahagian selawat. Ketika rehearsal, bahagian itu tiada. Kalau saya tahu, saya tidak akan bagi muzik yang terlalu bising.

“Intifada memang sebuah lagu tentang melawan keadilan. Kalau Mawi maklumkan lebih awal, kita akan asingkan muzik asal dan masuk elemen sufi atau yang lebih Islamik,” katanya kepada MH.

Ads

Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ketiga GVF yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Puji Peningkatan Prestasi Peserta

Dalam pada itu, Ramli turut meluahkan rasa gembira melihat peningkatan prestasi keseluruhan peserta yang disifatkan semakin memberangsangkan, seterusnya menjadikan persaingan GVF lebih sengit dan kompetitif.

Ramli MS Ulas Persembahan ‘Intifada’ Mawi - “Ketika Rehearsal, Bahagian Selawat Tiada. Kalau Saya Tahu…” Ramli MS Ulas Persembahan ‘Intifada’ Mawi - “Ketika Rehearsal, Bahagian Selawat Tiada. Kalau Saya Tahu…”

“Saya sangat gembira dengan prestasi para peserta malam tadi. Saya sudah boleh rasa semangat pertandingan itu lebih-lebih lagi dengan kehadiran peserta yang diserap masuk.

Ads

“Ia menunjukkan persaingan yang sihat. Peserta yang duduk di kelompok bahawan selama dua minggu ini telah menunjukkan peningkatan ketara.

“Saya gembira dengan proses peningkatan mereka. Kita baru selesai minggu ketiga, perubahan ketara pasti akan berlaku pada minggu-minggu berikutnya,” kongsinya lagi.

Mengulas kejayaan Zahid meraih markah tertinggi pada konsert minggu ketiga, Ramli menyifatkan penyanyi itu mempunyai pendekatan intelektual yang berbeza ketika membawakan lagu Biarlah Bulan Bicara.

Ads

Ramli MS Ulas Persembahan ‘Intifada’ Mawi - “Ketika Rehearsal, Bahagian Selawat Tiada. Kalau Saya Tahu…”

Anda mungkin berminat dengan

“Saya mengikut keputusan mejoriti juri. Walaupun Zahid hanya menyangi di tepi tiang, persembahannya sangat ‘stylo’.

“Dia menyanyi dalam keadaan intelektual yang berbeza,” akhirinya.

Sekadar informasi, GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 9 November, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Zahid Jalani Rawatan Mounjaro, Susut 2.5KG & Ukur Lilit Pinggang Turun...

Sebagai ikhtiar untuk membantu pengurusan berat badan, penyanyi Zahid mendedahkan dirinya baru sahaja memulakan rawatan Mounjaro sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, Zahid menjelaskan dia perlu...