Select Page
#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

1. Amira Othman Kurang Sihat, Kecundang Akhirnya

Menerusi perkongsian di akaun Instagram penyanyi, Amira Othman telah memuatnaik gambar dirinya yang sedang terbaring lemah di atas katil kerana kurang sihat.

Di ruang kapsyen perkongsiannya menyatakan bahawa keadaan kesihatan penyanyi tersebut begitu lemah dan dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sebuah program yang sepatutnya dihadiri olehnya.

MH doakan agar kesihatan Amira pulih seperti sediakala.

 

2. Zara Zya Nafi Bercinta Dengan Hafreez Adam Untuk Tutup Gosip

Pelakon, Zara Zya menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya bahawa dia bercinta dengan pelakon, Hafreez Adam hanya untuk menutup gosip.

Menerusi laporan Mstar Online, ada gosip yang mengatakan kononnya Zara hanya bercinta dengan Hafreez untuk menutup hubungan intimnya dengan pengurus sendiri yang merupakan seorang wanita.

“Segelintir kita ni kalau nampak orang tu berdua, tak kisah jantina apa tetap akan cakap mesti ada sesuatu antara mereka.

 

“Nak-nak zaman sekarang ini golongan pasangan sejenis lebih terbuka. Jadi, mereka yang melihat suka membuat spekulasi sendiri.

 

“Saya berani jawab, saya memang berkawan dengan pengurus saya sebab kami pun bekerja bersama dan takde istilah kami ada hubungan,” katanya kepada mStar Online.

 

3. Aeril Zafrel Hadiahkan Kereta Mewah Buat Wawa Zainal

Semalam menerusi akaun Instagram pelakon popular, Aeril Zafrel dia telah memuatnaik satu gambar isterinya, Wawa Zainal menerima hadiah sebuah kereta mewah.

Di ruang kapsyen pelakon tersebut, Aeril menulis hadiah tersebut diberikan kepada isterinya tanda terima kasih kerana menjaga dirinya dan tidak pernah mengeluh menjaga anak-anak mereka.

 

4. Irfan Haris Mahu Cuba Sesuatu Yang Baru

Penyanyi, Irfan Haris bakal muncul dengan single ketiganya selepas Aidilfitri.

Menerusi laporan Harian Metro, Irfan berkata dia bakal tampil dengan genre muzik yang berbeza dan memilih muzik rancak untuk single terbarunya.

“Untuk single ketiga, saya akan muncul dengan lagu yang lebih rancak. Saya ingin mencuba sesuatu yang baharu walaupun lagu sebelum ini lebih ke arah ‘jiwang’.

 

“Sejujurnya, saya memang risau dengan penerimaan peminat kerana kali ini membawakan genre berbeza. Seandainya percubaan ini tidak berjaya, saya akan kembali pada genre yang saya bawakan sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Untuk Korang Baca Pagi Ini!

1. Anita Sarawak Hidap Kanser?

Sudah lama penyanyi popular, Anita Sarawak menghilangkan diri dalam industri seni tanah air. Sejak kehilangannya, pelbagai spekulasi mengenainya timbul.

Ada yang berkata dia sudah berhenti menjadi penyanyi, ada juga yang mengatakan dia sudah berpisah dengan suaminya malah telah menjual rumah di Las Vegas.

Namun begitu, segala spekulasi yang timbul itu hanyalah khabar angin sahaja dan sehingga kini tiada siapa yang tampil menjelaskan kesemua spekulasi itu adalah benar.

Terbaru, menerusi laporan BH Online, Anita dikatakan menghidap penyakit kanser dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Kata sumber lagi, ada perkhabaran yang mengatakan terdapat artis lama yang rapat dengannya sudah pergi meziarahi dirinya namun begitu artis berkenaan tidak dibenarkan untuk membuka mulut tentang penyanyi itu.

Jika benar berita yang didengari oleh MH ini, MH doakan agar kesihatannya kembali pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

 

2. ‘Lebih Baik Bangang Dari Bongkak’ – Ini Respon Nourul Bila Dikecam Derma Duit Pada Tabung Harapan Malaysia

Baru-baru ini pihak kerajaan telah menubuhkan satu tabung untuk membantu meringankan hutang negara yang diberi nama Tabung Harapan Malaysia.

Penyanyi, Nourul Depp menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu gambar bukti dia telah menderma kepada tabung tersebut demi negara tercinta.

Namun begitu, ada individu yang mengecam niat murninya ini dengan menyifatkan penyanyi itu sebagai ‘bangang’ kerana memberikan derma kepada negara.

Tidak hanya mendiamkan diri, Nourul memberikan respon pedas kepada individu tersebut.

 

3. ‘RM40 million for free live World Cup? Tak perlu kot!’ – Michael Ang

Pengarah popular, Michael Ang menerusi akaun Instagramnya telah memberikan pendapatnya berkenaan isu RM 40 juta untuk siaran langsung World Cup yang bakal bermula nanti.

Michael memberikan pendapatnya bahawa dia tidak bersetuju dengan jumlah wang yang perlu dikeluarkan hanya untuk menonton World Cup secara langsung.

 

4. Lan Solo Luah Rasa Syukur, Pembedahan Anak Sudah Selesai

Semalam anak kepada penyanyi popular, Lan Solo iaitu Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dengan panggilan Baby Xandra telah menjalani pembedahan bahagian bibirnya.

Selepas beberapa jam pembedahan akhirnya ianya berakhir dan berita ini dikongsikan sendiri oleh Lan di Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur bahawa pembedahan anaknya sudah selesai.

Lan juga turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan anaknya.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

1. Syura Sudah Pulih Daripada Sakit Misteri

Penyanyi, Syura menerusi sumber Astro Gempak memberitahu bahawa dia kini sudah pulih daripada penyakit misteri yang dialami olehnya sejak tahun lalu.

Menurut Syura, dia terlah dibawa berubat secara tradisonal oleh penyanyi,Bob Yusof.

“Alhamdulillah, selepas Bob bawa saya berubat secara tradisional tak ada perkara-perkara aneh berlaku lagi.

 

“Saya pun sudah tidak bermimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini. Cuma berat badan saya susut,” katanya kepada Astro Gempak.

 

2. Tahniah Kim Ha Neul Kini Bergelar Ibu!

Pelakon popular Korea, Kim Ha Neul kini sudah bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pada Isnin lalu.

Memetik laporan Soompi, syarikat agensinya, Sidus HQ berkata pelakon ini telah melahirkan seorang bayi perempuan dan keadaan mereka berada dalam keadaan sihat.

 

3. Muat Naik Status Tentang Artis Plastik, Janna Nick Harap Individu Tersebut Terasa

Sebelum ini MH pernah berkongsi satu artikel berhubung status pelakon popular, Janna Nick yang dimuat naik menerusi Insta Storiesnya berhubung selebriti plastik.

Janna menerusi sumber Astro Gempak berkata, status berkenaan sememangnya ditujukan kepada selebriti yang bersikap plastik terhadapnya.

“Saya memang tujukan status itu kepada dia dan harap dia terasa. Namun begitu, saya enggan mendedahkan identiti individu tersebut kerana saya tak mahu dikaitkan dengan orang yang berperangai sebegitu.

 

“Azam tahun 2018 saya adalah untuk mengelakkan diri dari aura negatif dan saya mahu melakukan perkara terbabit. Dia cuba merapatkan diri dengan saya tapi saya tahu dia mempunyai ‘perangai’ tersebut,” katanya kepada Astro Gempak.

 

4. Ammar Dedah Pernah Terima Ugutan Bunuh Berhubung Isu Watson Nyambek!

MH pasti ramai yang masih ingat dengan kontroversi yang mengaitkan penyampai radio, Ammar Titan berhubung isu nama bapa Watson Nyambek tahun lalu.

Ammar berkata kepada sumber Mstar Online, kes itu membuatkan dia berada dalam keadaan yang sangat tertekan.

“Saya akui sangat tertekan ketika itu saya berjumpa dengan bos Media Prima beritahu hasrat untuk letak jawatan dan mahu berpindah keluar negara.

 

“Saya tidak tahan dengan keadaan ketika itu di mana saya keluar rumah pun dipandang serong oleh masyarakat,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ammar juga mendedahkan bahawa dirinya pernah diugut bunuh.

“Saya dapat banyak e-mel yang nak bunuh dan cederakan saya, memang takut nak keluar rumah tapi saya tidak membuat laporan polis kerana saya fikir perkara itu hanya rasa marah netizen terhadap saya ketika itu.

 

“Saya tidak baca apa-apa di Internet dan padam seketika Instagram dan sosial media lain. Perkara itu lebih mendatangkan tekanan.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

1. Kertas Siasatan Kes Uqasha Senrose Sudah Siap, Polis Masih Menunggu Keputusan Laporan Kimia

MH pasti ramai yang masih ingat dengan kes pelakon popular, Uqasha Senrose yang ditahan pihak polis awal bulan lalu kerana memiliki dadah jenis erimin 5 sebanyak 53 biji di dalam beg tangannya.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis masih menunggu laporan dari Jabatan Kimia berhubung dadah yang dimiliki oleh Uqasha.

“Kertas siasatan sudah pun dilengkapkan, cuma keputusan kimia sahaja belum selesai.

 

“Kita masih tunggu laporan akhir dari Jabatan Kimia sebelum keputusan tindakan sama ada boleh dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya kepada Sinar Harian.

 

2. Ismail Izzani Ambil Keputusan Tak Mahu Buat Pembedahan Tonsil Kerana…

Penyanyi baru yang semakin meningkat naik namanya dalam industri seni, Ismail Izzani menerusi sumber Harian Metro berkata dia mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan sakit tonsil yang dialaminya.

Menurut Ismail, dia mengambil keputusan tersebut kerana bimbang suaranya akan berubah dan perlu berehat daripada menyanyi selama enam bulan.

“Kalau buat pembedahan, saya kena rehat daripada menyanyi selama enam bulan selain suara berubah. Jadi, saya fikir belum waktu sesuai.

 

“Sakit tonsil ini sudah ada sejak kecil lagi tetapi paling teruk saya kena Oktober tahun lalu hingga masuk wad selama dua minggu. Ketika itu, tonsil saya bengkak, bernanah dan berdarah.

 

“Selepas sembuh, Jumaat lalu saya kena balik. Namun saya buat biasa saja dan teruskan berpuasa. Tapi, kelmarin saya memang sudah tidak tahan hinggakan nak telan air liur pun sakit.

 

“Jadi, saya batalkan puasa dengan minum air dan pergi klinik. Doktor memaklumkan, sakit kali ini bengkak saja dan tidak seteruk tahun lalu. Cuma, saya dinasihati agar menjalani pembedahan bagi mengelakkan ia berulang,” katanya kepada Harian Metro.

 

3. Wan Azizah Mohon Jangan Dengar Khabar Angin, Nafi Nurul Izzah Bakal Bernikah Dengan Agong 

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila ada khabar angin yang mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dikatakan bakal berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Rentetan daripada hal itu, Izzah telah menfikan khabar angin tersebut.

Ibu kepada Izzah iaitu Timbalan Perdama Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi laporan Astro Awani juga turut menafikan hal itu.

“Astaghfirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” katanya.

 

4. Ana Raffali Bakal Timang Cahaya Mata Kedua Pertengahan Aidilfitri Nanti

Penyanyi, Ana Raffali bakal melahirkan anak kedua pada pertengahan hari raya Aidilfitri nanti.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ana berharap dia dikurniakan cahaya mata perempuan.

“Alhamduliah saya bersyukur kesihatan sepanjang tempoh kehamilan, saya dan kandungan sihat walafiat.

 

“Ikutkan, saya akan bersalin pada 29 Jun depan dan berdoa agar bayi ini bersalin mengikut waktunya, tidak awal atau lewat.

 

“Soal jantina, harapan saya semoga dikurniakan zuriat perempuan pula tetapi tak tahulah kalau ada kejutan dapat anak lelaki lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu

1. ‘Jualan Makin Banyak, Stock Banyak Dah Habis’ – Walaupun Baju Melayu Erry Putra Dikecam Tapi Tetap Laku Keras!

Heboh di media sosial tentang koleksi baju Melayu keluaran pelakon, Erry Putra dikecam dan dikatakan menyerupai baju menyusu bayi.

Susulan daripada hal itu, Erry menerusi Instagramnya telah memuat naik screenshot seorang individu yang mengatakan baju tersebut kelihatan seperti baju menyusu.

Di riang kapsyen pula, Erry berkata dia hanya mahu mencari kelainan dalam rekaan baju Melayu tahun ini namun begitu dia terima segala kecaman dan menganggap ianya adalah ujian dari yang Maha Esa.

 

2. Isu Video Aksi Mesra Bersama Isteri, Fattah Amin Mohon Maaf

Minggu lalu kecoh di internet apabila sebuah video yang merakamkan dua pelakon hebat, Fattah Amin dan isterinya, Fazura berkelakuan agak mesra di tempat awam.

Netizen mula melemparkan kecaman terhadap mereka berdua kerana dianggap tidak menghormati bulan Ramadan dengan kelakuan mesra mereka.

Rentetan daripada itu, menerusi laporan Mstar Online, Fattah tampil memohon maaf jika ada yang tersinggung selepas menonton video tersebut.

“Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial.

 

“Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadan ia sebenarnya di luar kawalan saya.

 

“Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi,” katanya kepada mStar Online.

 

3. Arja Lee Terkilan Nama Masih Disenarai Hitam Stesen TV

Pelakon, Arja Lee menerusi laporan Harian Metro mengakui kecewa dan terkilan kerana namanya masih lagi disenarai hitamkan oleh sebuah stesen TV.

Arja menjelaskan, sejak empat tahun lalu namanya disenarai hitamkan dan sepanjang tempoh itu, pelakon ini tidak menerima sebarang tawaran daripada stesen TV berikut.

“Bukannya tiada tawaran berlakon drama tetapi setiap kali nama saya dicadangkan produksi, pihak pengurusan stesen TV itu akan menggugurkan nama saya dari senarai pelakon.

 

“Memang ada sejarah hitam yang berlaku membabitkan saya dengan pihak stesen TV itu dulu tetapi saya sudahpun merayu dan memohon maaf kepada pihak mereka sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

 

4. ‘Saya Tak Mahu Susahkan Diri Cari Pengganti’ – Erma Fatima

Pelakon dan pengarah popular, Erma Fatima menerusi laporan Astro Awani berkata, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas bercerai dengan suaminya tahun lalu.

“Susah untuk mula balik dan nak faham orang baharu. Cukuplah ada anak-anak sebagai peneman kerana merekalah syurga hidup saya sekarang.

 

“Saya tidak mahu menyusahkan diri cari pengganti kerana bukan senang mencari orang yang memahami.

 

“Setakat ini, tiada mana-mana lelaki pun yang berani mendekati,” katanya kepada Astro Awani.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: