#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Pagi Ini!

1. Andi Bernadee Keluarkan Single Khas Sempena Ramadan

Pasti ramai yang kenal dengan penyanyi, Andi Bernadee yang pernah viral dengan lagu Tak Tun Tuang.

Kali ini, Andi tampil dengan single baru khas bersempena bulan Ramadan dan lagu tersebut mengisahkan tentang waktu sahur.

Menurut sumber Astro Gempak, Andi berkata lagu yang bertajuk ‘Semalam Sahur Di Mana’ ini dihasilkan bagi berkongsi dengan orang ramai kepentingan bersahur.

“Ini pendekatan baru dengan muzik yang segar dan terkini. Setakat ini belum pernah lagi kita dengar lagu bersahur.

 

“Selalunya meriah dengan berbuka puasa, jadi saya mahu ketengahkan kepentingan bersahur itu menerusi lagu ini,” katanya kepada Astro Gempak.

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on

 

2. ‘Yang Mana Nak Bagi Hadiah Tok Sah Lah Hampa Buat Susah-susah Ja, Kirim Doa Pun Takpa Dah’ – Fendy Bakry

IKLAN

Pelakon, Fendy Bakry yang popular menerusi drama Mr. Grey baru-baru ini memeranjatkan ramai peminatnya apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah buah pinggang dan jantung.

Ekoran daripada berita tersebut, ada yang mengatakan dia kini sedang nazak. Namun begitu, pengurusnya, Fadzil Zahari menafikan dakwaan itu.

Terbaru menerusi Insta Stories milik Fendy, dia telah memberitahu bahawa dirinya baik-baik sahaja. 

 

3. ‘Hidup Seorang Atau Berdua Dah Tak Ada Rasa’ – Deja Moss

Heboh di media sosial minggu ini apabila penyanyi, Deja Moss mengenai isu kes penceraiannya ditangguhkan pada 11 julai depan.

IKLAN

Dalam pada itu, menerusi laporan Mstar Online, Deja berkata dia sudah biasa berpuasa sendiri tanpa suami di sisi di bulan Ramadan.

Katanya, pada bulan Ramadan tahun lalu suaminya terpaksa meninggalkan dirinya atas urusan kerja selama tiga minggu.

“Saya dah biasa berpuasa sorang diri. Tahun lalu suami tak ada selama tiga minggu sebab dia ada kerja di Johor pada bulan Ramadan.

 

“Dia tak bawa saya ikut sekali. Saya dah selalu tinggal seorang dan menjadi kebiasaan sebab memang selalu ditinggalkan.

 

“Hidup seorang atau berdua itu dah tak rasa. Bagi saya ianya tetap sama sahaja,” kata Deja kepada mStar Online.

 

4. Hazama Akan Tetap Setia Dengan Isteri Walaupun Tiada Anak

Penyanyi popular, Hazama menerusi laporan Harian Metro berkata, dia akan tetap setia dengan isteri tercinta walaupun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Hazama berkata, alasan tidak dikurniakan anak bukan penyebab untuknya berkahwin lain.

“Diakui, isteri sangat risau kalau saya cari orang lain. Saya bagi jaminan yang mana tetap akan bersamanya. Saya juga tidak pernah terfikir ke arah itu. Layanan isteri kepada saya cukup dan tidak ada sebab untuk cari orang lain.

 

“Isteri juga memberikan sepenuh kasih sayang dan berjaya ubah saya jadi lebih baik. Dalam masa sama, isteri menjaga saya dengan cukup baik. Apa saya nak dia cuba dapatkan. Pendek kata, dia melengkapi saya. Kalau perempuan lain belum tentu boleh buat,” katanya kepada Harian Metro.