Select Page
[VIDEO] ‘Old Money Collector Tolong Jangan Semak Kat IG Aku!’ – Sharifah Sakinah

[VIDEO] ‘Old Money Collector Tolong Jangan Semak Kat IG Aku!’ – Sharifah Sakinah

Mungkin ramai di antara pengguna Instagram yang perasan di ruang komen media sosial sekarang ini sering terlihat komen daripada individu yang mengenalkan diri mereka sebagai ‘Old Money Collector’.

Lalu, Sharifah Sakinah telah memuat naik sebuah video di Instagramnya meluahkan rasa bengang terhadap pengumpul wang lama itu agar tidak lagi muncul di akaun Instagaramnya.

Tak dapat dinafikan, Sakinah merupakan seorang yang sangat bersahaja dan lucu. Video yang dimuat naik oleh Sakinah ini juga turut membuat hati netizen terhibur dengan gelagatnya.

Hello hello old money collector!

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Rata-rata netizen telah memenuhi ruang komen turut terhibur selepas melihat video dibuat pelakon ini.

rahmanxmhmd: Hahahahaha berdekah lah siak

norajoey: Hahahahahahahaa..kalau ada gak lagi muncul tak tau nk cakap ape

ernanimalik: Hahaha..lawak betul!

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang menjelaskan bahawa Old Money Collector itu merupakan ‘scammer’.

beg_kasutmurah_: Haha hahahaha old money collector scammer tu

ashnajar: Old money collector ni semua scammer. Bila kau ckp kau ada duit lama dyorg akan cakap dyorg nak beli n suruh korang pos dan pembayaran akan dibuat melalui bank, dari no akaun bank tu lah dyorg korek duit korang

MH harap agar netizen pun turut sama berhati-hati dengan scammer ini supaya tidak tertipu dengan umpan mereka yang mahu mengumpul wang lama.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

[VIDEO] “Kalau I Dah Jadi Harimau Jadian,” – Wawa Zainal Kongsi Video Anak Lasak, Tapi Aeril…

[VIDEO] “Kalau I Dah Jadi Harimau Jadian,” – Wawa Zainal Kongsi Video Anak Lasak, Tapi Aeril…

Tak dapat dinafikan, netizen suka melihat pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kerana sikap mereka yang romantik dan bersahaja.

Pada masa sama, kasih sayang antara mereka serta anak-anak juga begitu erat.

Sifat Aeril yang suka mengusik isteri dan anak-anaknya juga turut membuat netizen terhibur.

Misalnya, MH tertarik dengan sebuah video yang dikongsikan oleh Wawa menerusi akaun Instagramnya, video tersebut merakamkan aksi lasak anak perempuan, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa terhadap bapanya.

Apa yang membuatkan MH tertarik adalah, Aeril dilihat tidak langsung memarahi anaknya malah membiarkan sahaja anaknya berkelakuan lasak dengan memanjat badannya.

Di ruangan kapsyen Wawa pula, dia menyatakan bahawa Aeril tidak akan pernah memarahi anak-anaknya setiap kali mereka berkelakuan lasak walaupun ketika dia sedang tidur.

“Cara ayah & mak lain didik anak2 .. kalau aeril anak dia pijak ke tendang ke langsung tak marah even time tido pun .. kalau i da jadi harimau jadian da🤣🤣 tapiii kenapa anak2 suka mak lebih dari ayah🤭,” tulis Wawa.

Sifat Aeril itu benar-benar mencuri perhatian netizen dan mereka memuji pelakon itu selain merupakan Aeril seorang bapa penyayang.

afiqshakir267: Sbb ayh penyayang

lunaxserenity: Awwww ayah mithaliiiii

zettysafrinashope: Sabarnyaa ayah.. 😊. Mamang anak2 ni mcm ni laa mak jerit2 pon dekat juga dia😅
yattzain: Hehe yg ni i setuju wawa. Btoi la mak lebih grg dr ayhnya.. si ayah rileks jer..

Bertuah sungguh Wawa dapat suami yang sangat penyayang dan penyabar. MH doakan agar rumah tangga pasangan pelakon ini berkekalan dan sentiasa diiringi dengan kebahagiaan.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Farouk Hussain Mohon Pembangkang Jangan Kelirukan Rakyat Isu Tabung Harapan Malaysia

Farouk Hussain Mohon Pembangkang Jangan Kelirukan Rakyat Isu Tabung Harapan Malaysia

Minggu lalu pihak kerajaan telah menubuhkan satu tabung untuk memohon sumbangan ikhlas daripada rakyat bagi membantu meringankan beban membayar hutang negara iaitu ‘Tabung Harapan Malaysia’.

Sambutan terhadap tabung tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada yang menyokong malah ada juga yang mengecam.

Baru-baru ini, pihak pembangkang ada mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan kerajaan menubuhkan tabung tersebut adalah alasan untuk melengahkan janji manifesto yang telah dijanjikan sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pelakon, Farouk Hussain menerusi Instagramnya telah meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan daripada pihak pembangkang tersebut.

Farouk berkata, dia memohon pihak pembangkang tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat kerana penubuhan tabung ini tiada kena mengena dengan manifesto yang dijanjikan oleh kerajaan baru.

Rata-rata pengikut Farouk di Instagram juga turut bersetuju dengan luahan hati pelakon ini.

nurizan.ahmad: Manifesto boleh buat slow² janji selamatkan negara dulu. Sekarang nak beli air mineral kat thailand pakai duit kita pun diaorang tak mau dah. Rugi !!

itsjieylaaah: Totally agree @faroukhussain1967

lina_hazani: yep… i personally donate bcoz i believe in the new govt. Manifesto? aish kerajaan BN dulu lagi banyak manifesto yg x jadi…

jue_zahir: kalau rakyat xsuka dgn kerajaan skrg..xkn cecah 18juta tu..tbg tu pn ditubuhkan sbb rkyat yg mulakn dlu tuk bntu negara..xde pksaan..xde ptg gaji sna sni..nk derma ke x trplg😊

Sumber: Instagram Farouk Hussain

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

1. Amira Othman Kurang Sihat, Kecundang Akhirnya

Menerusi perkongsian di akaun Instagram penyanyi, Amira Othman telah memuatnaik gambar dirinya yang sedang terbaring lemah di atas katil kerana kurang sihat.

Di ruang kapsyen perkongsiannya menyatakan bahawa keadaan kesihatan penyanyi tersebut begitu lemah dan dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sebuah program yang sepatutnya dihadiri olehnya.

MH doakan agar kesihatan Amira pulih seperti sediakala.

 

2. Zara Zya Nafi Bercinta Dengan Hafreez Adam Untuk Tutup Gosip

Pelakon, Zara Zya menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya bahawa dia bercinta dengan pelakon, Hafreez Adam hanya untuk menutup gosip.

Menerusi laporan Mstar Online, ada gosip yang mengatakan kononnya Zara hanya bercinta dengan Hafreez untuk menutup hubungan intimnya dengan pengurus sendiri yang merupakan seorang wanita.

“Segelintir kita ni kalau nampak orang tu berdua, tak kisah jantina apa tetap akan cakap mesti ada sesuatu antara mereka.

 

“Nak-nak zaman sekarang ini golongan pasangan sejenis lebih terbuka. Jadi, mereka yang melihat suka membuat spekulasi sendiri.

 

“Saya berani jawab, saya memang berkawan dengan pengurus saya sebab kami pun bekerja bersama dan takde istilah kami ada hubungan,” katanya kepada mStar Online.

 

3. Aeril Zafrel Hadiahkan Kereta Mewah Buat Wawa Zainal

Semalam menerusi akaun Instagram pelakon popular, Aeril Zafrel dia telah memuatnaik satu gambar isterinya, Wawa Zainal menerima hadiah sebuah kereta mewah.

Di ruang kapsyen pelakon tersebut, Aeril menulis hadiah tersebut diberikan kepada isterinya tanda terima kasih kerana menjaga dirinya dan tidak pernah mengeluh menjaga anak-anak mereka.

 

4. Irfan Haris Mahu Cuba Sesuatu Yang Baru

Penyanyi, Irfan Haris bakal muncul dengan single ketiganya selepas Aidilfitri.

Menerusi laporan Harian Metro, Irfan berkata dia bakal tampil dengan genre muzik yang berbeza dan memilih muzik rancak untuk single terbarunya.

“Untuk single ketiga, saya akan muncul dengan lagu yang lebih rancak. Saya ingin mencuba sesuatu yang baharu walaupun lagu sebelum ini lebih ke arah ‘jiwang’.

 

“Sejujurnya, saya memang risau dengan penerimaan peminat kerana kali ini membawakan genre berbeza. Seandainya percubaan ini tidak berjaya, saya akan kembali pada genre yang saya bawakan sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Wow! Sejuk Hati Tengok Ardell Aryana Pakai Niqab!

Wow! Sejuk Hati Tengok Ardell Aryana Pakai Niqab!

Tak dapat dinafikan pelakon, Ardell Aryana sememangnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Lebih-lebih lagi selepas bertudung, kecantikannya semakin terserlah dan ramai yang mula memuji dirinya.

Namun begitu, baru-baru ini nampaknya netizen semakin terpegun melihat keayuan Ardell apabila dia mengenakan niqab.

Ardell menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik gambar serta video dirinya berniqab.

Tak dapat dinafikan, Ardell kelihatan sungguh ayu walaupun dirinya diselubungi dengan kain yang menutup auratnya.

Cantik bukan? Di ruang komen pula penuh dengan pujian daripada netizen buat Ardell.

humira9357: Subahanallah cantiknya lahhh

i.m_siti: Subhanallah adik @ardellaryana….cantik sungguh penampilannya…masyaallah…

eykinroslan_: masyaallah cantik akak @ardellaryana 😍💓semoge akak terus beristiqamah..

info_ily: cantiknya sejuk hati tengok

MH doakan Ardell sentiasa istiqomah dan menjadi sumber inspirasi buat wanita di luar sana.

Sumber: Instagram Ardell Aryana

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: