Meskipun sudah mengundurkan diri daripada kumpulan wanita Dolla, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim memaklumkan Syasya Rizal masih mempunyai kontrak bersama syarikat tersebut.

Menurut Kim Lim, pihaknya akan berbincang dengan Syasya mengenai hala tujunya bersama syarikat dalam masa terdekat.

“Kami Belum Bincang Hala Tuju Seterusnya,” – Syasya Masih Lagi Artis Universal Music, Ini Ulas Pengarah Urusan

“Di sini saya ingin memaklumkan yang Syasya masih mempunyai kontrak bersama Universal Music. Kontrak anggota Dolla ini terbentuk secara individu.

“Kemudian barulah kami menubuhkan Dolla. Namun, kami masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai hala tuju Syasya bersama kami selepas ini.

“Syasya boleh berbincang apa sahaja dengan kami. Namun, seperti semua sedia maklum, dia kini memutuskan untuk berehat seketika. Pihak kami pun bersetuju dan hormat keputusan tersebut,” katanya kepada MH.

Kim Lim berkata sedemikian ketika sidang media selepas berakhirnya majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia yang berlangsung di Hotel Le Meridian, Petaling Jaya pada Rabu.

IKLAN

Pada masa sama, Kim Lim turut memaklumkan mereka belum mempunyai perancangan untuk mencari ahli baharu bagi menggantikan posisi Syasya.

“Kami Belum Bincang Hala Tuju Seterusnya,” – Syasya Masih Lagi Artis Universal Music, Ini Ulas Pengarah Urusan

“Perancangan kami dibuat secara tahunan. Apa yang boleh saya katakan, untuk tahun ini, kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menambah ahli baharu.

“Sejujurkan bukan mudah untuk bergerak daripada empat kepada tiga orang ahli kumpulan.

IKLAN

“Namun, anggota Dolla yang lain juga kini sudah bersetuju untuk bekerja keras dan komited dengan segala perancangan yang sudah diatur,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada pihak Universal Music Malaysia ada memujuk Syasya untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu, Kim Lim menegaskan pihak syarikat sentiasa menghormati keputusan para pekerja dan artis.

“Kami Belum Bincang Hala Tuju Seterusnya,” – Syasya Masih Lagi Artis Universal Music, Ini Ulas Pengarah Urusan

“Tiada proses pujuk memujuk. Setiap berbincangan di syarikat akan bermula daripada saya. Saya seorang yang sangat mudah bekerja.

IKLAN

“Bila ada pekerja bagitahu yang mereka mahu meletakkan jawatan, saya akan hormatinya kerana saya tahu mereka sudah pun berfikir panjang. Mereka tahu apa yang mereka buat.

“Saya tahu Syasya juga pasti berat hati untuk membuat keputusan ini. Namun, semua pihak berhak memilih kebahagiaan mereka sendiri,” akhirinya.

Terdahulu, keputusan Syasya untuk mengundurkan diri daripara Dolla ketika sedang di puncak kerjaya nyata mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun, segala persoalan dan spekulasi terjawab selepas Syasya mengumumkan perkhabaran yang dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada 20 April lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI