Aktres sensasi, Ruhainies memaafkan individu yang bergosip tentang isu kontroversinya yang mengaitkan dirinya, baru-baru ini.
Kenyataan tersebut sebagai menjawab persoalan warganet yang diberikan menerusi Ask Me Questions di Instagram.
“Out of topic, I just want to ask will u forgive people who gossip about u about your cases. LU,” tulis soalan tersebut.
“I will. InsyAllah. sebab they dont know me. Mereka tak nampak apa yang sebenarnya berlaku. Mereka tak ada di tempat kejadian. Mereka tak tahu the whole story. Cuma dengar beberapa cerita yang disebarkan melalui online sahaja.
Ads
“Mereka ada hak untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Mereka juga ada hak untuk menilai apa yang mereka nampak on the surface. Its okay. Its okay. Mereka tidak tahu,” jawab Ruhainies.
Ads
Sebelum ini, Ruhainies akui khilaf dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah susulan kontroversi yang membabitkannya dengan suami aktres itu.
Imbas kembali, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara, 9 Mac lalu.
Ads
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak Genius Aulad (GA), sentiasa memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni termasuk persembahan sebagai antara langkah mempersiapkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam hidup.
Lebih menarik, murid-murid di GA juga sentiasa menjadi pilihan dan menerima undangan stesen televisyen utama bagi program bersesuaian terutamanya persembahan membabitkan kanak-kanak.
Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata, GA memupuk bakat dalam pelbagai bidang seni seperti seni lukis, seni suara dan seni tari menerusi program Creativity, Physical Activity dan Science Craft.
“Pendekatan pembelajaran bertema (thematic learning) membantu mengasah kemahiran dan minda pelajar terutamanya dalam mempersiapkan diri bagi mempersembahkan tugasan-tugasan yang disediakan (melukis, menari, membaca, menyanyi, menghafal dan sebagainya), sama ada di dalam kelas mahupun semasa acara-acara tahunan Genius Aulad,” katanya.
Zaliza berkata demikian pada sidang media selepasMajlis Anugerah Francais Genius Aulad 2024.
Tambahnya, acara tahunan sekolah itu yang disusun iaitu Read It Right Challenge (RIRC), Cabaran Bijak Membaca (CBM) dan Little Ihtifal membabitkan persembahan pentasdan memerlukan kanak-kanak untuk berlakon, bernyanyi, membaca dan menari di hadapan penonton.
“Semasa waktu perhimpunan, kami mempunyai sesi Islamic Contents (10 minit) di mana kelas yang berbeza setiap minggu secara bergilir membuat persembahan yang terdiri daripada Teater Pembaca, Lagu, Cerita dari Al-Quran, dan Permainan Peranan.
“Perkembangan bakat kanak-kanak di genius Aulad yang telah dikenal pasti akan dirangkumkan di dalam laporan prestasi mereka dan dikongsikan dengan ibubapa secara berkala menerusi Report Card Pick-Up Day (RCPD) mengenai kemajuan anak-anak mereka,” kataya.
Terdahulu, mengulas mengenai Anugerah Francais Genius Aulad 2024, Zaliza berkata, anugerah berkenaan menandakan peristiwa penting untuk GA, mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rangkaian francais yang luar biasa khususnya dalam menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan jenama itu.
“Anugerah Francais Genius Aulad 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras rakan kongsi francais kami. Kami berbangga dengan sumbangan mereka dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama.
“Dengan semangat dan komitmen rakan kongsi francais dan seluruh keluarga Genius Aulad, ia akan dapat mengukuhkan misi organisasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan mewujudkan impak positif kepada kanak-kanak,” katanya lagi.
Dengan rangkaian 82 cawangan di dalam dan di luar negara, memenuhi keperluan lebih 80,000 pelajar, Genius Aulad turut menerima Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global untuk Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah, Anugerah Perusahaan Asia Pasifik (APEA) dalam Kategori Kecemerlangan Korporat untuk Pendidikan & Latihan, dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia Jenama Laureate dalam kategori Kepimpinan Perniagaan & Komuniti.
Zaliza menambah, GA juga berusaha mempersiapkan murid-murid mampu mempunyai kemahiran dalam hidup secara seimbang dengan mendedahkan kemahiran teknologi kepada kanak-kanak prasekolah bagi membantu mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan dunia teknologi hari ini.
“Kemahiran asas seperti penyelesaian masalah dan kemahiran sosial juga penting untuk pertumbuhan kanak-kanak secara menyeluruh.
“Kerjasama antara guru, ibubapa dan penjaga adalah penting untuk menciptadan membangunkan kurikulum yang merangkumi kemahiran teknologi dan hidup yang seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak mengikut peringkat.
Dalam usaha untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diakses dengan mudah, Genius Aulad turut menawarkan peluang pemilikan francais mampu milik denganyuran francais hanya pada RM50,000.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa, berdisiplin dan juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengan orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Bagaimana pun restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup kerana kekangan masa dan penularan Covid-19.
Terbiasa dengan dunia masakan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika ditemu bual Nona memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Selain boleh masak lauk-pauk tradisional seperti Masak Lemak, Zara juga mempelajari bidang pastri dan membuat aneka jenis kek hasil mengikuti kelas pastri secara personal bersama Chef Liza Zainol.
Tidak berhenti di situ, Zara berkongsi video pelbagai menu dan resipi masakan air tangannya bersama peminat di Zara Zya Cooks Hq. Antara hidangan yang dikongsikan ialah Ayam Masak Halia, Sweet Sour Potato Sausage, Tom Yam Ikan Kelapa dan Bebola Ayam Enoki.
Bercerita mengenai rejim kecantikan, dia berkata ibu tersayang gemar berkongsi petua kecantikan. “Mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.”
Tak hairanlah Zara sentiasa nampak berseri-seri. Bahkan orangnya memang ceria dan ‘murah’ dengan senyuman!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Malang tidak berbau apabila kediaman dua tingkat milik anak kepada vokalis Amir UK’S, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir yang terletak di Taman Mewah, Kajang terbakar pada malam Sabtu, minggu lalu.
Menurut isteri kepada Aliff iaitu Nur Farhana Nor Afandi, bahagian tingkat atas kediaman mereka hangus sekaligus menyebabkan tiada satu barang pun yang sempat diselamatkan.
“Biarpun api tidak sempat merebak ke tingkat bawah namun kesan tersebut menyebabkan banyak peralatan rumah tidak dapat digunakan lagi.
“Kami mula sedar apabila dua orang anak saya melihat bilik tingkat atas yang dijadikan stor terbakar. Bayangkan api merebak dengan pantas ke bilik-bilik lain.
“Saya, suami dan bayi yang ketika itu di tingkat bawah sedang menonton televisyen terus bergegas membawa anak-anak keluar. Tiada apa pun barang yang dapat kami selamatkan melainkan telefon bimbit.
“Sebaik sahaja kami keluar rumah, api merebak ke bilik sebelah dan meletup disebabkan gas penghawa dingin di bilik itu. Situasi ini menyebabkan semua semua bilik bahagian atas hangus,” katanya.
Insiden kebakaran berlaku sekitar jam 9.00 malam dan kerugian dianggarkan sebanyak RM200,000.
Buat sementara waktu, mereka sekeluarga menumpang di rumah bapa saudara selain berikhtiar untuk membaik pulih bahagian yang hangus dijilat api.
Dala pada itu, Farhana dan suami juga sedang mencari rumah sewa berhampiran kediaman mereka yang terbakar bagi memudahkan urusan membersihkan serta proses baik pulih rumah kelak.
Bagi ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7016032125 (Nur Farhana Nor Afandi).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan, kini bergelar ibu mentua apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Auni...