Aktres dan penyanyi terkenal, Erra Fazira tidak pernah menolak jodoh, sebaliknya reda sekiranya ditakdirkan kembali bertemu pasangan hidup meski ketika meniti usia 60 tahun sekalipun.
Menurut Erra, dia juga tidak merancang mengenai hal tersebut kerana ia adalah takdir Allah SWT seterusnya menerima apa pun ketentuan dari-Nya.
“Saya tiada istilah nak menyekat ketika usia berapa atau nak merancang kerana itu semua takdir Allah.
“Saya reda dan berserah… Kalau Dia izinkan (kembali bertemu jodoh) pada usia 60 tahun, saya terima. Dia yang menentukan, bukannya kita,” katanya kepada MH.
Bintang filem Hingga Hujung Nyawa ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya anjurannya bersama jurusolek, Deq Sha di Restoran Puteri, Sungai Penchala, baru-baru ini.
Ads
Sudah 10 tahun bergelar ibu tunggal pada masa sama menambah, soal mencari pasangan hidup kini bukan lagi menjadi keutamaan.
Malah dia harmoni bahagia dengan kehidupan sekarang selain tidak langsung merasakan ada kekurangan.
“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang, malah tak pernah rasa ada kekurangan di mana-mana. Bagi saya, bahagia dan tenang itu tak semestinya kita perlu ada pasangan.
Ads
“Kadang-kadang hidup pun oleh rasa tenang, jadi hanya hargai dan nikmati sahaja hidup ini. Kalau ada, Alhamdulillah.
“Tapi, kalau tak ada pun saya gembira sebab tak perlu gaduh-gaduh. Kalau dulu iyalah… fikir kalau lambat kahwin, umur berapa nak ada anak dan sebagainya.
“Tapi, sekarang saya serahkan pada takdir ‘go with the flow’, saya nak hidup tenang-tenang sahaja,” katanya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Erra berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mengenali mana-mana lelaki dan mendoakan yang terbaik.
Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktober 2007, namun bercerai pada Februari 2014.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Alessya Engku Emran.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon popular era 90an, Esta Terblanche, 51, telah ditemui meninggal dunia di dalam bilik air rumahnya pada Khamis lalu.
Mayat figura yang terkenal dengan drama bersiri All My Children itu dijumpai oleh pembantunya. Berita kematiannya pula dikongsikan oleh anak angkatnya, Barbie Ashley.
Sebelum itu, pelakon yang berasal dari Afrika Selatan tersebut tidak dapat dihubungi sejurus pulang dari percutiannya dan dipercayai dia telah meninggal dunia sehari sebelum dijumpai.
Ketika kematiannya, beberapa haiwan peliharaan turut ada di rumahnya yang terdiri daripada tiga ekor kucing, dua ekor anjing dan seekor tupai tanah.
Kesemua haiwan peliharaannya telah pun diselamatkan oleh Pusat Kawalan Haiwan L.A County.
Kerjaya bekas ratu cantik ini bermula selepas dia memenangi Miss Teen South Africa pada tahun 1991 sebelum menceburi dunia lakonan dan kemudiannya mencipta nama di Amerika Syarikat.
Dia menyepi dari dunia lakonan bermula 2013 dan menumpukan kepada perniagaan spa yang terletak di Los Angeles.
Sedikit info mengenai kehidupan peribadinya, Esta berkahwin dengan Andre Kock pada 1997 namun hanya bertahan selama 11 tahun sebelum bercerai pada 2008.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Acap kali ibu bapa risau akan anak-anak apabila tiada di depan mata.
Kata Imam Muda Asyraf, atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan, sebagai manusia kita perlu berusaha sehabis baik dan seterusnya bertawakal kepada Allah.
Penceramah bebas ini turut berkongsi doa perlindungan anak-anak seperti yang dibaca Nabi Ibrahim AS pada anaknya, Nabi Ismail dan Nabi Ishak.
“Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh.
“Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur
“Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
إنأباكمكانيعودبهااسماعيلواسحاق: “Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعودبكلماتاللهالتامةمنكلشيطانوهامهومنكلعينلامةA’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain),” tulisnya.
Pelakon Alif Muhaimin baru-baru ini ada memberikan dedikasi terhadap teman istimewanya, Nur Sara Jasmin bersempena dengan ulang tahun kelahiran gadis berkenaan yang ke-25.
Dedikasi yang dihasilkan menerusi sepotong video pendek itu antara lain memaparkan beberapa keping foto romantis bersama bersama.
Malah, menerusi salah satu foto yang dikongsikan dalam video terbabit, gadis berkenaan turut dilihat menerima jambangan bunga daripada Hero Remaja 2015 itu.
“Happy 25th birthday, Nur Sara Jasmin #tomanymoreyearstogether #angau @signorinasara_
P/s follow my girlfriend please! #mygirlfriendisverybeautiful,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian video yang sudah pun ditonton lebih 30,000 kali itu, rata-rata rakan serta peminat memberikan reaksi dan ada di antara komen mendapat jawab balas dari pelakon itu sendiri.
Terdahulu menerusi Media Hiburan, pelakon drama bersiri Angkara Cinta ini mengesahkan kini sedang mengenali seseorang dan serius di dalam perhubungan yang terjalin.
Foto: Instagram Alif Muhaimin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.