Selepas lama tidak muncul di kaca tv, pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa memaklumkan dirinya kini sebenarnya sudah pun meninggal dunia seni.
Menurut Fatin, perkara tersebut merupakan pemintaan suaminya yang juga merupakan usahawan, Aliff Awang selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2022.
“Selepas berkahwin, saya hormati permintaan suami. Dia tanya saya, boleh ke saya berhenti menyanyi dan berlakon? Saya bersetuju kerana saya sayangkan dia.
“Cuma saya minta kelonggaran sedikit untuk berkerja dan menerima kempen di media sosial. Lagipun saya sudah biasa bekerja.
“Bila terlibat dengan kempen di media sosial, boleh juga saya berjumpa dengan rakan-rakan artis dan pihak media sekali sekala,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Tentang Bulan itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE, baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, antara faktor suaminya meminta dia berhenti berlakon adalah untuk menjaga aurat dan batas pergaulan.
“Apa yang boleh saya katakan ketika ini, saya tidak akan menyanyi dan berlakon lagi. Saya kini sedang berusaha menjadi muslim yang lebih baik.
“Kata suami, bila menyanyi, suara itu aurat. Bila berlakon pula, pergaulan berlaku secara bebas. Bila difikir-fikirkan semula, ada betulnya juga.
“Ketika saya aktif berlakon dahulu, kita bebas bergaul tak kira sama ada mereka isteri atau suami orang.
Ads
“Saya tak mahu lagi berada di posisi itu lagi. Fokus saya ketika ini adalah keluarga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fatin turut memaklumkan dia dan suami kini sedang berusaha menjadi muslim yang lebih baik agar menjadi contoh yang teladan buat anak-anak.
“Nak kata kami sepenuhnya berubah pun takut juga. Iman kita ini naik turun dan kami berusaha menjadi muslim yang lebih baik. Saya dan suami pun sudah meninggalkan perkara-perkara haram dan tidak elok.
Ads
“Saya bagitahu suami, bila kita nak didik anak-anak, kita kena menjadi manusia yang lebih baik kerana mereka melihat kita sebagai teladan.
“Kalau anak tengok kita buat perkara tak elok, nanti mereka akan ikut dan kita tak boleh salahkan mereka. Kita kena menjadi contoh terbaik supaya kita menjadi idola mereka,” ulasnya lagi.
Fatin menambah, kehidupannya kini juga jauh lebih tenang dan dia juga merasa beruntung kerana dikurniakan suami yang menitik beratkan soal agama.
“Kehidupan saya kini sangat tenang dan rasa lebih baik. Saya pun masih dalam proses pembelajaran. Pada awalnya, saya pun tak tahu nak pakai tudung macam mana.
“Agak susah juga mencari style yang sesuai dan sopan. Kelas agama saya adalah dengan suami saya. Selepas solat, dia akan membacakan hadis. Kami belajar sama-sama,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 10.43 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita gembira itu disahkan suaminya, Faizal Zakaria menerusi Instagram.
“Alhamdulilah lady boss kte selamat bersalin. @withrepost • @jaiezzany Alhamdullilah Allah permudahkan segala2nya, 1043 pagi…Baby Boy.
“My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…BP pun dh turun. Doakan yang terbaik untuk Baby….sekarang berada dalam NICU. Mohon doa sahabat2 semua untuk Abby & Baby ya,” tulisnya.
Difahamkan, Abby melahirkan bayinya itu pada usia kandungannya berusia enam bulan. Bintang Gerak Khas terpaksa melahirkan bayinya menerusi proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi meningkat.
Terdahulu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan sekitar tahun 2017 lalu.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan pasangan tersebut turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Penyanyi dah usahawan, Siti Nordiana melahirkan rasa teruja apabila berpeluang untuk bersua secara empat mata dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.
Menyifatkan keduanya sebagai antara individu penting dalam perkembangan seninya, penyanyi yang popular menerusi lagu Hatiku Milikmu ini turut mencoretkan sesuatu yang mungkin ramai tak tahu.
Katanya, kerana menyanyikan lagu Tok Ti, dia akhirnya dipilih sebagai pemenang lalu ditawar menjadi artis rakaman!
Pendedahan tersebut dibuat Nana menerusi Instagramnya yang dikemas kini.
“Dari dulu sampai skang, nana sentiasa mengkagumi @ctdk.
“Malah personaliti kak iti yang humble itu sering menjadi sumber inspirasi nana untuk berjaya mcm beliau.
“Nana ingat lagi masa bertanding kat n9, lagu kak ct la yg nn nyanyi , menang dan terus jadi artis. Tq kak iti. Dirimu akan selalu jadi inspirasi ” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Nana kini giat menjalani latihan bersama rakan duet Jaclyn Victor sebagai persediaan bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-33, 3 Februari depan.
Foto: Instsgram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
A post shared by Fairuz Misran (@fairuzmisranofficial) on
“Niat enson matakaji semar ngiseng” kedengaran suara Fairuz Misran di corong telefon sewaktu MH menemubual lelaki dari Labuan Sabah ini. Bijak sungguh caranya perkenalkan diri.
Dia cukup terharu apabila diberi keistimewaan dan diberi peluang mengubat kerinduan peminat kepada allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
“Setiap kali saya ‘live’ di Facebook, komen penonton yang mengucapkan terima kasih kerana sudi mengubat kerinduan kepada allahyarham buat saya sebak.
“Kebanyakan peminat akan meminta lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, namun jujurnya sukar untuk saya nyanyikan kerana lagu itu punya jiwa yang besar. Sebak kerana lagu itu melambangkan hidup allahyarham.
“Jadi seboleh-bolehnya, saya elakkan untuk menyanyi lagu yang sedih. Saya mahu ada ingatan yang gembira sahaja untuk allahyarham,” ulasnya ketika ditemubual.
Untuk rekod, Fairuz merupakan juara Bintang P.Ramlee Kebangsaan 2012. Namun, kisahnya sebagai P.Ramlee mula tular sekitar 2016 menerusi aplikasi Smule.
“Waktu itu rakan saya dari Penang yang sarankan untuk buat video. Lagu yang saya nyanyi ketika itu adalah Malam Bulan Di Pagar Bintang,” katanya.
Mesra dengan panggilan Ramlee oleh teman-teman, katanya, sewaktu memasuki pertandingan Bintang P.Ramlee, dia mula belajar cara percakapan, lenggok badan dan gaya nyanyian seniman itu.
“Bukan hanya menyanyi, ada juga yang meminta saya gayakan dialog lakonan P.Ramle. Insya-Allah saya akan usahakan.
“Cuma di Labuan, rangkaian internet tidak begitu elok, dan sebab itu saya jarang membuat ‘live’. Jadi harap peminat faham,” katanya yang mempunyai perniagaan runcit di Labuan.
Fairuz telahpun mendirikan rumahtangga selama 11 tahun bersama Noor Munira Mohamed.
Nah, MH hidangkan buat peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk mengubat kerinduan. Fairuz berharap, setiap kali mendengar karya P.Ramlee, peminat akan terus mengutus doa buatnya.
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...