“Allahuakbar, Amin… doa-doakan.” Demikian respon ringkas pelakon dan usahawan, Riz Amin ketika ditanya sama ada dia kini sudah bergelar jutawan atau sebaliknya selepas lebih lima tahun bersama jenama terkemuka dalam industri kesihatan, AG Nutrition.
Kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Global bagi jenama berkenaan, Riz atau nama sebenarnya, Norizam Amin Nordin, 39, bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“Dalam perniagaan AG Nutrition ini, untuk menjadi sebagai global director, kena mempunyai ‘income’ yang spesifik. Jadi alhamdulillah selepas lima tahun bersama mereka, ia mampu mengubah hidup saya.
“Segala-galanya daripada Allah SWT atas rezeki ini. Dalam proses untuk berada pada tahap sekarang, banyak yang saya belajar, alhamdulillah.
“Kalau anda nak berjaya, nak bergelar jutawan misalnya anda kena rajinlah. Kalau nak mengharapkan satu kerja saja pun tak boleh juga,” katanya.
Riz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 & Pelancaran Produk AG Leanz di Shah Alam, pada Ahad.
Ads
Meski sibuk berbisnes, Riz bagaimanapun akui dirinya masih lagi aktif berlakon.
“Saya mula terbabit dalam lakonan pada tahun 2004 bermula sebagai modeling. Saya akui dunia hiburan itu sangat indah namun saya mempunyai impian yang besar dan mahukan sesuatu demi masa depan keluarga dan anak-anak.
“Bila saya fikirkan balik, lakonan kini sudah menjadi minat dan pada masa sama saya perlu terlibat dalam bisnes dan syukur ia kini mengubah hidup saya 360 darjah.
Ads
“Saya masih lagi berlakon kalau kena dengan masa dan situasinya. Tidaklah berhenti terus. Sebab walau kita sedang berlakon pun, masih lagi ada masa untuk buat bisnes kerana ia di hujung jari,” katanya lagi.
Terdahulu AG Leanz menerusi AG Nutrition ialah produk terbaharu yang memberi fokus terhadap penjagaan dan pengurusan berat badan.
Ia diformulasi dengan gabungan unik bahan semulajadi, yang setiap satunya dipilih dengan cermat untuk membantu menyokong penurunan berat badan selain mampu menambah baik tahap kesihatan secara keseluruhan.
Ads
Acara tersebut turut dihadiri Pengerusi, AG Nutrition International, Dato Iskandar Halim, Hafiz Salleh dan Faiz Salleh selaku CEO AG Nutrition International dan Penasihat Korporat AG Nutrition International iaitu Dato Zaliha Abdul.
Rakan artis iaitu Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin turut hadir bagi sama-sama menyerikan majlis tersebut.
Dalam perkembangan lain, AG Nutrition kini dalam perancangan untuk mengembangkan legasinya ke negara buat apabila bakal membuka cawangannya di Indonesia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Mimi Fly tidak pernah menutup hatinya untuk menerima cinta baharu.
Mengakui hatinya sudah dimiliki, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 36, berkata dia kini dalam fasa mengenali hati budi seorang doktor pakar ortopedik yang berasal dari Amerika Syarikat.
“Saya dah jumpa (cinta baru) tapi dia jauh.Dia seorang doktor yang menetap di Amerika Syarikat dan jejaka berkulit gelap.Kami dalam fasa mengenali hati masing-masing.
“Saya berasa sangat gembira sekarang dan sanggup tunggu yang ini, kalau ada jodoh… mungkin jadi (kahwin),” kata Mimi kepada Media Hiburan.
Mimi ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.
Bercerita detik perkenalannya dengan jejaka tersebut, Mimi mengibaratkan percintaan mereka seperti jatuh cinta pandang pertama ketika masing-masing secara kebetulan bercuti di tempat yang sama.
“Sebenarnya saya jumpa dia di Malaysia dua tahun lalu ketika kami kebetulan masing-masing bercuti di tempat yang sama.
“Kami saling berpandangan dan dua-dua seperti ‘love at first sight’ dan daripada situ kami mula berkawan.
“Saya gembira dapat kenal dengan dia dan si dia pun begitu.Sebenarnya, ini kebahagiaan yang saya cari.
“Setiap wanita layak untuk jumpa dengan orang yang mampu membuatkan kita sering rasa nak improve diri ke arah lebih baik dan dapat maju ke hadapan,” katanya lagi.
Pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan jejaka bangsa asing sebelum ini, Mimi berkata kedua ibu bapanya menyerahkan soal hati dan jodoh seratu peratus kepada dirinya.
“Ibu bapa tidak kisah, mereka hanya nak lihat saya bahagia dengan pilihan hidup saya.
“Saya pun tidak kisah dengan persepsi orang luar (bercinta dengan lelaki kulit hitam),” katanya.
Mimi yang terkenal dengan julukan ‘Rihanna Malaysia’ ini pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai dua tahun kemudian.
Selepas itu, dia pernah bercinta dengan jejaka dari Mesir pada 2018 namun hubungan itu terlerai di tengah jalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mimi Fly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ada memuat naik gelagat anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang bertindak nakal dengan menconteng sebahagian karpet dan dinding.
Lalu Hanis menerusi Instagram ada berkongsi beberapa foto anaknya itu bersama ‘hasil’ contengan yang telah dilakukan kanak-kanak berkenaan.
“YUSUF ISKANDAR. Sorry Yusuf, Mommy tak cukup modern untuk semua ni. Lepas dia terkejut Mommy jerit, dia gi ambek vacuum mainan dia,” tulis Hanis.
Lucunya, selepas terkejut kerana dimarahi si ibu, Yusuf segera ambil vacuum mainan untuk membersihkan kesan contengan yang telah dibuat.
Rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan gelagat Yusuf. Malah ada yang menyifatkan apa yang berlaku merupakan suatu perkara normal dan mereka turut berkongsikan pengalaman sama!
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon Anna Jobling kian meraih populariti selepas drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.
Terbaharu, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, akui terkejut apabila mengetahui namanya sebaris sebagai calon tunggal dari Malaysia menerusi senarai 100 Wajah Tercantik 2022 oleh TC Candler.
“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.
Pernah bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini berpendapat takrifan kecantikan sebenar bermula dari dalaman.
“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif.
“Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.
“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman.
“Tak kisah paras rupa macam mana, tapi kalau sayang diri, yakin, ia secara langsung akan cantik daripada segala segi,” katanya lagi.
Selain Anna, turut tersenarai ialah anggota kumpulan Kpop Blackpink, Jisoo, pelakon Amerika Syarikat, Camilla Belle dan model Vietnam, Kiko Chan.
Tahun lalu, ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan tersenarai dalam kategori itu.
Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Carian Internet, Instagram Anna Jobling
Foto: Instagram Anna Jobling
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!